Pada 11/8/2009 bersamaan hari Selasa, saya menghantar isteri pergi mesyuarat di sekolah Menengah Kebangsaan Datok Yunus, Pekan Nenas ,Pontian,Johor. Sewaktu pergi menghantar kerana kesuntukan masa saya tak sempat manolih lalu terus pergi bekerja. Kebetulan saya habis kerja cepat pada hari itu, kira-kira jam 12.45 t/hari saya pergi menjemput isteri pulang dari bermusyuarat dari sekolah berkenaan. Kerana saya sampai agak awal, saya berhenti minum kopi O, dikedai mamak yang terletak dihadapan pintu pagar sekolah. Tidak lama kemudian murid-murid balik dari sekolah. Saya dapati ramai dari mereka berpusu-pusu terus menuju kekedai mamak. Saya dapati ada diantara mereka yang meminta balik rokok dan telefon bimbit dari mamak yang disimpan dikedai tersebut.Ada pula yang berebut-rebut membeli rokok dan ada yang dengan selamba mengeluarkan kotak rokok dari dalam beg sekolah dan mengisapnya secara selamba tanpa ada segan silu. Ada diantara mereka yang kalihatannya sangat ketagih lalu mengisapnya dengan menyedut sehingga pipinya kisip dan mengeluarkan (mengembuskan)asap dari kedua-dua lobang hidongnya.
Kumpulan mengisap rokon tersebut kebanyakannya terdiri dari murid etnik Melayu, walaupun ada mudir-murid cina yang merokok bilangannya tidak ramai. Peliknya kebanyakan yang mengisap rokok ialah terdiri dari ketua murid. Kebanyakan mereka berpakaian uniform baju biru muda dan berseluar biru tua. Dari kebanyakan pengisap rokok, Kumpulan ketua murid kelihatannya cukub berlagak,tidak tahu takut atau malu dengan orang-orang tua yang berada dikedai tersebut. Lagak mereka yang mengisap rokok tersebut sangat ketara sewaktu mereka mengembuskan asap rokok dan cara meeka memetik abuk rokok dengan hujung jari.Mereka semua cukup bergaya dan gaya mereka diperagakan sewaktu mereka memecut motorsikal cara beramai-ramai dengan mengengkat tayar hadapan. Oh sungguh hibat kelihatannya,macam gaya cowboy menunggang kuda.
sebelum ini saya tidak pernah terlihat situasi sedemikian itu. Minta maaf,mungkin saya terlepas pandang atau langsong tidak pernah terlintas difikiran tentang perbuatan tersebut dilakukan oleh murid-murid sekolah labih-labih lagi mereka yang dipercayaai berperanan sebagai ketua murid. Harap semua ibu bapa menyedari halkikan ini dan sama-sama mengatasi. Ini adalah petanda permulaan masalah sosial bagi masa depan bangsa kita.Ya Allah sedarkanlah mereka semua agar dapat mempertimbangkan mana perbuatan baik dan mana perbuatan buruk. sekian, wassalam.
salam prof...
BalasPadamsye azreen... ank murid prof... sudah bnyk kes ini berlaku sekarang... malah, lagi hebat dari ini... sebab, sye baru 2 tahun menniggalkan alam sekolah... dan saye tahu.. pekara ini amat sukar dibendung...
Prof,
BalasPadamKomen sikit
http://azlishukri.blogspot.com/2009/08/100-kata-kata-nik-aziz-paling-merbahaya.html