Saya adalah anak kacukan dari bapa yang berbangsa Melayu dengan ibu dari anak keturunan Cina.Saya dapati, baik bapa saya atau ibu saya sangat-sangat menyayangi negara,agama dan bangsa Melayu. Ayah saya sering bersyukur kehadrat Allah s.w.t, mendapat seorang isteri yang datang dari bangsa lain dan kemudiannya dikurniakan dengan 10 orang cahaya mata yang terdiri daripada 5 lelaki dan 5 perempuan. Ketaat-setiaan bapa pada negara ini cukup tinggi. Beliau sangup berjalan kaki kira-kira 50km
semta-mata untuk turut serta dalam perayaan menyambut kemerdekaan negara ini
yang berlaku pada 31 ogos 1957. Hubungan beliau dengan Dato'Onn Jaafar sangat rapat, dan beliaulah juga orangnya yang bekerjasama dengan Dato'onn untuk mengamankan pergaduhan(perang ) Selendang Merah,peperangan Melayu-cina yang berlaku di Batu Pahat.
Bagi ibu ketaat setiaannya kepada negara dan anak bangsa ini angat tinggi.Ibu jadi tukang urut bersalin,mengurut orang terseliuh,mengubat orang patah tulang dan lain-lain dilakukan dengan percuma. Seingat saya apabila ada orang datang ke rumah meminta tolong disebabkan sesuatu kemalangan,ibu dengan pantas biasanya terus pergi.
ibu seorang yang takut diboncing basikal lalu ibu hanya berjalan kaki mengekori dengan pantas. Selalunya saya berlari mengikuti ibu sehingga sampai ke rumah yang menjemput .
Setahu saya ibu tidak pernah meminta upah,malah sering kali ibu akan membawa apa sahaja yang ada ditanamnya dikeliling rumah untuk diberikan kepada mereka yang kena musibah. Saya lihat ibu gembira,dia tahu orang susah dan miskin perlu dibantu, walaupun diri dan keluarganya juga miskin.
Seingat saya ibu,mengurut tidak mengira kaum, Melayu,Cina dan India semuanya beliau tolong. Orang yang tinggal disekitar pekan kecil parit Youb,Parit Ismail,Estat Tanjong Semerong,Bangkar,Dusun semuanya kenal ibu.Ini seronoknya apa bila ramai
oang kenal ibu kerana bakti, kerja baik dan jasanya,kita akan turut di jaga atau diasuh oleh masyarakat Mereka akan tunjuk ajar dan tegur kalau kita lakukan sesuatu perkara yang dianggap tidak baik.Dengan itu kehidupan kita senentiasa dalam pengawasan masyarakat dan keadaan sebegitu membolehkan kehidupan kita labih terjamin.
Hubungan ibu dengan rakan-rakan Melayu,cina dan India sangatlah akrab. Beliau akan beritahu ibu bapa rakan saya yang melakukan kesalahan seperti terlalu lama mandi sungai,panjat pokok buah-buahan orang lain, curi telor dan sebagainya, Kawan-kawan saya dan ibu bapa mereka tidak marah. Malah mereka turut gembira kerana ,kerana dianggap telah menolong menjaga sama anak-anaknya.
Ibu dalam pemerhatian saya langsong tiada rasa cemburu ,marah atau dengki keatas kejayaan orang lain. Beliau sangat suka dan sering menceritakan hal kejayaan orang lain sama ada dari keturunan Melayu,cina atau India dengan rasa gembir.Sikapnya yang sedemikian itu,telah menjadikan ramai orang kalau datang atau singgah di rumah, dengan tidak segan silu akan meminta atau menunggu masakan ibu untuk turut sama makan.Ada setengah dari mereka yang datang bawa ikan,atau ayam suruh ibu memasaknya.Kesemua mereka sangat mesera dan manja dengan arwah ibu.
Tetapi kini saya sangat pelik, apabila mendengar tentang sikap setengah orang yang sangat tidak suka jika ada orang lain yang mendapat sedikit kesenangan.Mereka cemburu,sakit hati, marah jika ada orang dapat dikeluarkan dari perangkap putaran ganas kemiskinan sama ada oleh usahanya sendiri atau atas bantuan kerajaa. Bagi kumpulan ini,menolong orang atau bangsa yang miskin dan ketingalan telah dianggap sebagai perbuatan bukuk. mereka sara berjaya jika ada kumpulan masyarakat yang miksin.Jika ada ahli bukan kumpulannya yang sekamin miskin didapati mereka kelihatannya semakin suka. Yang ditolong ialah golongan miskin yang terdiri dari golongan pri-bumi dan penduduk asal negara ini. Kita perlu sedar, bahawa telah banyak pengorbanan dan korban yang golongan melayu-bumiputera telah lakukan.Berperang menghalau Portugis,Belanda ,Inggeris dan Jepun dan menghambat Komunis semuanya dilakukan oleh ahli keturunan ini.
Semasa orang lain bercerita tentang perniagaan,menghantar anak-anak belajar disekolah yang baik,belajar di luar negara,bidang atau jurusan yang baik, saya dengar
bisik dihati kecil segolongan besar masayrakat asal dunia Melayu bercerita mengenai tenggong jawab menjaga keamanan, meninggalkan anak-bini, menuju kehutan belentara atau sepadan semata-mata untuk menjaga keamanan. Sewaktu orang lain nenyak tidur, golongan bumiputera ini mencegih mata disepadan atau dihutan belentara. Sewaktu para komunis dan rakyat dari Viatnam berpusu-pusu melepaskan diri dari kancah peperangan saudara,kumpulan ini jugalah yang dilanda mabuk laut kerana terapong-apong dipukul gelombang semata-mata berjaga untuk menjaga keselamatan negara.Ketahuilah apa yang mereka perolehi kecuali secubit upah atas pengorbanan tenaga dan nyawan.Petaruhan nyawa bukan sahaja disepadan,di hutan belentara, dilautan,di udara, malah di kemp ditempat mereka berteduh,melihat dan berjumpa anak bini juga diancar,diserang dan dibaling bom.Siapa orangnya yang kasihan dengan golongan ini dan keturunannya sekarang.
Setahu saya golongan ini yang dahulu menderita dan terseksa,kini terus berada didalam penyiksaan dan penderitaan zahir dan batin. Golongan ini sekarang dengan tidak segan dan silu diijik,dimarah,dimaki,dikata,dicemuh dan sebagainya lagi. Orang yang mencemuh begitu sekarang ada hajat dan sedang berusaha untuk memanjat tanga kejayaan politik. Mereka sudah menguasai ekonomi dan cuba pula menguasai yang lain dengan cara menyekat jika ada mana-mana ajensi yang mahu mengapuskan kemiskinan dan kemelaratan golongan yang melarat. Golongan yang suka melihat kemelaratan berlaku secara berterusan,bukan tinggal bersendirian, sebaliknya mereka mendapat sokongan pukal dari gulungan yang mengejar kuasa politik dengan membabi-buta. Golongan ini sejak dari dahulu tidak pernah mengiktiraf perjuangan para perwira yang disebutkan diatas, sebaliknya mereka sekarang ini sedang mendindangkan semboyan atau lagu yang mengaku mereka pula sebagai wira dan pejuang. Percaya kah?.,sokongkah kah?. Fikirkanlah semasak dan sedalamnya. Wassalam
Salam Prof,satu artikel yg amat baik. Saya suka mendengar cerita-cerita silam spt pengalaman ayah @ ibu saya, kemiskinan yg mereka hadapi dahulu,cerita2 hantu,cerita2 dari nenek saya ttg askar jepun serba sedikit membuka mata saya ttg kedudukan dan keadaan bangsa saya.Macam yg telah diperkatakan oleh prof, "golongan ini yang dahulu menderita dan terseksa,kini terus berada didalam penyiksaan dan penderitaan zahir dan batin. Golongan ini sekarang dengan tidak segan dan silu diijik,dimarah,dimaki,dikata,dicemuh dan sebagainya lagi". Kita masih merintih di bumi sendiri. Drpd cerita2 lepas juga saya rasa bangsa kita cukup cemburu dgn kejayaan org lain,klu tidak ilmu2 sihir seprti santau tidak akan wujud. Prof saya juga pelik, dalam bangsa kita ad yg berpuak-puak dan bergaduh sesama sendiri,saya ambil contoh ramai remaja2 melayu skrg menyertai kumpulan2 spt PEKIDA & TIGA. Di bwh kumpulan ini ada lagi pecahan spt double seven,utara selatan,geng anak setan dan macam2 lagi.Setiap kmpulan mempunyai ketua msg2 yg dikenali sbg abang long. Mereka bersumpah taat setia trhdp kumpulan tersebut yg mereka anggap sbg keluarga,tapi yg saya peliknye kumpulan2 ini pantang bertemu, bila bertemu je mereka akan bergaduh. menyedihkan sebab ada sesetengah bangsa kita skrg ada yg xsdar lg ttg kedudkn kita.xhabis2 bergaduh dan melepak. saya percaya di klgn mereka ini mempunyai potensi besar utk berjaya dlm hidup tp mlgnya mereka tiada pembimbing yg betul2 qualified. Saya juga bersedih kerana saya hanya mampu melihat mereka ini terus terjerumus. Saya juga bersedih kerana pemimpin2 bangsa melayu x kira parti asyik sibuk cari political mileage tanpa menghiraukan anak-anak muda ini.
BalasPadam