Mimang sudah begitu lama umat Islam berbalah dan terus berbalah.Orang yang semalam cukup sedar tentang buruknya berbalah,menesihatkan rakan-rakan Islam supaya jangan berbalah dan menjauhi perbalahan,nampaknya orang yang semalam begitu gah menentang perbalahan dan menyatakan kepelikan mereka boleh berlaku perbalahan hanya disebabkan oleh punca yang sangat kecil dan dianggap sebagai suatu sebab yang tidak masuk akal kalau dijadikan punca perbalahan,nampaknya sudah tidak dapat menahan nafsu dan perasaan turut tercebur didalam kancah perbalahan.
Saya dapati puncanya adalah semata-mata kerana sikap keegonya tercabar dab dipaksa untuk turut mematuhi peraturan yang telah dibuat orang lain yang lebih berkuasa.Sedangkan individu tersebut percaya dan mempercayaai bahawa dirinya lebih hibat dari orang lain. Faktor tidak mahu mengalah dan mengaku lebih hibat dari orang lain biasanya menjadi punca rasa tidak puas hati seseorang. Individu yang mengikut perasaan dan nafsu inilah yang menjadi punca perbalahan. Tetapi fenimena sedemikian itu biasanya diketepikan dan ditunjulkan kata-kata yang dianggap lebih manis dengan ungkapan, ini hanya perbezaan pendapat,dia otorodok,konsevetif dan saya aliran modersan. Itu semua hanyalah semata-mata dakwaan yang melindungi sikap angkuh.
Kalau benar menghormati perbezaan pendapat,mengapa boleh sampai sesat yang boleh mengujudkan perbalahan?. Sedarlah tuan-tuan ,kewujudan perbezaan pendapat adalah hakikat mengakui bahawa mendahului perbincangan dan permuafakatan bukannya pertentangan,konflik,perkelahian serta peperangan.
Saya ada bertanyakan para pelajar dari TIMUR TENGAN , yang mengaku ahli sunnah wal jemaah,apa pandangan kamu terhadap orang-orang Iran dan bagaimana pula presepri kamu terhadap Orang Amerika. Kebanyakan pelajar Arab menjawab, Mereka tidak dapat menerima orang Iran kerana Iran adalah musuh dalam selimut yang perlu dihapuskan terlebih dahulu, berbanding dengan tangapan mereka terhadap orang Amerika yang katanya "sudah nyata kekafirannya" dan tidak perlu ditakuti lagi. Hujah sedemikian bagi saya adalah satu yang sangat pelik dan amat mengelirukan.
Minta komen anda semua. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan