Semenjak Internal Secority Act(ISA),diperkenalkan begitu banyak kebaikkan telah dapat dirasai dan begitu banyak juga keburukan telah dapat dihindarkan.Misalnya darurat dapat ditamatkan,pergaduhan kaum dapat dihindarkan,rusuhan dapat dihindarkan dan orang yang bertindak tidak menentu,merusuh,demonsterasi dan sejenama dengannya dapat dibendong.Secara jujur ,kepada orang baik-baik saya ingin bertanya apa buruknya ISA? .Mengapa orang takut dengan ISA?.APA buruknya ISA?.Siapa yang takutkan ISA. Apakah ISA undang-undang yang wujud tanpa asas?.atau satu undang-undang yang zalim? Bagi Saya ,ISA satu yang diperjelaskan dengan nyata dalam kitab suci Al- Quraan. Justru itu untuk mengatakan ISA satu undang-undang yang zalim,lemah,buruk dan jahat tentunya boleh disangkal dengan sekeras-kerasnya .Al-Quraan dengan terang ada mengisahkan perihal tentang ISA sebagaimana kisah nabi Hidir dengan Nabi Musa.Begitu juga, kalau diselongkar kitab-kitab agama yang lain, kitab agama lain juga ada cadangkan tentang undang-undang atau peraturan yang menyamaai ISA.
Dalam Al-Quraan surah al Bakarah sangat jelas ada menceritakan tentang kisah Nabi Musa berguru dengan Nabi Khidir. Al_Quraan menceritakan tenteng orang pandai iaitu nabi Khidir yang mengetahui tentang perkara-perkara ghaib dan perkara-perkara yang akan berlaku.Tiga peristiwa yang diceritakan dalam al_quraan ialah (1) Kisah nabi Khidir membocorkan Perahu baik/baru yang ditumpangnya. (2) Membunuh kanak-kanak yang dilihat oleh nabi Musa sebagai seorang baik yang tidak berdosa . dan (3) Mendirikan semula timbok yang telaah rohoh.
Peristiwa pertama.Nabi Khidir membocorkan perahu yang dinaiki itu ,kerana jika tidak dibocorkan ia akan dirampas oleh raja yang zalim yang dan tamak.Sebelum sampan itu jatuh ketangan orang yang zalim,perahu tersebut dibocorkan agar tidak diambil oleh orang yang zalim tersebut.
Peristiwa kedua, Nabi khidir Membunuh kanak-kanak yang comil dan tidak berdosa. Pembunuhan itu dilakukan ialah kerana jika kanak-kanak itu dibiarkan hidup ia akan memisongkan atau mengafirkan ibu bapanya apabila besar kelak . Oleh itu ia perlu dibunuh sewaktu kanak-kanak, agar tidak melakukan kesalahan yang sangat besar.
Ketida, Nabi Khidir Mendirikan timbok. kerana di bawah timbok tersebut terdapat harta untuk anak-anak yatim. Jika tembok tersebut tidak didirikan, harta karun yang berbentuk dulang emas itu akan nampak dan diambil oleh orang disitu yang kebanyakannya sangat bahil,zalim dan kedekut.
Menurut pandangan saya, ayat-ayat Al_Quraan dalam surah ini, dan peristiwa di dalamnya, ada kaitan yang sangat repat dengan Undang-undang ISA. Kedua-duanya sama ada peristiwa yang dilakukan oleh nabi Khidir atau Undang-undang ISA adalah bertujuan untuk meramal dan mencegah sesuatu perbuatan buruk yang akan dilakukan oleh orang jahat pada masa hadapan.
Apakah ayat yang sebegini terang makna dan maksudnya mahu dinafikan bulat-bulat. Adakah mengadakan peraturan yang serasi dengan ajaran agama tidak dikatakan Islamik,kerana ia dianjurkan oleh kelompok lain atau kelompok yang di cop tidak Islam, lalu segala peraturan tersebut didakwa tidak Islam. Apakah hanya peraturan yang dibuat atau diadun oleh kumpulannya hanya dikatakan Islam dan apa yang dibuat oleh orang lain sebagai tidak Islam. Apakah sikap hanya menerima dan mektiraf kumpulannya sahaja dan menolak segala yang datang dari orang lain sebagai pemahaman atau pemikiran Islamik.Kalau begitu ia boleh ditafsir sebagai terikat dengan fahaman Ethnosentrisme fahaman yang mangong-agongkan kumpulan sendiri. Fahaman sedemikian ternyata tidak Islamik.
Pada zaman nabi,Nabi s.a.w banyak menolah budaya,kebiasaan,adat,peraturan dan apa sajaha perlakuan buruk ,walaupun ianya datang dari kabilah,bani,keturunan dan bangsanya sendiri iaitu bangsa Arab.Nabi sangat jelas tentang perkara baik dan perkara buruk. Beliau bukan sahaja mampu mencium bahu keburukan malah dapat menjajak setiap keburukan yang akan berlaku.Apa yang tertulis dalam Al-Quraan,apa yang dilakukan oleh nabi (sunnah),dikerjakan oleh para suhabat dan ijtmak ulamak adalah boleh dijadikan hukum,undang-undang dan peraturan sama ada secara bernegara atau secara bermasyarakat.
Saya lihat ramai orang yang mengaku ulamak,Ustaz,ustazah, dan berilmu serta berpendidikan tinggi agama Islam,cenderong berusaha untuk mempersempitkan Islam. Islam ditafsir secara "diingsot" mengikut kehendak,kepentingan dan keperluan mereka. Sebab itu kita dapati ada mereka yang bercakap dengan mengunakan lidah ini sering kali akan bercakap secara tidak konsisten dan , cenderong untuk bersikap "dubble standard".
Mentafsir agama secara "di ingsot" mengikut kehendak sendiri tentunya dapat dikesan kelemahan dan kesalahannya oleh orang yang mendengar dan melihatnya. Apakah mereka yang bersikap sedemikian itu tidak berasa malu terhadap perlakuan,perbuatan dan ucapannya?.Bagf saya untuk mengadi Islam , basicnya ialah kita akan senentiasa berkata dan memperkatakan tentang baik dan kebaikan, memperkatakan yang buruk untuk diusahakan serta diasuh untuk menjadi baik dan bukan memperkatakan oh ini baik apabila sudah berada didalam hak miliknya walhal sebelumnya mereka memperkatakan buruk-seburuknya. Jenis manusia apakah jika berkelakuan dan perperangai sedemikian.
Persoalannya , bagaimanakah untuk menjadikan semua orang yang berperangai sedemikian itu sedar tentang kesalahan mereka?.persoalan permasalahan ini tentunya dapat diselesaikan ,walaupun bukan satu yang mudah. Saya berpendapat,semua golongan mestilah dengan berlapang dada ,pemikiran yang terbuka,dengan ilmu ,akal,fikiran yang tajam,dengan berpandukan al-qurqqn,hadith,sunnah,itjimak ulamak,qias dan yang senilai dengannya, dengan jiwa dan raga yang suci,redza dan beritjihad menyerah diri ke khudrat Allah S.w.t sanggup berbincang dengan cara mengenal pasti masalah kumpulan,bangsa dan negara dan sama-sama berjanji untuk menyelesaikan masalah bersama.Kalau perbincangan itu dilakukan oleh ramai orang,perbincangan tersebut hendaklah dilakukan dengan cara duduk,dengan kedudukannya berselang-seli antara ahli kumpulan yang berlainan.Buang rasa angkuh,sombong,bongkak,pemikiran yang terikat dengan sesuatu keputusan sebelum perbincangan dimulakan ,sebaliknya bukalah minda dengan seluas-luasnya,rendah dan lunakkan suara,tertib dan beristikomah. Mulailah setiap perbincangan dengan menyebut dan megagongkan nama Allah dan meninggikan rasulallah s.a.w.Hormatilah rakan-rakan ahli perbincangan,dengar dengan baik,proses dan buat penilaian serta keputusan dengan baik.
Tentukan setiap perbincangan dimatlamatkan untuk kebaikkan dan bukan untuk kemenangan kumpulah. Tentukan yang senentiasa menang ialah peraturan Allah yang dipandang dan dinilai secara natural. Selamat membaca,berfikir dan beitjihad. Allah wallam. Sekian.
Salah satu cara terdesak yg tidak matang dan menunjukkan kebodohan mereka yang terlibat. Jika dengan ISA pun masih berleluasa jenayah, inikan pula jika dimansuhkan. Pemikiran cetek untuk kepuasan pihak tertentu sahaja.
BalasPadamTahanan ISA dikenakan hukuman tanpa ada perbicaraan.. ADIL ke macam tu?
BalasPadamDalam mahkamah sivil biasa pn Tertuduh kes altantuya bole terlepas mcm tu jek..
Hati2 prof nak samakan kisah NABI KHIDIR dan ISA.
NABI KHIDIR buat semua tu sebab dapat perintah dari ALLAH dan wajib NABI KHIDIR laksanakan.
NABI mendapat wahyu untuk dirinya sendiri dan RASUL mendapat wahyu & WAJIB disampaikan kepada umatnya.
ISA buat semua tu dapat perintah dari sape? atau untuk kepentingan peribadi? atau kepentingan NEGARA atau kepentingan AGAMA atau mcm2 lagi di fikiran.
Surah Hud: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113)
BalasPadamhttp://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/11:113
Ayat al quran disalah tafsirkan.. adakah ianya ilham yg dtg kpd saudara. Perlu diingatkan bahawa ianya tidak boleh dijadikan hujah..
BalasPadam