Jumaat, 1 Mei 2009

1 Malaysia


Konsep satu Malaysia,merupakan satu limparan idea yang dibuat oleh YAB PM Datok Najib Tun Razak. Tentunya konsep ini ada yang sudaah difahami dengan betul dan ada pula yang maseh memerah otak untuk mencari ,mengumpul,menapis,menyimak,mengolah dan menyusun berbagai idea untuk menemui makna yang tepat serta komprihinsip.

Idea Satu Malaysia merupakan satu idea besar dan memiliki nilai yang sangat murni. Justru idea ini perlu dipraktikkan dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Persoalannya bagaimana kita boleh memahami idea murni yang sebenar dan dalam masa yang sama idea itu dapat diimplimintasikan?.

Bagi Dinding Kaca,idea satu Malaysia, memerlukan semua rakyat negara ini berfikir dan memikirkan semula tentang nasif masa depan negara dan masyarakat berbilang etnik yang meghuni negara ini.Masyarakat Malaysia dan keturunya mahu terus hidup dengan aman dan damai. Olih itu semua individu sebagai rakyat negara ini, harus merubah pemikiran mereka dari keinginan untuk menguiasai seluruh apa yang ada dinegara ini sama ada dalam bidang ekonomi,politik dan sosial kepada berfikir bagaimana kita mempu rela untuk menerima keadilan dalam semua bidang disamping mengakui ada kelebihan yang sepatutnya dimiliki oleh kelompok teras sebagaimana yang berlaku dalam sejarah negara.

Kelompok teras yang dimaksudkan ialah institusi raja,bangsa asal yang menjadi tunjang dan sekaligus berupaya menyumbang kepada kedamaian dan kesejethraan rakyat.Ini keran bangsa teras yang menyumbangkan bahasa Melayu sebagai Bahasa lingua perangka,agama Islam senagai agama resemi,askar Melayu dan raja-raja Melayu secara langsong dan tidak langsong sejak dari dahulu telah menyumbang kepada keamanan dan kesejehteraan negara ini.Tentunya jasa sebegini sangat perlu dihargai dan hormati . Seterusnya kepada kelompok etnik lain sama ada besar bilangannya atau kelompok minoriti yang kecil dan terpencil pula tempat kediamanya perlu sama-sama disayangi barulah kita mampu membina masyarakat ini sebagai sebuah keluarga besar atau sebagai sebuah negara .

Olih itu idea satu Malaysia, seharusnya mampu merubah pemikiran rakyat negara ini yang cenderong kepada sifat tamak yang berkeinginan menguasai semua kekayaan malah berkeinginan juga untuk menguasai dan melemahkan kelompok lain.perlu mmengikis dari benak pemikiran mereka.

Fenomena ini dituntut kerana

semua orang ingin hidup,rindukan keselamatan,kesihatan ,keselisaan,kemanan,ingin jaminan tentang masa depan yang lebih baik untuk diri dan keturunya dalam semua hal termasuk dalam hal pendidikan,pekerjaan,perniagaan,perumahan dan memiliki keperluan asas yang lain .Keinginan yang sedemikian itu sebenarnya tidak hanya berlaku dan diinginkan oleh penduduk Kuala Lumpur,Pulau Pinang,Shah Alam sahaja sebaliknya keinginan tersebut juga hadzir dalam diri penduduk Bario di Serawak,Sipitang di Sabah,kampong Mat Daling di Ulu Tembeling atau kampong Bukit Batu di Kulai Jaya serta Kampong Bukit Nyamok di Keluang Johor.



Justru itu menginsafi keadaan ini dan untuk melaksanakan impian satu Malaysia menjadi realiti, semua orang perlu ada sikap berlapang dada, redza,memahami kehendak dan keinginan orang lain, keazaman yang kuat untuk menolong dan membantu dengan sungguh-sungguh kepada setiap mereka yang berhak dan benar-benar memerlukan. Kita perlu bertindak berani dan berubah dari sikap dan nilai semata-mata mengutamakan persaingan yang melulu kepada sikap dan sifat bekerjasama,tolong- menolong,bantu-membantu, saling bimbing-membimbing,saling menunjuk-ajar dan sama-sama bergerak dalam satu barisan. Buang jauh-jauh dari dalam diri kita tentang perangai hasad dengki,menyekat keupayaan orang lain,tamak,buruk sangka,malas,kuat berdalih dengan memberi berbagai alasan,lokek,pengecut,pengampu,birang,garang tak menentu,suka mengamuk,menunjuk-nunjuk,takbur,tidak memerima teguran,dan tiada usaha untuk memajukan diri serta tidak juga berusaha untuk meningkatkan diri dan keluarga. wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan