Sabtu, 18 Julai 2009

teoh beng hock, fikiran kusut yang diwirakan

kita sedih dan terkejut apabila mendengar berita kematian teoh beng hock pekerja politik kepada exco selangor en. ean yong hian.kematiannya menjadi isu kerana berlainnan dengan kematian biasa iaitu dikatakan terjatuh dari tingkat 14 plaza sprm.bagi saya kematian sebegini tidak satu yang luar biasa,kerana dunia yang semakin moden dan membangun seperti malaysia akan mengharungi banyak lagi peristiwa sebegitu dan mungkin akan lebih tragik lagi bentuknya.misalnya mati dalam bilik pejabat yang mewah dan empok kerana tidak mahu keluar pejabat sebab sayangkan jawatan dan kedudukan.kalau ini berlaku tentunya akan menjadi isu besar dan dipebesar-besarkan sehingga melewati batas sepadan dunia dan tidak hairan jika sampai ke daerah dunia bulan.

tertarik dengan kematian beng hock yang cuba dinobat sebagai isu keramat, saya pagi ini pergi berjumpa dengan rakan lama cina di pekan tempat kediaman saya iaitu bukit batu,kulai jaya,johor. tujuannya ingin menyelusuri akar pemikiran masarakat cina. saya lakukan demikian itu ialah kerana beng hock adalah seorang cina. yang saya temui adalah orang-orang cina yang telah tua,kerana golongan ini dahulu telah pernah mengharungi zaman muda dan pernah juga menempuh zaman susah,payah,tertekan perasaan dan berbagai dugaan.

dapatan dari simbang pagi bersama mereka saya ringkaskan,buat kesimpulan dan paparkan dalam ruangan ini.antara hasil dapatan dalam simbang tersebut ialah; ia percaya beng hock mati atas tindakan sendiri akibat dari kekusutan akal fikiran yang dialami.persoalannya, mengapa beng hock berfikiran kusut, alasanya ialah disebabkan beliau orang muda dan pemikirannya maseh muda dan mentah,mereka tidak banyak pengalaman untuk mentarif,mentafsir, mengenelisa dan menyelesaikan masalah yang berlaku atas dirinya sendiri.beliau tidak perasan tentang adanya jalan lain yang boleh diguna pakai untuk menyelesaikan masalah yang beliau dan klik mereka hadapi.sekiranya tindakan tersebut ditangguhkan tentunya banyak jalan lain yang labih elok dapat dilakukan dan kalau tindakan sebegini dilakukan yang pasti perbuatan beng hock tidak terjun dan tidak menjadi isu seperti sekarang.

dalam simbang pagi ini,ramai rakan saya menceritakan tentang perihal dirinya dan tindakan orang-orang yang mereka kenali. antaranya; seorang kawan saya itu menyatakan,dia telah tiga kali cuba bunuh diri secara minum racun atau dilakukan dengan cara memandu kereta dengan laju dan paut setering kearah lori yang berjalan berhadapan dengan mereka. kalau ini dilakukan semua masalah akan selesai. saya tanya apa masalahnya yang mendorong untuk mereka berfikiran sedemikian. jawapan yang diberi 'isterinya terlalu cemburu, selalu bising-bising,masa jual insuran dahulu selalu bergaduh dia tuduh kita bertemu dan ada perempuan lain.

kerana ingin menyelamatkan keluarga sebab sudak berada dalam sampan yang sama,rakan saya itu terpaksa ubah perniagaan dengan menjual baja.beliau pilih perniagaan ini kerana biasanya orang perempuan tidak ada urusan dengan beli-jual baja. rupa-rupanya pada zaman ini ada juga orang perempuan yang terlibat dalam urusan membaja dan kebanyakan mereka adalah perempuan janda yang kematian suami. walaupun pekedai baja ini sekarang sudah tua, tetapi suasana masyarakat sudah berubah bahawa wanita juga mampu bekerja dan berurusan dengan baja,ini menjadikan rumah tangganya terus bergolak tanpa henti.katanya ada perasaan untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan cara bunuh diri, tetapi setiap kali ingatan tersebut datang, beliau teringat anak perempuan bungsunya yang rajin belajar dan sekarang sedang berada di tigkatan 6 atas. katanya kalau dia bunuh diri apa akan jadi dengan nasif anaknya itu. kalau fikirkan anak lelaki yang dua orang itu dia sudah lama minum racu. katanya lagi nantilah kalau semua sudah besar,anak perempuannya sudah tahu kedudukannya, beliau akan bunuh diri agar semua ahli keluarganya tahu dan faham akan sifat serta sikap kaseh sayangnya kepada keluarga kerana tidak memyusahkan mereka lagi apabila sudah tua.

seorang lagi kawan saya bercerita, ada jiran sebelah rumahnya telah bunuh diri dengan minum racun paraquat.' walhal kawannya itu , orang kaya pendapatannya dari jualan kelapa sawit sebulan tidak kurang rm 15,000/ ,kebunnya hampir 100 erar dan simpanan tetapnya di bank berjumlah rm 500.000/. rakannya itu bunuh diri kerana tidak tahan dengan bibilan isteri dan marahan anak-anak yang sudah besar.kejadian berlaku ,kerana bapanya patah kaki jatuh motorsikal. setelah dibawa balik dari hospital,dengan kaki berbalut dan berikat besi, menjadikan tidurnya tidak selisa, lalu beliau bertindak membuka balutan dikakinya. perbuatan tersebut menjadikan marah isteri dan anak-anaknya semakin meninggi dan kerap.esok harinya anak-anaknya hantar semula kehospital untuk dapat rawatan,dan setelah dibawa balik kerumah apabila hendak tidur malam,beliau buka lagi ikatan tersebut.tindakan tersebut telah menjadikan tulang yang patah tidak dapat sembuh dengan betul.sebelum sembuh betul dia telah pergi kekebun memungut dan membawa durian balik dengan menunggang motorsikal. kebetulan dia jatuh motorsikal dan kakinya patah lagi.ini menjadikan bibilan dan marahan isteri dan anak-anaknya semakin kerap dan kuat.pesakit tidak dapat menahan perasaan lagi ,lalu pada jam 5.00 pagi dia bunuh diri dengan meminum paraquat.sebelum minum racun tersebut suami tersebut telah menulis surat dengan panjang libar. antara kadungannya berbunyi berbunyi seperti berikut;

aku sudah berkorban segala-galanya selama ini untuk mu dan anak-anak.aku tahu sejak dahulu kau tidak sebaik yang aku harapkan, tetapi apa bulih buat kerana kita telah berada dalam satu sampan,jadi saya dayunglah sampan ini dengan sepenuh keazaman,tenaga dan kekuatan.harapannya supaya keluarga bahagia.tetapi hingga pagi ini harapan tinggal harapan.oleh itu tindakan terakhir yang aku lakukan pagi ini adalah untuk mengingatkan kepada kamu semua 'tolong akui pengorbanan aku selama ini'.orang dipekan bukit batu pelik dan mengatakan tindakan mereka sebagai kebutusan yang bodoh, tetapi ada seorang yang sensatif dengan menyatakan tindakan itu betul tetapi sepatutnya caranya mesti mereka joli habis-habis dahulu, barulah bertindak demikian. perbuatannya itu dikatakan bukan bunuh diri, sebaliknya dianggap sebagai pengajaran. entahlah.

ada lagi peristiwa dari cerita seorang rakan karif saya berpangkat besar dan tenunya bergaji dan berpendapatan besar.mengalami masalah yang sama,isterinya walaupun bekerja,tetapi pangkatnya rendah berbanding suaminya.menurut ceritanya isterinya tidak pernah mahu berkomporomi dalam semua hal, dia sahaja hendak menang,mesti diikuti kehendaknya, dan tidak mahu mengalah. sifat sedemikian itu ditunjukkan disemua tempat dan pada sepanjang masa tidak kira dihadapat anak-anak atau dihadapan rakan-rakannya dan taulan suaminya. suaminya cukub sabar,kerana mengenangkan nasib masa depan keluarga dan anak-anak.tetapi sang isteri tidak peduli.akhirya pasangan tersebut bercerai. itulah jalan penyelesaian yang digalurkan oleh islam iaitu jika tidak dapat berkekalan,bolehlah bercerai ,tetapi perbuatan tersebut tidak disukai.

ada lagi cerita ,seorang suami bertengkar sehingga menbawa pergaduhan dihadapan kedai dipekan tempat saya tinggal,dalam bertengkat tersebut,dua-dua sama-sama marah lalu keduanya menunggang kereta menghala ke simpang renggam. tidak jauh dari pekan tersebut didapati kereta yang dinaiki oleh kedua pasangan tersebut telah bertembong secara berhadapan dengan lori terela 24 tayar.pada jalan yang lurus , mengapa boleh eksiden.jalannya lurus dan eksiden secara bertentangan. boleh tak eksiden tersebut dikotagerikan sebagai bunuh diri atau itu dianggap sebagai stu kaedah menyelesaikan permaslahan akibat dari pemikiran yang kusut. kalau jalan tak lurus sekalipun bolehkan 100 peratus disalahkan kepada jkr yang buat jalan atau kerana ada orang lain yang memberi probokasi. fikir-fikirkanlah wahai kawan.

sebenarnya banyak lagi peristiwa yang bersebab yang sama tetapi dilakukan dengan cara yang agak sama atau yang berlainan. tetapi unuk mengketogerikan semuanya bunuh diri adalah sangat tidak patut lebih-lebih lagi jika ada peristiwa yang berlaku boleh dikaitkan dengan andaian yang bukan-bukan.perasaan untuk bunuh diri mungkin boleh berlaku dan terlintas didalam benak pemikiran manusia, bezanya ianya menjadi kenyataan atau tidak , ini semua bergantung kepada,latarbelakang pngalaman,kebudayaan,pemikiran,sistem kepercayaan ,pegangan agama dan lain.lain.

jika ramai yang lain tidak bunuh diri mungkin disebabkan oleh adanya pengalaman yang banyak yang telah mereka lalui yang menngajar mereka mngambil jalan penyelesaian dengan cara yang lain,percaya kepada amalan membunuh diri adalah satu yang ditegah,satu kesalahan dan satu larangan yang besar,tetapi bagi mereka yang sistem kepercayaan tidak menegah dengan jelas atau mereka yang tidak memahami ajaran tersebut dengan terang dan mantap ditamah pula kurang pengalaman,maseh muda,kurang tanggongan,menghadapi fikiran yang kusut seperti putus cinta,tekanan kerja,masalah rumah tangga,malu dengan masyarakat sudah cukup bagi golongan ini membunuh diri atau bertindak membunuh orang lain.ini bukan satu yang pelik, yang pelik ialah orang yang bunuh diri kerana kekusutan fikiran didakwa perbuatan tersebut dilakukan oleh orang lain. walaupun tidak ada punca atau kaitan yang menasabah untuk mengaitkan perbuatan tersebut dilakukan oleh kelumpuk orang lain keatas mereka yang bertindak membunuh diri akibat kekusutan pemikiran. ingatlah orang yang fikirannya kusut biasanya akan membunuh dirinya sendiri atau orang lain dan tidak mungkin orang tidak berfikiran kusut membunuh orang yang berfikiran kusut. fikir-fikirkanlah. wassalam.

5 ulasan:

  1. betulah mcm prof kata.org yg kusut ini diwirakan.lbh 2000 org menghadiri acara pengebumian teoh dan mca tgh propose utk set up royal commission of inquiry diatas kematian teoh.bermacam-macam spekulasi dikeluarkan.di atas kematian ini juga saya tgk ad parti politik yg mengambil peluang ini sbg peluang to champion teoh's right.nmpknya kerajaan terpaksa melayan kerenah mereka sekali lagi dan kepincangan yg sdg berlaku trhdp parti trsbut dpt dialihkan dari mata org ramai.

    BalasPadam
  2. itulah cara orang berpolitik yang tidak mempu berwasan.mereka senang sahaja bikin politik saksus murahan. mereka cuba memberi umpan untuk memperdaya masyarakat dan buat masa ini unpannya senentiasa mengena. tak tahulah sampai bila boleh faham. ikan keli di kolam ternakan pun sudah paham memilih umpan dan sudah faham dengan tektik pemancibg , walaupun ianya bukan katogeri manusia.allahwahlam. wassalam.

    BalasPadam
  3. Hehe,

    Rakyat Selangor taja 30k tuk upacara beng hock, MB Selangor luluskan..

    Nizar pergi upacara lilin kematian Beng Hock, Anwar pergi sembah colok beng hock, Islam ape ni???Dua dua bukan main warak kononnya siap pandai baca khutbah..

    BalasPadam
  4. tekanan hidup membuatkan manusia hilang pertimbangan....

    tapi tanpa tekanan hidup manusia mungkin telah lama mati...

    soalnya, bagaimana mengawal tekanan itu sedangkan kehendak manusia seringkali melangkaui kemampuannya... mengatasi kewarasannya....

    BalasPadam
  5. UNTUK DIKATAKAN SOALAN sprm SEBAGAI PUNCA DAN FAKTOR TEKANAN YANG MEMBAWA KEPADA TINDAKAN MEMBUNUH DIRI,INI TIDAK PATUT SAMA SEKALI,BENG ORANG POLOTIK DAN SEMESTINYA SEORANG YANG HEBAT DAN TAHAN LASAK JIKA DILIHAT DARI KACA MATA ORANG BIASA SEMACAM SAYA.MALAH TEKANAN dap KEPADA BANGSA,NEGARA DAN PAKSAAN MEREKA KEPADA MANTAN mbPERAK MENGHADIRI UPERCARA MENGAGONGKAN API LILIN ITU HARUS DILIHAT LEBIH DASYAT,WALAUPUN TEKANAN ITU SEBENARNYA BARU PERMULAAN DARI ISI HATI dap .INI TERBUKTI SEBAGAIMANA,dap MEMAKSA ORANG MELAYU MENDERHAKA KEPADA SULTAN. SAYA JANGKA UNTUK MENGUKUHKAN PAKATAN RAKYAT DAN MENGUATKAN dap ,dap AKAN MEMBUKTIKAN KEMAMPUAN MEREKA MEMPERKUDA MELAYU DENGAN CARA JALAN YANG LEBIH DAHSYAT LAGI.ANTARA YANG AKAN DILAKUKAN IALAH MAHUKAN JAWATAN PM,YANG DI PERTUAN NEGERI,NEGARA,SEBAGAIMANA SI SINGAPURA,DAN PERLANTIKAN KETUA AGAMA MENGIKUT TEMUDUGA .MEREKA. LIHATLAH.

    BalasPadam