Sabtu, 2 Mei 2009

Petani dan Ilmu Pertanian



Semenjak struktur,bentuk masyarakat dunia berubah dari melakukan aktiviti memburu,memungut dan mengumpul barang makanan dan menjalankan penempatan berpindah randah bertukar kepada berkampung, menternak dan bertani .Peristiwa yang terjadi dan berlaku ribuan tahun dahulu sangat bererti kepada pengaruh tranformasi sejarah perjalanan petani. Pada umumnya, para petani adalah sangat gagah, hebat dan kuat kudrat serta semangatnya.Kegagahan ini terbukti kerana para petani telah menempuh berbagai halangan seperti berhujan, berpanas, menempuh taufan, badai , banjir, kemarau, serangan serangga, hujan dan panas yang tidak menentu, kotor, kuman , najis dan lain-lain lagi yang tidak terucap banyak dan hebatnya. Semenjak dari dahulu segala permasalahan diatas dihadapi dengan begitu tabah,tekun dan reda.Bagi mereka yang beragama Islam caranya mereka penuh reda dan pasrah ke hadrat Allah s.w.t.

Lantaran begitu hebat dan kuat dugaan yang ditempuh, ada yang mengalah dan lalu menukar haluan ke bidang atau sektor yang lain yang jauh berbeza berbanding degan bidang pertanian pertanian.Manakala yang perkasa meneruskan tugas sebagai petani kerana jauh didalam hati mereka percaya bahawa sektor ini masih mampu mendatangkan rezeki dan memberi pengharapan bagi memenuhi kehidupan masa hadapan sebagaimana yang diyakini oleh orang-orang dahulu.

Masa dan zaman telah berlalu, penjajah sudah pergi datang dan pergi semula.Banyak negara yang dijajah telah kembali merdeka,berbagai program, pendidikan, perancangan dan bantuan telah banyak diberikan atau disumbangkan oleh pemerintah kepada petani. Bantuan yang diterima kini sudah tidak mengenal bentuk dan jenisnya seperti biji benih pokok, subsidi kewangan, kemajuan projek tisu kultur, diwujudkan jabatan pertanian dengan beserta pegawai pertanian dan lain-lain, tetapi nasib para petani terutama pemilik kebun kecil masih tidak banyak berubah dalam mencapai kemajuan selari dengan matlamat dan cita-cita kerajaan.Kalau dibuat bancian kelompok ini agaknya masih lagi sebagai penghuni terbesar dalam kelompok miskin dan miskin tegar.

Persoalannya mengapa situasi sedemikian masih terus berlaku, apa salah dan silap serta apa kelemahannya?.

Jawapannya kalau mahu dilupuskan terus kelompok ini dari muka bumi dengan membawa mereka lain yang bukan pertanian, Bagi Dinding Kaca tindakan tersebut tidak takut kalau dikatakan sebagai zalim. Tetapi apa yang paling DINDING KACA takuti ialah menghalau golongan ini dari muka bumi bererti kita semua salah bersepakat dan reda untuk menjadikan seluruh muka bumi ini bertukar menjadi pusara atau tanah perkuburan. Ini bermakna golongan petani sangat penting bagi seluruh kehidupan masyarakat di dunia ini jika mereka benar-benar sedar.

Justeru itu untuk memastikan muka bumi ini tidak bertukar menjadi tanah perkuburan semata-mata, golongan yang realitinya sangat penting perlulah dijaga, asuh, layan dengan baik dibantu dan dihindar dari ditindas dan diabaikan.

Untuk mengelakkan para petani terhindar dari ditindas dan diabaikan Dindang Kaca cuba memberi cadangan hasil dari pemerhati yang mendalam dan berterusan. Dinding Kaca lihat ada terdapat semacam rantaian eksploitasi yang yang berlaku sesara sedar ataau tidak disedari olih pihak-pihak tertentu kepada para petani. Para petani tertindas dalam berbagai bentuk dan dalam masa yang sama mereka terabai akibat terlepas pandang hasil dari bijaknya golongan tertentu mengeksploitasi suasana. Situasi sedemikian boleh dikatakan berlaku di semua sektor yang ada kaitan dengan pertanian dan ternakan. Disini hanya disentuh secara ringkas terhadap pertanian kelawa sawit dan kita percaya disektor tanaman yang lain perkara yang sama ada berlaku. Faktor dan proses berlakunya keadaan sedemikian antara lain adalah seperti berikut:-

1. Di sektor kelapa sawit para petani kebanyakannya tidak berpeluang menjual hasil tuaian kelapa sawit mereka terus kepada kilang, sebaliknya mereka terpaksa menjual hasil mereka melalui orang tengah. Biasanya orang tengah ini memanipulasi harga, timbangan dan gred kualiti buah tandan basah yang dijual oleh petani.

2. Petani yang ingin menanam semula iaitu menanam pokok kelapa sawit baru mengantikan kelapa sawit lama, terpaksa membeli benih sawit dengan harga begitu mahal iaitu sepokok sehingga berharga RM 17.00 sepokok, oleh itu tidak ramai yang mampu membeli benih yang berkualiti. Bagi mereka yang mampu pula terpaksa dibeli benih pokok dari tapak semaian swasta yang tidak pasti kualitinya.Ini terjadi kerana ada tapak semaian yang yang menjual dan mengedarkan benih kepada petani tapak semaian tersebut walaupun setengahnya mendapatkan benih dari pusat pembenihan yang diiktiraf seperti dari agensi FELDA, Guthrie, IOI, KLK dan-lain-lain, tetapi kerana terlalu dipengaruhi oleh untung maksima pemilik tapak semaian boleh memanipulasi dengan melakukan perbuatan mencampurkan benih yang tidak berkuliti dan menjualnya pada harga yang sama dan perkara ini sangat sukar untuk difahami serta diketahui oleh para petani. Petani hanya tahu apabila pokok sawit tersebut sudah berbuah atau setelah pokok tersebut besar. Jika diketahui pun para pengusaha tapak semaian masih boleh memberi alasan yang mengatakan tanah tidak sesuai dengan benih yang ditanam, baja tak cukup, salah guna baja, salah mengurus ladang dan lain-lain lagi. Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk memantau dan mengawasi operasi menyemai benih ditapak semaian yang dilakukan oleh para pengusaha tapak semaian? Untuk makluman para petani yang menanam benih tidak berkualiti, menyebabkan mereka kerugian sepanjang hayat selagi pokok tersebut tidak diganti dan kalau mahu diganti ditakuti mereka akan menerima nasib yang sama dan yang paling teruk ialah golongan tani ini tidak berkeupayaan untuk menanam semula kerana kos tanam semula itu sangat tinggi. Proses berikutnya kerana pokok benih yang tidak baik hasil yang diperolehi adalah rendah. Perkara sebegini telah DINDING KACA bincangkan secara tidak formal dengan pegawai yang berkenaan di pesta MSAM di Johor Baharu, cadangan pegawai berkenaan ialah minta DINDING KACA laporkan kepada pejabat FOREM. Letih jugalah petani seperti kami terpaksa pergi ke sana ke mari dan semakin kuruslah kami.

3. Satu lagi masalah ialah harga baja dan kualiti baja. Sejak akhir-akhir ini, harga baja telah naik melambong sehingga 300 peratus iaitu dari RM 50.00 yang berkuliti baik naik menjadi RM190.00 walaupun kini telah turun sedikit menjadi RM 138.00. Harga ini masih sangat tinggi.

Memang ada baja yang berharga murah sedikit iaitu dalam lingkungan RM 90.00-RM120.00 tetapi kualitinya sangat boleh dipertikai. Ada sesetengah dari baja tersebut langsung tidak kandungan baja dan kandungannya tidak sama dengan apa yang mereka paparkan di beg baja masing-masing. Para petani yang membeli baja ini bukan sahaja kerugian dari segi nilai wang ringgit, malah mereka juga kerugian tenaga dan masa kerana baja yang ditabur tidak mengandungi sebarang bahan baja. Justeru itu pihak berwajib perlu menghantar pegawai untuk memantau kedai-kedai, kilang-kilang dan apa sahaja industri yang ada kaitannya dengan baja. Pihak pemantau perlu mengukur, sukat dan kaji sama ada baja tersebut benar ukuran kualitinya atau sebaliknya. Disamping itu memantau kerja-kerja mengilang, memproses, membungkus, mengidar baja tepat mengikut nilai, tanda kualiti bahan sebagaimana yang terpapar pada beg masing-masing adalah amat perlu supaya para petani tidak diperdaya.

4. Para petani juga terpaksa berhadapan dengan pengunaan bahan racun rumput -rampai dan anak-anak pokok.Dalam situasi ini, petani sekurang-kurangnya berhadapan dengan dua masalah. Pertama tentang kualiti racun dan yang kedua ialah pengetahuan para petani tentang cara penggunaan racun.

Bagi menentukan kualiti racun rumput rampai dan racun serangga, pihak berwajib perlulah membuat pemantauan yang rapi. Manakala kepada masalah kedua tentang pengetahuan para petani mengenai penggunaan racun rumpai dan racun serangga yang tepat adalah amat mustahak. Oleh itu dicadangkan agar pihak-pihak yang terlibat seperti pegawai pertanian perlu memiliki pengetahuan tentang hal ini dan mereka perlu turun ke desa-desa bertemu dengan para petani atau peladang menerangkan atau mengajar mereka tentang hal ini agar para petani tidak terus mengharung kesilapan berterusan akibat dari kritikan ilmu pertanian mereka walaupun mereka sendiri adalah petani dan seterusnya menanggung kerugian. Jikalau tiada pegawai pertanian yang berkemahiran bolehlah meminjam pegawai atau pengurus-pengurus ladang besar seperti Guthrie dan lain-lain yang
berhampiran dengan kampung atau desa masing-masing.

5. Mengenai penyakit pokok, para pegawai pertanian harus memiliki pengetahuan tentang berbagai penyakit pokok/tumbuhan dan mereka perlu pula tahu bagaimana cara mencegah penyakit dari merebak dan kalau boleh tahu juga mengubat penyakit yang terkena pada pokok tananm serta cara mencegahnya. Dengan kata lain pegawai perlu berpengetahuan, bertabiat suka turun padang untuk membantu atau menyelesaikan masalah petani .Keadaan tersebut jika dapat dilaksanakan tentu ianya akan dapat menepati slogan rakyat diduhulukan pencapaian diutamakan. Kalau ini dapat dipraktikan tentulah golongan ini tidak akan angkat kaki dan berhijrah ke sektor yang lain yang kurang risiko, tinggi pendapatan dan dipandang mulia. Sekian wassalam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan