Musim buah buahan tetap ditunggu kedatangnya sama ada oleh pemikik dusun atau pengemar buah-buahan.terdapat berbagai-bagai jenis buahan di Malaysia. Dari yang sehibat nayanya seperti durian selingga kejenis yang paling kelasik seperti langsat,tampoi,jentik-jentik dan sebagainya. Setiap jenis buah-buahan dusun perlu difahami tentang penjagaan,perawatan dan belaiannya. Kalau anak perlu dijaga makan,minum dan pakaiannya begitu pokok dusun buah-buahan.bagi pokok tersentu perlu jagaan tertentu dan bagi pokok yang lain memerlukan jagaan dan sentuhan yang berlainan pula.
Di ruangan ini saya ingin memberi tahu sedikit sebanyak tentang jagaan atau belaian bagi tanaman pokok duku,langsat,dukulangsat,dukong,jentik-jentik,rambai,tampoi dan yang sama sejenis dengannya. Pokok jenis ini mudah pecah kulit (tersengih) terutama sekali apabila pokok buah ini terkena hujan terutama hujan panas apabila ianya sudah hampir masak .Kalau ini terjadi hasil pokok dari jenis buah-buahan sedemikian tidak berguna kerana tidak laku dijual,hilang mutu,rosak,busuk dan sebagainya. Bagi buah yang baik ,rasanya mesti manis,kulitnya tidak merekah,(tidak pecah kulitnya),masak berwarna kuning dan kulitnya licin.
Untuk menentukan buah-buah langsat,duku,dukong dan dukulangsat senentiasa berada dalam keadaan baik penjagaan perlu dilakukan dengan cara yang rapi dan sempurna, baharulah ia memberi pulangan atau balasan yang baik serta lumaian.
Menjaga pokok berkenaan agar baik, petani perlu menentukan bahawa pokok buat-buatah tersebut senentiasa cukup air. sewaktu musim berbuah dan buah-buah semakin membesar,pokok buah-buah berkenaan memerlukan air sepanjang masa dan setiap hari semakin lebih banyak air perlu disediakan bagi kegunaan keperluan pokok. Bagi pokok muda ianya memerlukan air yang banyak dan dilakukan dari masa awal putik, bagi pokok yang sudah tua ia boleh dilakukan agak lambat, tetapi jangan sampai terlalu lembat.Kalau musim hujan air tambahan tidak perlu diberi seawal musim berbunga atau berpotik.tetapi selepas ada potik sebesar kepala mancis, bolehlah kita beri air tambahan. Caranya ialah gunakan enjin pam air dan pam air dari kolam atau parit atau sungai yang berhampiran. JIka kawasan berhampiran tidak ada parit atau sungai yang berair, petani merlu mencari air dengan cara menggali kolam dikawasan yang lembah agar air tersebut tidak kering diwaktu musim kemarau.
Air perlu disembur dengan mengunakan enjin pam sekurang-kurangnya sehari dua kali iaitu pada waktu pagi dan petang.tujuannya ialah tanah bagi tanaman dukong,langsat,duku atau yang sejenis dengannya perlu senentiasa lembab (airnya cukup) .Oleh itu,jika hujan turun lebat terutama pada waktu tengah hari atau petang pokok yang dihadiahkan dengan air hujan yang begitu banyak tidak akan terperanjat untuk menyerap air dengan banyaknya kerana sebelumnya pokok tersebut sudah cukup air. Oleh kerana pokok tidak terperanjat disebabkan kedatangan air dengan banyaknya, maka kulit buah yang senentiasa cukup air , tidak akan minum air tambahan dengan banyakya , jadi terselamatlah kulit buah tersebut dari pecah.
Kulit buah duku,langsat,dukong ,dukulangsat apabila sudah tua atau hampir masak sangat mudah untuk pecah kulitnya jika terdapat air yang banyak seperti air dari hujan lebat yang datang dengan tiba-tiba ,terutama pada musim kemarau atau pada waktu panas terik . Justru itu apabila kita senentiasa simbah air terutamanya pada musim kemarau atau musim panas, kulit air sudah mengandungi air yang secukupnya, maka kedatangan air hujan yang banyak tidak akan memaksa akar pokon minum air tambahan,ini boleh menyelamatkan kulit buah dari pecah.
MEMBAJA POKOK BUAH-BUAHAN PERLU DILAKUKAN TIGA-EMPAT BULAN SEKALI DAN GUNANAK BAJA YANG SESUAI UNTUK BUAH-BUAHAN DUSUN.
Sebelum itu, unutk menentukan pokok mengeluarkan buah yang senentiasa banyak, pokok perlu dijaga dengan cara rapi dimana setiap tunas baru yang tumbuh dibatang atau didahan perlu dibuang atau dibersihkan.Jangan biarkan tunas tumuh secara meliar sehingga menahan cahaya matahari atau udara dari beligar bebas dikawasan rimbunan dahan pokok.biarkan dahan-dahan asal yang besar-besar yang bentuknya merepang.Dahan yang sedemikian itulah yang mampu mengeluarkan buah yang banyak dan bersaiz besar dan bertangkai panjang serta lebat.
Setelah kita lakukan semuanya, untuk menentukan buah-buahan masak ranum kuning,perlulah kita tabur baja buah iaitu 12-12-17-2 atau tabur baja potes pada unuran 2.50 kg - 3.50kg sepokok mengikut saisnya. Menaruh baja perlu dilakukan pada masa potik buah sebesar kepala mancis. Setelah buah menjadi agak besar iaitu pada unuran sebesar buah guli kaca atau mula menunjukkan tanga mahu kuning, elok dicelah-celah dahan pokok tersebut ditabur racun pembunuh semut .Pilih racun semut yang berbentuk serbuk gula.Racun tersebut boleh didapati dikedai racun atau dikedai ubat tabib cina.tujuannya ialah untuk membunuh semut sehingga kesarangnya.
apabila semut sudah mati, maka mudahlah bagi kita untuk memetik hasil buat yang pokoknya tidak bersemut .Jika pokok sudah tidak bersemut, maka semut tidak akan bersarang,bertelur dan menetaskan anaknya ditangkai buah. dengan itu buah akan menjadi berseh.
Setelah semuanya dilakukan, kesannya:-
1. Buah membesar dengan sempurna kerana air cukup.
2. Buah akan membesar dan masak dengan serentak, dan ini memudahkan kita untuk menuainya.
3. Buah-buah yang masak akan masak kuning keemasan dan sangat menarik kelihatannya.
4. Buah yang sedemikian senang untuk dijual dan akan mendapat harga yang baik.
5. Para pembeli tidak akan banyak komen, hati senang dan jiwa tenang.
Selamat mencuba. wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan