Sistem masyarakat Malaysia dahulu dan sekarang telah sangat berubah dan berlainan.Sewaktu kecil dikampong dahulu,saya teringat banyak kerja-kerja dibuat secara begotonh royong.Misalnya buat rumah,pindahkan rumah,kenduri kendara,menurap jalan berlubang atau bicak,membersih masjid,surau,sekolah dan membuat atap rumbia untuk dijadikan atap rumah dilakukan dengan secara bergotong royong. Suasananya sangat meriah,terdengar derai ketawa yang tidak putus-putus berselang seli sewaktu kerja-kerja dijalankan.Aktiviti bergotong royong sedemikian itu sangat dinanti-nanti oleh setiap ahli masyarakat kampong saya .Sebab itu kerap kali kita dengar suara bertanyakan ,sekali lagi giliran siapa?,atau lain kali giliran mana?.
Bagi mereka kerja-kerja amal yang sedemikian sangat mudah dan kerap dilakukan. Saya sering mendengar dari orang tua-tua yang bermusyuarat secara tidak formal, mengeluarkan berbagai cadangan dan idea yang amat kritif dalam hal-hal bergotong royonh. Idea-idea tersebut apabla diterjemahkan memerlukan sumbangan tenaga dan masa yang besar dan panjang demi menjayakannya, namun semuanya itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh, diwajah mereka nampak tanda puas apabila projek gotong royong yang dilakukan berjaya disiapkan.Tidak terdengar rungutan atau mengeluh kerana kepenatan. Bagi masyarakat Keluhan dan rungutan kepenatan yang dikeluarkan oleh ahli masyarakat memberi petanda tidak ikhlas. Pada kebiasaannya mereka akan menolong dengan sungguh-sungguh dan dilakukan dengan ikhlas ,kerana masyarakat umumnya masih mengamal dan terikat dengan sistem sosio-ekonomi moral.
Kini sistem tersebut telah berubah,sekarang ini tidak lagi ada benda,barangan dan perkhidamatan yang boleh didapati secara percuma.Untuk membenarkan sejumlah yuran dikenakan,Kalau dahulu hal-hal yang berkaitan dengan mendidik diberi jenama belajar dan dilakukan dengan percuma ,tetapi perkara tersebut ,kini telah dijenama semula kepada jenama "kursus" seperti kursus perkahwinan,penternakan lintah,cacing,ikan keli dan sebagainya.Apabila belajar telah dijenama semula kepada kursus ,dahulu yang semuanya percuma kini telah bertukar kepada bayaran dan ada yuran tertentu akan dikenakan. jika ada yang mampu memenapulasi walau hanya dengan sepatah perkataan sahaja sudah cukup bagi mereka untuk mengenakan bayaran yang semakin tinggi.walhal kandongan dan keikhlasannya sangat berbeda dengan apa yang dibuat sewaktu sistem sosio-ekonomi moral diamalkan.
Kini apabila masyarakat telah dipengaruhi oleh sistem sosio-ekonomi global,nilai,sikap,naluri dan perangai ahli masyarakat telah banyak berubah.Orang-orang tua seperti saya yang rindu kepada kerja bergotonh royong, menantinya aktiviti tersebut tanpa kunjung tiba. Jika ada program gotong royong yang dirancang oleh golongan seperti saya jarang sangat mendapat sambutan dari golongan muda.Justru wujud rintihan yang mengatakan program kita tidak dapat sambutan, sedangkan program yang dirancang itu tidak menepati masa dan cita rasa masyarakat jenerasi muda.Saya nampak ,jika tidak ada pengubahsuaian dari kaedah yang diamalkan dahulu dan diserasikan dengan cara serta bentuk yang baru, setiap program yang diatur akan gagal dan sekaligus orang lama akan terpinggir dalam masyarakatnya kerana kewujudnya telah dianggap tidak berfungsi. Justru itu orang-orang lama yang masih ada sekarang supaya mereka dirasai maseh berfungsi dan tidak terpinggir dalam masyarakat mereka perlu diberi pendidikan dan pendedehan terhadap alimen-aliman yang serba baru.
Misalnya, prinsif gotong-royong yang diamalkan dahulu dengan cara menyumbangkan tenaga,masa dan buah pikiran ditukar kapada amalan,berderma atau yuran bagi mereka yang mampu dan bagi mereka yang tidak berupaya membantu dalam bentu material bolehlah mereka memberi sumbangan dalam bentuk fikiran seperti mencari siapa yang boleh menjadi pekerja bagi menjalankan aktiviti yang dirancangan. Jika ini dapat dilakukan tentunya sedikit sebanyak amalan kerja gotong royong dalam masyarakat dalam bentuk yang moden dapat dilaksanakan. Amalan gotong royong yang menuntut jiwa raga seseroang hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan akan menjadi amat mustahil untuk dapat dilakukan dengan keadaan tugas yang diamalkan sekarang.situasi sekarang bukan ahli masyarakat menjadi malas dalam hal gotong royong, tetapi berlaku sebaliknya dimana ahli masyarakat telah menjadi telampau rajin.mereka dipenuhi dengan kesibukan kerja yang dilakukan secara terpaksa kerana untuk memenuhi berbagai tuntutan kehidupa yang semua hanya dapat diselesaikan dengan wang.
Memandangkan situasi dunia amnya dan masyarakat Malaysia khususnya telah berubah,justru itu orang tua-tua dituntut untuk turut beruban,anak-anak muda juga dikehendaki berubah sama.Cara berubahnya ialah,bagi anak-anak yang belum bekerja dan tinggal bersama keluarga, bolehlah menolong ibu bapa dengan cara meringankan tangan untuk turut serta dalam akativiti bertmasyarakat mengantikan ibu bapa yang telah tua.dan bagi anak-anak yang telah bekerja dan tidak tinggal bersama-sama bapa boleh menghulurkan bantuan kewangan lebih sedikit bagi membantu ibu bapa yang kurang pendapatan untuk dapat mereka berbakti kepada masyarakat supaya mereka maseh dirasai berfungsi kepada masyarakat agar keberadaannya dirasai.
Prof,
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan BAtin.