Rabu, 6 Mei 2009

ISU PPSMI CADANGAN JALAN PENYELESAIAN,

Perlaksanaan PPSMI yang bermula kira-kira enam tahun yang lalu didapati telah mengujudkan dua kelompok besar .ada yang setuju dan terus menyokong dan melaksananya dan ada pula kelimpok yang tidak setuju dan menentangnya sehingga sekarang kerana dianggap bertentang dengan perlembagaan dan dasar pendidikan negara. Kedua-dua kumpulan mempunyai hujah dan resional bagi menyokong dan menolak pendapat masing-masing. Inti pati dari apa yang mereka perjuangkan . apa yang dapat dirasai dan dilihat jauh disudut hati mereka sebenarnya mengandungi penuh kesedaran dan rasa cinta yang amat mendalam kepada bangsanya ia itu bangsa Melayu, cuma mereka berkeinginan untuk mencapai cita-cita "hidup Melayu" dengan cara yang berbeza pendekatannya. Itulah sebenarnya apa yang ketemui dan dikatakan perbezaan pendapat sebagai perkara yang lumrah.

Malangnya isu PPSMI ini tidak mampu diselesaikan walaupun ianya telah berjalan selama enam tahun. Masing-masing pihak berkeras dan bertegas dengan pendirian mereka. Tidak ada yang mahu mengalah dan tidak pula rela dikalahkan. Setiap kumpulan menanti dan masing-masing berdoa agar mana-mana orang yang mengambil alih jawatan menteri pendidikan diharapkan dapat melakukan apa yang dikehendaki oleh ahli kumpulan mereka. Bagi yang pro PPSMI mereka beria mahu mempertahankannya dan kumpula satu lagi membantah sehingga ada yang meninggikan suara dan mengeluarkan ugutan . Perlu disederi semua bahawa inilah erti perjuangan yang semimangnya tak kunjung padam.

Sebenarnya apa yang ingin atau perlu dicapai oleh kedua-dua kumpulan yang cinta,sayang dan kasehan belas kepada bangsanya . ialah mereka semua mahu anak cucu bangsanya menjadi pendai,kuat dan hibat dalam persaingan,mampu memahami dan menguasai ilmu pengetahuan terutama ilmu Sains dan teknologi. Cumanya ada yang mencadang untuk kejayaan matlamat tersebut perlu menggunakan alat perantaraan bahasa Inggeris dan kumpulan yang lain mahu mengekalkan pengunaan perantaraan Bahasa Melayu. Telah dinyatakan bahawa kedua-duanya memiliki rasional masing-masing.

Dalam hal ini izinkan DINDING KACA memberi sedikit cadangan. Sebelum memberi cadangan DK ingin menjelaskan tenteng apa matlamat sebenar yang ingin dicapai oleh kedua-dua kumpulan tersebut. kalau tidak silap DK inti pati apa yang diperjuangkan adalah seperti berikut:-

1. Ingin anak-anak Melayu/Malaysia menguasai ilmu dan membangunkan sains dan teknologi bagi membantu umah membangunkan dunia.
2. Dalam membantu mengembangkan sains dan teknologi dan membangunkan dunia, Bahasa Melayu sebagai antara tiga teras utama kewujudan bangsa Melayu sebagaimana yang tercacat dalam perlembagaan perlu dipelihara dan dipertahankan,. Bila hilang salah satu daripadanya akan gugurlah gelaran(title) bangsa Melayu dalam diri individu dan berikutnya lama kelamaan bangsa Melayu dikatakan akan turut hilang. Isu bahasa ada tercatat dalam perlembagaan bahawa Melayu itu ialah mereka yang bertutur bahasa Melayu, Berbudaya Melayu dan Beragama Islam.
3. Belajar sains guna bahasa ibunda sendiri dikatakan lebih mudah untuk difahami. Dari situlah ilmu sains yang difahami itu akan dijana , dikembang dan dimajukan .
4. perkembangan sains dan teknologi biasanya akan berubah bersesuaian kehendak masyarakat. Oleh itu penciptaan sains dan teknologi adalah perlu disesuaikan dengan nilai dan keperluan budaya. Dari kelaian budaya dan nilai sesuatu bangsa itu akan dicungkil bakat dan keriativiti yang kemudiannya mampu pula mencipta penemuan baru sains dan mencipta teknologi baru.Memahami ilmu dalam bahasa ibunda sendiri dikatakan akan lebih bermakna kerana mereka yang belajar akan mudah paham dan benar-benar paham. dan dari kepahaman tersebut nantinya bolehlah mereka mampu mengolah ilmu dari teori sains dan teknologi lalu diserasikan dengan budaya dan nilai Melayu Islam untuk menangani permasalahan dan mencipta reka benda-benda baru yang mungkin sedang dicari-cari, dinanti-nanti oleh keseluruhan umat dunia bagi menyelesaikan masalah dan nilai segajat. Misalnya mengantikan nilai perebutan dan persaingan kepada nilai bekerjasama, Mengantikan penindasan kepada bantu membantu, Mencipta alat pengesan barangan halah dan haram (ini tidak diperlukan Bi barat),mencipta alat automatik mengesan warga negara asing yang masuk kenegara ini tanpa permit, Mengesam mesin slot judi haram,mengesan perjudian , mengesan sejadah yang dibuat dari bulu babi atau dari kulit binatang yang mati tidak disembelih dan tidak disamak daging yang disembelih tidak ikut cara Islam dan sebagainya semua dalam bentuk automatik.
5. Mahu anak Melayu/Malaysia paham dan fasih bahasa Inggeris dan juga bahasa-bahasa yang lain.
\6. Membolehkan rakyat negara ini mempu menjelas,menerangkan dan berbahas dalam bahasa Inggeris
6. Ingin rakyat Malaysia mengajar semua rakyat dunia dan ia hanya dapat dilakukan sekiranya rakyat negara ini berupaya menguasai bahasa Inggeris. keadaan ini selaras untuk menjadikan negara ini hub pendidikan dunia. Justru itu rakyat perlu mampu menguasai Inggeris dengan baiknya.

Bagi DINDING KACA untuk mencapai semua matlamat diatas dan untuk menenuhi semua kumpulan yang telah dikenali sebagai pejuang yang semimangnya tidak akan mengaku kalah dan rela berkorban apa sahaja dalam perjuangan untuk mempertahankan perjuangan mereka di satu pihak dan ingin menafikan kehendak pihak lain,berhubung isu PPSMI Bagi tujuan untuk menjaga kepentingan semua pihak supaya yang kalah tidak terasa tewas dan yang menang tidak berhidong tinggi, atau dengan kata lain untuk tujuan pemahaman ilmu dan perpaduan , tetapi dalam masa yang sama para pelajar maseh ada peluang belajar dan memahami bahasa Inggeris dalam semua jurusan termasuk jurusan Sains dan Teknologi dicadangkan kerajaan mengujud dan mengadakan mata pelajaran -mata pelajaran seperti Mata Pelajaran Kelasik Inggeris, Kebudayaan Inggeris, Budaya sains dan Teknologi diajar dalam bahasa inggeris atau mana yang patut dan difikirkan perlu untuk diajar kepada semua murid agar mereka dapat peluang belajar menambah pengetahuan bahasa Inggeris dalam subjek yang lebih relevan bagi memahamkan para pelajar mengenai bahasan Inggeris dan Bahasa sains dan Teknologi. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan