Petani adalah golongan yang sangat tekun dengan pemilikan kerjayanya,namun mereka sangat susah untuk berubah kerana golongan ini kurang terdedah kepada ilmu pengetahuan tambahan atau ilmu terkini walaupun ilmu tersebut sangat rapat dan dekat dengan peranan dan kehidupannya. keadaan ini terjadi ialah disebabkan persekitaran kerjaya pertani itu tidak sangat membenarkan mereka untuk mudah dapat peluang membaca bagi menambah ilmu. Didapati petani itu sendiri tidak suka membaca kerana tiada ada bagi mereka galakan bagi membaca. kalaupun ada kesempatan dan memiliki masa lapang yang banyak ,kebanyakan masa tersebut hanya boleh dilakukan untuk mendengar. Namun apa yang digemari oleh petani ialah mendengan cakap-cakap lawak,berseluruh,gurau senda,usik-mengusik atau penerangan terhadap ilmu yang ringan-ringan.
Dalam usik-mengusik,cuit mencuti dan gurau senda tersebut diselitkan dengan sindir -menyindir yang dilakukan secara tersembunyi. Bagi sesiapa yang baru memasuki dunia petani interiaksi sedemikian pada mulanya sukar untuk diselami maksud dan difahami.
Oleh kerana kebanyakan para petani dinegara ini suka bercerita /atau simbang dan cerita yang dibualkan itu sering kali berulang-ulang sebab itu mereka boleh duduk bersimbang berjam-jam. Sehingga ilmu pertanian yang sangat basic/asas yang mereka mesti sepatutnya ketahui terlepas pandang dan dianggap ringan walhal keadaannya yang sebenar perkara tersebut sangat mustahak dan kalau tidak diambil berat akan mendatang kesar kerugian dan jika diamalkan secara berterusan akan mendatangkan rugi besar kerana kos besar yang bertambah menjadi beban kepada mereka.
Apakah ilmu yang sepatutnya difahami dan diketahui tetapi tidak diambil pusing dan dipandang rimih?. DINDING KACA menemui kecuian para petani tentang hal teknik membersih ladang dengan cara merecun. Bagi petani mereka akan menggunakan racum apa-apa sahaja mengikut apa yang terlintas dan apa yang sering digunanan oleh petani lain. malah ada diantara penati yang sangat bergantung dengan cakap pekerjanya yang datang dari Indonesia semata=mata walhal golongan pekerja ini langsong tidak memiliki ilmu pengetahuan tentang meracun kerana ditempatnya tiada, Pekerja ini juga mengunakan kaedah ikut-ikutan. Ilmu meracun dengan kaedah ikiu-ikutan itu sebenarnya tidak mengikut peraturan dan sekaligus amat merugikan para petani. Oleh itu atas kesedaran , Dinding kaca ingin menunjukkan sedikit petua atau fomula yang baik yang patut diketahui oleh para petani dalam hal meracun rumpai dan anak-anak pokok di tapak ladang mereka. Formula tersebut ialah seperti berikut-
Jika para petani ingin membersihkan ladang mereka yang dipenuhi dengan rumput tumapi dan anak-anak kayu kecil seperti pokok daun berbulu (pokok kutu babi) dan lain-lain anak pokon
mereka hanya perlu membancuh ramuan berikut,
1. Sediakan segilin (4 litter) air bersih dan masukkan dalam tong gilen yang bersih.
2. Masukkan Allay250 gm kedalam gilen yang berisi air tersebut.
3. Masukan juga bahan pelekat sebanyak 400 mlt. bahan ini boleh didapati dikedai jual racun harganya RM 14.00 untuk satu gilen atau 1000 mlt.
4. Goncang gilen yang berisi air yang telah dicampur dengan Allay dan bahan pelekat sehingga sebati.
5. Gunakan tong racun penyembur yang boleh diisi dengan 18 litter air (4 gilen) dan masukan 140 mlt campuran ibu racun yang kita buat.
6. Untuk semburan tentukan penyembur tersebut menggunanakan pancutan air racun yang paling halus (seperti debu) tujuannya agar racun tersebut dapat lekat pada daun rumpai atau tumbuhan renik yang terdapat diladang anda. Jika pancutan pam racun itu terlalu besar atau kasar keluarnya ia akan membazir kerana air yang beracun tersebut gugur dan jatuh kebumi dengan tampa sebarang faedah.
7. jangan gunakan racun Round up ,untuk rumpai dan anak-anak pokok yang lain kerana round up gunanya alahah untuk membunuh lalang.
8. tentukan ibu racun yang kita buat/bancuh untuk diguna sebagai racun hanya boleh digunakan atau affaktif untuk jangka masa 24 jam. Jika tidak habis dalam jangka masa tersebut ia akan hapus /hilang faedah atau kesan aeerta menafaatnya.
9. Oleh itu berhati-hati, jika kita hanya berupaya untuk mengabiskan 1/2 gile ibu racun yang kita bancuh, kita bancuhlah sebanyak itu dan kemudian jika tidak cukup kita tambah atau bancuh semula dengan mengunakan nisbah yang dipaparkan diatas. Sekian selamat mencuba. wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan