Isnin, 4 Mei 2009

Tuan Cacing Kepanasan Dan Lintah Darat

Pada masa ini, sangat sibuk para usahawan Melayu/bumiputera melibatkan diri dalam perusahaan menternak lintah dan cacing. Saya telah diberi tahu dan telah melawat begitu banyak tempat yang menjalankan ternakan tersebut. Setiap kali saya sampai ketempat ternakan tersebut, begitu beria sangat para pengusaha menerangkan tentang potensi bisnes ternakan mereka. Para pengusaha memujuk supaya kita melibatkan diri dalam kedua-dua industri ternakan di atas. Saya terasa begitu pelik, mengapa para pengusaha sektor ini beria-ia benar mengajak orang lain untuk berniaga dalam perniagaan yang sama. Situasi sedemikian itu sudah tentu akan menambahkan lagi persaingan sesama sendiri untuk memberi penawaran barang yang sama. Penawaran yang terlalu banyak dalam sesuatu keluaran sama ada barangan atau perkhidamatan akan menurunkan harga dan seterusnya akan menggurangkan pendapatab,jumlah keuntungan dan seterusnya boleh membawa kepada kerugian. Dari sinilah wujud tanda tanya di benak DINDING KACA mengapa fenomena sesdemikian boleh berlaku?. Situasi sedemikian semimangnya amat pelik .Kaedah perniagaan memujuk dengan memjual barangan yang sama sudah menjadi tran dan telah menjadi budaya baru . Kaedah perniagaan dilihat telah dipengaruhi olih kerangka pemikiran perniagaan sekim piramit yang berjaya meningkatkan semangat dan motovasi berniaga keatas mereka yang mendengarnya, tanpa diajar tentang jenis perniagaan yang baik,berkekalan dan menguntungkan. Sebaliknya apa yang mereka tekankan dan utamakan kebanyakannya adalah sekim cepat kaya.



Mimang telah banyak orang bercerita tentang binses.ada yang berbicara tentang bisnes ribuan,jutaan,bilion dan lain, itu semuanya adalah perkara biasa , tetapi yang sangat pelik ialah perbincangan tentang menternak dan berniaga cacing dan lintah.



DINDING KACA sangat pelik, mengapa barangan yang bernilai rendah,menjijikan,mengelikan,biasanya tidak digemari malah mendatangkan geligeman kepada sesiapa yang didekatnya bolih diterima dan dipelihara dengan menggunakan kos yang tinggi. wujud pertanyaann mengapa dan untuk apakah kegunaan ternakan tersebut?, siapa pembeli dan dimanakah pengguna dan pembeli "teras" atau pemborong sebenarnya? Golongan dan bangsa apakah yang memerlukan dan menggunakannya? Dengarnya kedua hasil ternakan tersebut bolih dijadikan bahan mentah untuk membuat kosmatik (make-up), dimana pula kilangnya?,Ada atau tidak bangsa dan negara lain melakukannya? kalau ada ,negara mana dan apa bangsanya, mengapa bangsa lain yang biasanya tidak kisah dengan hal-hal halal- haram,kotor-bersih,makan apa sahaja seperti masyarakat Thailand,Korea,Cina ,Afrika,Eropah,Austeralia dll.dan mereka berniaga apa sahaja tidak mengenal halal -haram ,tetapi mereka tidak melakukan ternakan dan perniagaan ini. Peliknya bangsa Melayu yang tidak berbudaya berniaga ,tetapi apabila mereka diperkenalkan dengan pmeliharaan dan perniagaan lintah dan cacing mereka nampaknya melakukan dengaan bersungguh-sungguh . Golongan ini kelihatannya sangat rajin dan bersemangat. Misalnya siang hari mereka menternak Cacing atau lintah dan dimalam hari mereka mencari pelangan untuk menjual barang tersebut. Perbincangan jual beli itu dilakukannya dengan orang yang tertentu sehingga ada yang menjangkau kejarak yang jauh dan mereka sanggup pula melakukannya hingga larut malam.



Kalau begitu bentuk dan caranya cara mereka bekerja dan berniaga akan mencapai kemajuan dan kejayaan yang tinggi. tentulah kerja dan perniagaan sebegitu ruang litupnya sangat sempit.Tetapi mengapa saban hari masih ada peminatnya?. Jawapan mudah ialah tentu mereka yang terlibat mempunyai semangat yang tabah atau apakan sebenarnya yang mempengaruhi minat mereka

Dari obsivision dan pertanyaan Dinding Kaca terhadap para pengusana ternakan Lintah dan Cacing , pengusaha berkenaa melakukan pujukan kepada bakal pelangannya yang kemudian menjadi "member" dan sekaligus akan menjadi "daun line" yang bermula membeli benih ternakan dan kemudiannya menjual semula atau supplier kepada "upper line" mereka. Mereka yang termakn pujukan biasanya disebabkan olih terpengaruh dengan impian pendapatan besar dan menjadi cepat kaya. Inilah jawapan dan intipati dari keseluruhan sambutan masyarakat dalam usaha menternak dan berniaga lintah dan cacing. Jenis perniagaan ini akan mendapat sambutan selagi usaha untuk mendapatkan keahlian baru maeh dapat dilakukan. tetapi perniagaan yang tidak ada prosrs penghujuna (and Product) tentunya akan semakin sempit dan seterusnya akan menempuh jalan mati. Perniagaan jenis ini sama juga dengaq perniagaan piramit dan sekin cepat kaya yang lain. Bagi mereka yang menganjur dan terlibat awal akan mendapat keuntungan dan bagi mereka yang masuk liwat akan menerima bahanya.


Bagaimana kaedah perniagaan yang mereka lakukan. Biasanya pengusaha pertamayang menjual lintah atau cacing akan menjual lintah dan cacing mereka dengan harga tinggi dan berjanji akan membeli semula dengan harga yang lebih rendah. Resionalnya penternak akan dijamin dari segi pasaran dan kedua ternakan mereka akan membiak dan bertambah olih itu amat menasabah dengan menjual dengan harga yang rendah ,anggapannya mereka maseh ada pulangan yang berpatutan. Contohnya pengusaha pertama akan jual barangan mereka para harga RM200 sekilo ,tetapi akan membeli balik pada harga hanya RM60.00 sekilo.



Persoalannya apakan potensi masa depaan perniagaan lintah dan cacing ini ?


Bagi DINDING KACA, potensi masa depan sesuatu perusahaan atau keluaran sama ada barangan dan perkhidmatan adalah tertakluk kepada wujudnya proses pengeluaran terakhir (End Product) dan dikaitkan pula dengan berapa banyak mermintaannya terhadap barangan berkenaan. Misalnya getah diproses untuk dijadikan tayar dan tayar digunakan untuk kegunaan pelengkap kenderaan. Tanam padi diproses untuk jadi beras dan kemudian di masak jadi nasi seterusnya bolih dimakan. Begitu juga menternak ayam, tanam keladi, jagung, dan sebagainya untuk dimakan. Tetapi pelihara cacing dan lintah untuk apa? Khabarnya untuk bahan campuran bagi membuat bahan kosmetik. Apa yang ingin diketahui ialah siapa pemborong atau pembelinya?Dimana pembelinya? Dan yang paling penting pengusaha dan kilang mana yang memproses untuk jadi barang solek ( make up)? Berapa banyak yang diperlukan? Kalau semua soalan di atas dapat dijawab, bolehlah dipertimbangkan untuk diceburi, tetapi masih perlu untuk dikeji tentang menguntungkan atau sebaliknya jika dilakukan

mengapa kelompok ini begitu teruja dan terpengaruh dengan perniagaan bentuk ini? Andaian Dinding kaca mungkin mereka yang terlibat , telah terpengaruh . bagaimana nasi mereka yang terlibat tentyunya tidak jauh berbeza atau sama dengan perjalanan sekim cepat kaya dan sekim piramit yang lainnya. Sama-samalah kita lihat. Fikir dahulu pendapatab fikir kemudian tidak berguna. Wassalam.

2 ulasan:

  1. Ayah, ramai yang mengatakan perniagaan ini menguntungkan dan digunakan untuk perusahaan kosmetik. tapi betul macam yang Ayah cakap, di mana kilangnya untuk memproses semua bahan mentah ini. dan tak terfikir pula perniagaan ini satu sistem piramid, skim cepat kaya. perlu diadakan lebih banyak pemerhatian. kalau benar wujud kilang memproses, boleh kita join sekali :D

    BalasPadam
  2. membela dan berniaga lintah dan cacing pada pendapat kita adalah lebih kepada perniagaan yang cuba menjual "kata-kata". lebih kepada prupaganda dan pujukan.Perniagaan yang berbentuk mempengaruhi. Kebanyakan mereka yang terpengaruh adalah mereka yang kurang pengalaman berniaga. Cuba lihat bangsa-bangsa perniaga yang besar adatak mereka membela cacing dan lintah dan mereka jual barangan tersebut, Kecuali cacing untuk umpan kail.Wassalam.

    BalasPadam