Selasa, 5 Mei 2009

Mendengar amanat yang tidak diundang dan Pelanduk Lupakan Jerat

Mengimbas kembali memori lama Dinding Cermin kepada satu peristiwa yang tidak dirancang yang berlaku di kampong Sungai Sekamat,Kajang,Selangor. Peristiwa berlaku dirumah Pengerusi Parti Sosialis Rakyat Malaysia Dato' kamporajo.



Pada tahun 1990an Dinding kaca telah diajak olih rakan-rakan "senior "di kolej untuk pergi menziarah Dato' Kampong rajo. Baliau pada waktu itu menyandang jawatan pengerusi Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) . Dato' kampongrajo waktu itu sedang sakit dan kalau tidak silap seminggu selepas lawatan tersebut beliau telah meninggalkan dunia fana dan kembali menemui penciptanya. Olih sebab itu saya terkenang , terbayang dan teringat tentang cerita,nasihat pengharapan dan arahan diberikan olih Dato' Kamporajo terhadap rakan karib orang bawahannya dalam parti. Bagi saya pada waktu itu tidah tahu sangat mengenaai politik dan tidak mengenali pula tentang ideologi terutama ideologi sosialis . Walaupun ideologi,perbincangan dan arahan yang diberikan olih Dato' Kamporajo amat asing bagi saya, namun kerana peristiwa tersebut dibincang dan dihadiri olih ahli-ahli tertinggi PSRM,terfikir dan mengingati bahawa peristiwa tersebut tentunya sebagai perostiwa besar dan penting kepada pergerakan dan tindakan ahli parti PSRM. Selain dari itu yang menjadi ingatan saya ialah kerana peristiwa tersebut sangat hampir dengan tarikh Dato' K meninggal dunia, maka sebab itu bisikan, ,peringatan,pengaharapan dan arahan tersebut terlekat dalam ingatan saya. kalau saudara ingin tahu apakah wasiat yang dibuat olih Dato; Kampongrajo .

?

Amanat yang diucapkan olih Dato Kamporajo , "beliau minta rakan-rakan seperjuangannya dalam PSRM mendekati agama. Jika ini tidak dapat dilakukan perjuangan mereka tidak akan berjaya"
Apakah kesan dari peristiwa dan amanat ringkas tersebut?.

1. Saya dapati ada diantara yang hadzir dalam perjunpaan tersebut terus pergi kedai buku di KL membeli buku-buku agama berbelas-belas banyaknya.
2. Di kampus UKM didapati telah dimulakan aktiviti mengkaji al-Quraan, yang kemudiannya mengeluarkan hujah mengikut pemahaman dan kemenusabahan mereka.ada berita aktiviti tersebut telah menimbulkan pertelahagan atau pertentangan pendapat dengan golongan yang berpendidikan Islam yang jauh lebih paham dari mereka.
3.Kumpulan ini yang sebelumnya sangat sukar unutk berbaik-baik atau berjalan seiringan dengan golongan agama,tetapi selepas tersetiwa amanat tersebut didapati kumpulan ini telah berbaik-baik semakin kerap berinteriaksi seperti berbincang , bertukar-tukar fikiran dan seterusnya berkawan.
4.Kalau dahulu, PSRM begitu jarak hubungannya dengan ABIM kerana tidak sehaluan, tentu sekali hubungan mereka dengan Anwar juga jauh. tetapi selepas peristiwa tersebut saudara Rostam A. Sani telah menolak tawaran Tun Gafar Baba untuk menjadi setiausaha politiknya, tetapi kemudiannya telah menerima pelawaan Datok Anwar Ibrahim sebagai Setiausaha sulitnya. Mengapa ini boleh berlaku, mungkin Rostam kena patuh amanat Dato" kamporajo yang meminta agar ahli PSRM mendekati agama.
5. Apabila Anwar Ibrahim disingkir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia olih Tun Doktor Mahathir Perdana Menteri Malaysia pada waktu, Rostem sebagai seorang penting PSRM, terus kekal menmyokong Anwar kerana orang melihat Anwar cenderong kepada Islam dan kelihatan sebagai Islamik.
6. Selepas Anwar keluar dari ISA, dan selepas parti PSRM ditukar nama dari PSRM kepada PRM (membuang Sosialis) dengan harapan untuk menyembunyi ideologinya supaya tidak disedari kehadirannya,tgidak dikenali dan tidak diingati olih orang kebanyakan, tetapi penerajunya tetap tetap menjalar wibawah sedar orang laini tetapi bagi para penjuangnya ia terus ingati dan terus setia untuk menegak dan melaksanakan matalamat ideoligi mereka.
7.Tidak lama selepas Anwar menubuhkan Parti keAdilan PSRM yang bertukar nama menjadi PRm telah bergabong dan kedua-dua kumpulan sepakat untuk bersetuju menukar dab bersatu dengan menukar nama parti masing-masing dengan nama Parti Keadilan Rakyat.
8. Parti ini bergabong dengan DAP dan Pas yang kemudiannya mereka sepakat mengunakan selogan Pakatan Rakyat. Perkataan rakyat semenjak dari dahulu lagi membawa maksud Sosialis.
9.Apabila terbentuknya pakatan rakyat sebagai selogan yang dilaung-laungkan, maka pakatan yang terdiri dari Parti keadilan,DAp ,Parti Rakyat Malaysia dan PAS. Dua buah parti iaitu DAP dan PRM yang telah berjaya dalam perjuangan mereka iaitu mengejar dan memperjuangan sosialisme , menakala Parti Ke Adilan tengelam dan terbenam yang mereka dapat ialah bak kata pepetah menang sorak kampong tergadai, menakala Parti Islam Se Malaaysia (PAS) hilang dan tengelam hapus . PAS hilang Hakikat ideologi perjuangannya tentang Islam dan itulah matlamat perjuangan golongan osialis iaitu untuk menghapuskan Islam. Kini golongan ini hampir berjaya sepenuhnya. Hubungan PAS dan Sosialis dapat diumpamakan pelanduk akan lupakan jerat dan jerat tidak pernah lupakan pelanduk.

perjuangan sosial;is penuh dengan taktikal, tetapi wajah sosialis masih dapat dikenali dengan aktiviti tunjuk perasaan, perarakan pertentanga mencetuskan komflik dan perpecahan. Mereka mencari tesis dan anti tesis agar mereka mampu mencapai sintisis. Sebab itu hujah,tindakan ,perlakuan dan apa sahaja yang mereka hidangkan semacam berbentuk menaikkanj emosi lalu meninggalkan akal fikiran yang berpandukan al-quraan,sunnah dan sirah junjungan besar nabi Muhammad S>A>W. Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan