Dari dahulu lagi saya diajar dan belajar bahawa, Allah telah menjadikan manusia itu berkelompok-kelompok, berpuak-puak,suku-suku dan berbangsa-bangsa untuk memudahkan kita berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain.Dengan janji allah yang memudahkan kita berkenalan dengan kumpulan lain membolehkan kita mendapat pengetahuan atau pengalaman baru .Dari pengenalan dengan kumpulan lain,kita dapat bertemu nilai dan perbuatan baik yang perlu kita ambil walau datang dari kelompok lain dengan syarat tidak bertentangan dengan nilai kita dan kita seeloknya mampu pula membuang nilai buruk walaupun ia datang dari kumpulan kita. Sikap dan sifat yang sedemikian saya rasa baik kerana ia boleh mengujudkan keharmunian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Saya ingin menarik perhatian semua, bahawa kini didapati ada sekelompok manusia tertentu yang berpegang kepada pendapat bahawa, berbicara tentang etnik,kaum atau bangsa tertentu adalah satu yang perlu dijauhi atau tak perlu didekati atau diperjuangan . Mereka yang memperjuangkan etnik,kaum,bangsa dianggap sebagai bersalah atau melakukan dosa sosial dan dosa agama.Golongan yang berjuang sedemikian itu dianggap telah terpisong dan didesak jangan diperkata dan salah jika diperkatakan. Golongan anti pengenalan etnik,kaum dan bangsa telah berjuang dan memperjuangkan pengapusan pengenalan etnik ,kaum atau bangsa dan dengan meninggalkan hanya kepada pengenalan agama sahaja. Seolah-oleh jika mata,hati,perasaan dan pengetahuan, seseorang dapat melihat perbezaan etnik,perbezaan kaum,bangsa dan negara semua individu tersebut dianggap bersalah pada nilai mereka dan memiliki kesedaran palsu. Bagi golongan ini pemikiran yang sebetulnya ialah apabila seseorang individu hanya mampu melihat manusia lain termasuk dirinya berbentuk uniformiti (seragan)atau hanya mampu melihat manusia dari sudut kelas semata-mata. Kemudian kumpulan ini secara sedar atau secara tidak berpengetahuan menunntut bahawa aliran fikiran terserbut sebagai perjuangan yang adil dan benar. Bagi saua itu ideologi Autopia yang telah lenyap dan cuba dicungkil untuk dihidupkan semula. pendekatan autopia inijuga adalah idea asal komunis dan sosialis yang anti tuhan yang menganggap tuhan sebagai candu.
Sekarang golongan ini sangat berani dan angkuh dengan mengatakan, "saya tak kira asal dia Islam kita bela", apa Melayu?.Mana ada bangsa. Apa dia Melayu......
Apakah betul idea sedemikian itu? Orang-orang pandai Islam diharap dapat membatu untuk memberi jawapan ya atau sebaliknya dan tolong beri komen yang sebaiknya.
Bagi saya, jika kita hanya memperjuangkan soal agama semata-mata dengan menolak secara total soal-soal perjuangan etnik,kaum,bangsa,bahasa,kesiahat dll adalah satu yang tidak tepat lebih-lebih lagi apabila agama itu dilihat dari sudut yang sempit yang hanya menyentuh tentang fardzu ain sahaja ini boleh bertentangan dengan hukum Allah.ia mungkin benar hanya dari sudut hukum politik, yang berjuang dan ingin menegakkan kemenangan semata-mata. Tetapi ia mungkin bertentangan dengan hukum Allah, kerana kejadian atau kewujudan sasuatu etnik,kaum,bahasa,bangsa itu adalah kejadian Allah dan menurut hukum Allah dan dukan terjadi atas sebab suka-suka atau dijadikan oleh manusia. ini berbeza dengan kewujudan ideologi adalah bergantung kepada hukum akal manusia semata-mata. Dengan kesedaran sedemikian ini, menyebabkan saya tertarik untuk mengajak kita berbincang agar manusia terutamanya penganut agama Islam tidak terperangkap dengan kekaburan melihat kekuasaan Allah dan terpedaya dengan melihat kehibatan ideologi. sekian wassalam.
salam prof,boleh terangkn secara terperinci apkah itu ideologi autopia? terima kasih.
BalasPadamIdeologi Autophia adalah asatu ideologi yang telah lama dan awal. Ideologi ini membicarakan keadilan dan kesejetheraan sesuatu masyarakat itu ditentukan oleh pembahagian kekayaan atau harta yang sama rata dan sama rasa. tidak seorang dibenarkan untuk mempunyai perbezaan walau sedikit pun.Kehidupan yang sempurna BAGI IDEOLOGI INI ialah semua orang mesti berada dalam satu kelas,seeloknya pakaian.makanan,aktiviti dan perlakuannya pun dituntut sama.Keadaan sedemikian dapat dilihat a hampir sama dengan keadaan penduduk negara Autphia sekarang iaitu berpakaian serba putih.
BalasPadamApa kesannya dan perpezaannya dengan ideologi lain dan tentunya ia amat berbeza dengan pendekatan Islam.Kapitalis mementingkan keupayaan individu,komunis dan sosialis menekan persamaan seperti Autophia dan Islam mengehergai perbezaan dan mengakui adanya kelebihan dan kekurangan yang dimiliki seseorang.tetapi iSLAM MENEKANKAN KEADILAN YANG SAKSAMA. Keempat-empat ideologi sama ada Authopia,kapitalis,komunis dan sosialis semuanya tidask meletakkan wujudnya kekuasaan tuhan secara mutlak dan dalam banyak keadaan menafikan kekuasaan dan peraturan tuhan.
Bagi Autophia ia tidak nampak adanya sedikit sebanyak perbezaan antara sesama manusia misalnya perbezaan darjat,perbezaan keupayaan yang boleh membawa kepada perbezaan kebolihan,kepintaran ,kekayan. kalau ada perbezaan,perbezaan tersebut perlu dihapuskan.Mereka meletakkan kuasa terpusat pada masyarakat sepenuhnya, individu mesti patuh dan tunduk semata-mata kepada hukum sosial. KALAU KITA DAPAT BAYANGKAN DAN BUKAN CONTOH BENAR,Kehidupan yang dituntut atau disyaratkan oleh Autophia ialaah seperti laksana umat muslim sedang dalam menunaikan ibadah haji. yang semuanya putih.Tentunya kehidupan yang dikehendaki oleh Autophia , berbeza dengan Islam kerana berpakaian serba putih ( ihram) yang dilakukan oleh umat Islam adalah sewaktu melakukan ibadah haji, lainnya dibenarkan asal mereka menutup aurat, dan semakin sopan,bersih,berbauan wangi sangat digalakkan. Ertinya dalam Islam kehidupan itu sebenarnya hidup dan kelihatan meriah kerana ada yang dibenarkan ,digalakkan,dan ada juga yang dilarang.wassalam