Turun Padang. Konsep Turun Padang,telah banyak diperkatakan. Ianya semakin banyak diperkatakan sewaktu berlaku kejayaan atau kegagalan ke atas sesebuah parti politik menempuh arus perjalanan untuk mengekal atau mendapatkan kuasa atau pengaruh politik.
Konsep turun padang boleh membawa berbagai perlakuan atau tindakan namun ianya amat jelas merujuk kepada sesuatu kejayaan sekiranya dilakukan dengan betul dan difahami pula maksud turun padang sebenarnya. Bagi masyarakat biasa atau anak-anak muda yang dikaitkan dengan permainan bola sepak, turun padang bagi pengemar sukan tersebut mungkin hanya sebagai penuntun. Bagi pengadil mereka datang untuk mengedali perlawanan, bagi pemain kedatang mereka adalah untuk bermain bola sepak. Sebagai pemain bola sepak, ada yang bermain secara bersahaja, bersungguh-sungguh untuk bermain bagi membantu pasukannya, tetapi ada juga kerana tidak berilmu dan tidak profesional kedatangan mereka semata-mata hanya untuk menendang kaki lawan malah ada yang datang untuk mematahkan kaki kawan sendiri. Namun mereka tatap maseh boleh mendakwa mereka ada turun padang.
Bagi seorang ahli politik sama ada menteri, timbalan menteri, ketua bahagian, timbalan, naib, jawatan kuasa bahagian atau sampai kejawatan ketua cawangan sama ada dari golongan pemerintah atau pembangkang biasanya telah dianggap oleh masyarakat moden sekarang ini sebagai penyandang jawatan profesional politik. Justeru dalam masyarakat terdidik yang mata dan akalnya semakin terang sudah tentu konsep turun padang kepada ahli politik mereka mestilah memiliki sifat-sifat dan keupayaan antara lain seperti berikut:-
1. Berilmu iaitu memiliki ilmu untuk membolehkan mereka bekerja atau mendapatkan kerja yang baik yang dapat menjamin kehidupan diri dan keluarga.
2. Memiliki ilmu politik, yang membawa maksud, individu tersebut memahami hak sendiri dan hak orang lain, mengetahui norma-norma atau peraturan hidup yang terdapat dalam masyarakatnya dan masyarakat lain dalan negaranya.
3. Memiliki pengetahuan atau kemahiran untuk mendengar, memahami, meneliti permasalahan yang diperkatakan oleh masyarakat.
4. Mampu membiasakan diri dan mampu mensesuaikan diri dengan semua struktur, lapisan dan keadaan masyarakat. Jauhkan diri dari shok sendiri serta hanya dikelilingi konco-konconya sendiri sahaja.
5. Mampu meletakkan dirinya sebagai kawan dan sahabat kepada semua orang .
Ringkasnya bagi orang politik turun padang membawa erti mereka bukan hanya turun sebagai penonton sewaktu banjir, bencana, dipesta-pesta dan sambutan keramaian. Kedatangan orang politik perlu mampu meneliti, memahami, mencari dan mendapatkan punca kewujudan sesuatu sesuatu permasalahan, tahu menyelesaikan permasalahan atau setidak-tidaknya mereka tahu cara-cara atau jalan-jalan sesuai dan pantas untuk menyelesaikan permasalahan wujud dalam masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan