Khamis, 7 Mei 2009

Ilmu Cara Menanam Keladi Minyak/putih

Keladi adalah sejenis makanan tradisional yang sehingga sekarang maseh sangat digemari ramai. Di Malaysia terdapat beberapa jenis keladi, ada yang boleh dimakan apabila sudah dimasak. Masak boleh dilakukan dengan cara direbus,dibuat penggat atau digoring. tetapi ada juga jenis-jenis keladi yang tidak boleh dimakan kecuali diproses dengan cara-cara tertentu terlebih dahulu barulah dimasak dan boleh dimakan. Jika tidak diproses terlebih dahulu sebagaimana cara yang tertentu apabila dimakan ia akan ,pemakanya akan mabuk atau keracunan. Jenis-jenis keladi yang boleh dimakan ialah seperti keladi serawak,keladi bantan.keladi minyak,keladi china,keladi nibong dan lain-lain .
Memeandangkan pemintaan terhadap keladi adalah tinggi, maka tidak hairanlah sekilo keladi mentah sekarang berharga sampai RM 3.00 hungga RM 5.00 sekilo dan keripik keladi berharga sampai RM 12.00 hingga 15.00 sekilo. Justru itu nampaknya mengusahakan tanaman keladi kakau berjaya boleh mendatangkan pendapatan yang lumaian.
Untuk berjaya menanam kadi ,petani memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tertentu. Antara kemahiran dan usaha yang diperlukan untuk dilakukan adalah seperti berikut:-

1. Sebelum usaha menanam keladi dilakukan, pengusaha perlulah mencari tanah yang sesuai bagi digunakan untuk menenam keladi. Tanah yang sesuai ialah bagi tanah liat ia perlu tanah pamah yang rata dan keadaannya agak lembab. Bagi tanah gambut ia memerlukan tanah yang agak berair. Tanah yang kering adalah tidak sesuai untuk tanaman keladi, kerana tanaman keladi memerlukan tanah yang berair secara berterusan lembab.
2. Setelah mendapat tanah yang sesuai untuk tanaman keladi, barulah kita bersedia untuk menyediakan tapat tanaman. Tapak tanaman hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Cara membersihkannya boleh dilakukan dengan cara,menarah/tajak atau meracun mengikut kesesuaian keadaan tempat dan persekitarannya. Jika kawasan tersebut berair terlalu banyak , perlulah dibuat peparitan atau tali air terlebih dahulu, Tetapi perlu diingat jangan menjadi tanah terlalu kering.
3. Selepas tapak tanaman dibersihkan,baharulah dibuat lubang. Lubang digali untuk kedalaman 10 inci hingga 12 inci atau kira kira sedalam dua mata cangkul. jarak satu lubang dengan lubang yang lain pada baris yang sama ialah kira-kira dua kaki. bagi jarak baris dengan baris yang lain selibar 3 kaki.
4. Ada juga setengah petani membuat lubang dengan cara menugal. Jika cara ini dipilih, tugal perlu gunakan batang kayu yang besar lilit bulatannya kira-kira 15 inci.Yugal perlu sedalam antara 10 inci hingga 12 inci.
5. dalam masa kita menyiapkan tapak tanaman benih keladi yang dita sukai untuk ditanam perlu dicari atau disediakan. Seeloknya anak keladi yang kita ingin tanam berukuran agak besar sedikit.Iaitu mengandungi kira-kira empat atau lima pelepah daun. Adalah elok jika benih keladi tersebut di biar dua tiga hari agar akarnya tumbuh sedikit. namun demikian jika benih tersebut setelah dicabut dan terus ditanam tidak juga menjadi keselahan besar.
6.Benih keladi sebelum ditanam perlulah dipotong pucuknya terlebih dahulu dan tinggalkan panjang dari pangkal benih kira-kira sepanjang 10 inci hingga 12 inci.
7. Bagi lubang yang diperbuat dengan cara mencangkul,ditengah dasar lubang tersebut perlulah didibuat lubang tambahan sedalam kira-kira 4 inci dari paras dasar lubang . Seelok-eloknya sebelum lubang kecil yang dinyatakan di atas dibuat, perlulah lubang tersebut ditabur dengan sedikit baja seperti tanah bakar atau abu tandan kelapa sawit bakar atau dibubuh sesudu besar baja organik yang diproses dengan baik agar hama dari najis binatang itu tidak merosakan tanaman keladi.
8. Benih keladi bolehlah ditanam selepas seminggu baja ditaruh didalam lubang. Jangan teruh terlalu cepat kerana baja tersebut dikuatiti masih panas dan ia boleh merosakan benih kelasi yang hendak ditanam. Setelah tenaman keladi tumbuh dua daun, taruhlah baja subur yang mengandungi N 15,p 15 DAN k15., tujuannya ialah untuk menjadikan pokok keladi itu cepat membesar dan membesar dengan subur. Usaha ini perlu dilakukan setiap bulan sehingga bulan yang ke 5, Setelah bulan kelima perlu diubah jenis baja lain yang mengandungi campuran N 12,P 12 dan K 17. Tujuannya adalah untukmempercepat pembesarkan isi atau ubi keladui yang ditanham.
9.. Untuk pengetahun perlu diingat semasa tanaman keladi membesar,rumput rampai dan anak-anak keladi juga turut tumbuh biak dan membesar. Oleh itu, kita perlu usahakan kerja-kerna mencabut anak-anak keladi dan tumput yang tumhuh melata. Kereja ini sangat penting, kerana kalau tidak ia akan menyekat keladi yang kita taman membesar dengan baik dan sempurna. Kerja-kerja membersih anak-anak keladi dan rumput rampai perlu dilakukan sebulan sekali supaya pertumbuhan besarnya menjadi baik. Selepas membersihkan anak-anak keladi yang pertama , maka pembersihkan untuk kali kedua dan ketiga bolehlah diguna untuk dijadikan benih untuk tanaman berikutnya. Tanamam keladi yang subur dapat dilihat apabila daunnya lebar,tebal dab berwarna hijau pekat.

10. Selepas tiga minggu benih keladi ditanam, petani perlu menyembur racun serangga. Kerja menyembur racun serangga perlu dilakukan setiap tiga minggu sekali jika terlaku banyak serangga atau ulat pemusnah. Tujuan seburan racun serangga ini adalah untuk mengawal benih keladi di diserang serangga perosak atau ulat pemusnah.
11. Apabila umur keladi mencapai lapan atau sembilan bulan dan saiz kebesaran dan kesuburannya semakin berkurangan atau menurun, itu menandakan pokok keladi yang ditanam menunjukkan zaman atau usia ketuaannya. Oleh itu bersedialah kita mencabutnya. Tanda keladi cukup umur ialah akarnya telah berkurangan iaitu akarnya hanya tinggal dan berada separuh bahagian dan kebahagian bawah.. pada waktu ini adalah masa yang paling sesuai sekali untuk dicabut. jangan cabut keladi terlalu lambat, nanti keladi tersebut menjadi rosak dan busuk disebelah bawah. Jika ini terjadi keladi tersebut tidak laku untuk dijual kerana ia telah rosak. keladi yang baik biasa beratnya satu kilo keatas semakin besar semakin baik. Bagi keladi yang bersaiz kecil harganya akan jatuh atau rendah Oleh itu untuk mencapai kejayaan dan mendapat pulangan yang lumaian,jagalah ladang keladi yang kita tanam dengan tekun dan rafi. Selamat bertani keladi. Sekian. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan