Rabu, 27 Mei 2009

Pembela Chin Peng dan Rakyat Malaysia

Saya amat tertarik isu perdebatan mengenai Chin Peng, yang dipaparkan dalam Utusan Malsysia bertarikh khamis 28 Mei 2009. Sama ada oleh Sallahuddin Ayub,ketua Pemuda PAS,Mustafa kamal Ayub (PKR), Dr. Tan Seng Giaw (DAP)semua seolah sekata bersetuju untuk membenarkan Bekas Ketua Penganas Komunis Chin Peng Balik ke Malaysia. Mereka semua memberi berbagai hujah dan rasional tertentu untuk mencadangkan agar bekas ketua PKM di benar pulang ke nagara ini. Malah dicadangkan agar kerajaan pergi bertemu ketua PKM untuk menyiasat sama ada beliau masih berideologi komunis atau tidak. Bagi saya cadangan untuk menemui Chin Peng dengan menggunakan wang rakyat kalau benar dilakukan sedikit pun saya tidak kesali. Persoalannya mudahkah untuk kita mengetahui apa yang tersembunyi dalam kepala seseorang. Manusia boleh berpura sama ada dalam percakapan, pengakuan dan perbuatannya. Kalau ketiga-tiga mereka sepakat setuju untuk membenarkan Chin Peng di bawa balik, saya pun begitu juga dengan syarat, bahawa beliau dibawa balik dengan tujuan untuk didakwa atas perbuatan keganasan yang mereka lakukan dahulu. Kita minta kerajaan sediakan tribunal hak asasi kemuniasaan. Ini bukan satu yang pelik, kerana ramai penjenayah termasuk penjanayah perang boleh didakwa lama selepas negara itu aman. Contohnya Rodovan Karazik, Hun Sen, Kemir Raut dan lain-lain. Sekarang inipun para pemimpin Israel, malah presiden Bush, bekas presiden US sedang dan akan didakwa. Malah pertubuhan haram Hindraf juga pernah membawa kes tuntutannya ke Mahkamah di Britain untuk menuntut ganti rugi untuk dibayar $1juta seorang ke atas orang India dinegara ini kerana didakwa telah didiskriminasi dan dipinggirkan oleh kerajaan Malaysia.

Wujud pertanyaan, mengapakah dipilih Chin Peng untuk dibela, tidak dicari anak-anak bekas wira negara yang berada dalam kemiskinan kerana ibu bapanya dahulu berjuang mempertahankan negara ini sehingga tidak berkesempatan untuk mereka mengasuh, mendidik, menjalankan perniagaan, bekerja disektor swasta pada waktu itu yang upahnya lebih besar dari bekerja sebagai polis dan tentera.

Dalam tinjuan saya, kemiskinan yang dihadapi oleh keluarga bekas polis dan tentera yang dialami sekarang mempunyai hubungan amat rapat dengan upah yang diterima waktu bapanya berkhidmat dahulu dan mereka tidak diberi kesempatan untuk merasai jenis perkhidamatan lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Komunis juga amat bertanggungjawab keatas kemiskinan generasi keluarga ini sekarang, kerana komunis telah menakut-menakutkan mereka untuk ke hutan membuka ladang. Sedangkan komunis yang tinggal didalam hutan dan mempunyai kemahiran tentang selok-belok hutan, apabila mereka berwajah baru dan dengan keupayaan yang ada mereka telah mengeksploitasi dengan cara membuka tanah dan ladang-ladang yang luas di hutan-hutan yang mereka dahulu diami. Sebahagian besar mereka itu kini kaya raya, berbeza dengan keluarga tentera, polis, homgard, border squard, special konstable, guard keretapi, pemandu tuan estate, Senoi Perak, Tok Batin termasuklah pak mat di kampong Lalang, Gerik, Pahlawan Anang dan seluruh pasukan yang berlagukan "agi-hidup agi ngalaban" kebanyakannya masih miskin. Justeru jika mereka ini semua masih tidak mampu dibela perlulah dikasihani dan jangan disakiti hati dan sanubarinya.
Terima Kasih.
Wassalam.

2 ulasan:

  1. salam prof..saya tertarik dgn ulasan2 prof..dan saya ad satu permintaan...apakah pandangan prof trhdp kenyataan m.manoharan trhdp keenggananya utk memakai pakaian kebangsaan semasa majlis rasmi istana kerana menurt m.manoharan dia tidak akn mengiktiraf mana2 perbuatan yg brsifat kemelayuan dan ttg permintaanya utk diiktiraf sbg seorg BUMIPUTRA..terima kasih..

    BalasPadam
  2. sikap m. manoharan yang tidak berpakaian resmi (kebangsaan)semasa majlis resmi istana,boleh ditafsir sebagai bersikap tidak mengakui atau menolak kesultanan Melayu. Kerana kesultanan Melayu yang menjadi pengasas pembentukan negari dan negara ini,bermakna m. Manoharan juga sebenarnya tidak mengakui norma,nilai dan peraturan serta undang-undang dan perlembagaan Mapaysia. Sekiranya diteliti dari peradaban melayu ,mereka yang bersikap sedemikian itu kalau mengaku rakyat negara Malaysia ,mereka boleh digolongkan sebagai individu yang menderka.
    Menolak atau tidak mengitrap mana-mana sifat kemaluan bermakna beliau seorang yang ethnosentrisme dan sekiranya ia melihat dan mengukurnya dari sifat hitam -sawo matang, bererti m. manoharan adalah seorang yang resisme.
    Permononannya untuk diiktiraf sebagai bumiputera adalah tidak boleh diterima kerana beliau adalah orang India. Orang India adalah penduduk peribuni benua kecil India dan Orang Cina juga adalah pemduduk peribumi benua kecil Cina.Menakala orang Melayu,indonesia,filifina atau penduduk selatan siam adalah penduduk asal alam dan dunia melayu. Dunia Melayu ini berkedudukan dari selatan Thailad hingga kesepadan utara Austeralia dan selatan Seri Langka. yang lain bukan. mereka adalah pendatang
    sama ada pendatang baru atau pendatang lama. perlu diingat setelah dijajah dan pemecahan sepadan geo-politik tak semua peribumi akan jadi warga negara secara semula jadi.wassalam.

    BalasPadam