Integrasi sosial adalah proses penyatuan pelbagai kelompok dalam masyarakat terutama yang berbilang ras atau etnik memalui satu penerimaan identiti bersama dengan menghilangkan perbezaan identiti masing-masing. Misalnya di Malaysia orang Melayu,cina,india dan lain-lain menyedari,mengaku dan menerima bahawa mereka adalah rakyat Malaysia . Bagi orang Cina atau India mereka tidak lagi merasakan dirinya sebagai orang luar.Sekiranya wujud pelbagai kelainan dari masyarakat berbilang etnik yang boleh membawa kepada berbagai identiti dapat diolah menjadi satu identiti ini akan memudahkan negara membentuk integrasi. Apabila telah menjadi satu identiti maka jiwa,perasaan dan cira-rasa rakyat mudah untukmenjadi satu. Dengan demikian secara semula jadi ,mudahlah pula bagi rakyat mencurahkan perasaan ketaat setiaan mereka kepada negara ini. Dengan wujudkan satu identiti bersama,rakyat atau ahli masyarakat akan memiliki rasa kekitaan bermasyarakat dan bernegara secara bersama. Kejayaan integrasi atau perpaduan biasanya akan mengujudkan rasa penyatuan jiwa dan perasaan oleh ahli masyarakat keseluruhannya.Oleh itu kejayaan mencapai integrasi adalah satu pengharapan dan idaman yang utama bagi semua masyarakat didunia terutama bagi masyarakat yang berbilang etnik,kebudayaan,agama,dan ras.
Integrasi sosial adalah amat perlu bagi sesebuah negara kerana ia boleh menjamin kewujudan keamanan, keharmunian.kesejetheraan, kestabilan dan kedamaian bagi sesebuah negara.Dalam mencapai perpaduan melalui matlamat integrasi, maseh dibenarkan wujud beberapa perbezaan yang asal bagi sesuatu kelompok seperti kewujudan perbezaan kebudayaan,sistem kepercayaan,adat sitiadat,dan agama.
Dalam dunia intelektual, mereka melihat integrasi boleh dilakukan dengan dua cara yang berbeza. ini kerana mereka melihat mesyarakat melalui dua kaca mata yang berlainan,justru penglihatan,pemikiran dan tindakan mereka juga berbeza. Dua teropong melihat masyarakat ini satu dikenali sebagai teropong kumpulan fungsionalisme dan satu lagi dikenali sebagai teropong golongan strukturalisme (konflik).
Golongan pemikir funsionalisme melihat masyarakat berbilang ras atau etnik dapat disepadukan melalui kaedah integrasi . Kaedah integrasi melalui perpaduan sosial dapat dijayakan melalui guna pakai penyatuan norma sosial dan nilai.kumpulan ini berpendapat bahawa unsur-unsur normatif perlu diselaraskan bagi menentukan perlakuan semua manusia diharapkan berlaku dalam bentuk yang seragam atau sekata walaupun mereka berada dalam suasana yang berbagai-bagai dan berlainan. Seterusnya ahli masyarakat yang berbagai itu dituntut untuk menerima kepatuhan yang tinggi ke atas peraturan yang terbina dan telah dipersetujui bersama.
Kepatuhan keatas norma sosial itu bolehlah disamakan dengan kepatuhan kepada hasil saling-jangkaan yang dimiliki dan diakui bersama oleh sebahagian besar ahli masyarakat. Keadaan sedemikian itu tidak menuntut pengakuan jangkaan dari kesemua ahli ,tetapi memadailah dari keseluruhan ahli kelompok. Keseluruhan jangkaan atau kesepakatan bersama itu bolehlah dikatakan sebagai memiliki konsensus nilai. Iaitu yang merujuk kepada satu persetujuan bersama oleh anggota masyarakat. Konsensus nilai inilah yang sepatutnya menjadi asas pegangan,panduan dan ikatan untuk mencapai integrasi.
Ini berbeza, bagi golongan konflik,bagi mereka integrasi bukan ditentukan oleh faktor konsensus nilai bersama, sebaliknya ia boleh berjaya hasil faktor tekanan dan paksaan. Menurut golongan ini integrasi secara semula jadi yang berteraskan kepada nilai tidak akan bermakna dan berjaya, melainkan konssensus tersebut dilakukan dengan cara paksaan. paksaan boleh dilaksanakan dengan cara peraturan undang dan perlaksanaannya dilakukan dengan cara yang bermakna dan berkesan.Sekiranya ingkar atau tidak patuh mereka boleh dikenakan "dendaan" atau sehingga sampai dipenjara,didenda dengan wang atau berbagai kaedah yang lain. Selain dari itu, masyarakat tersebut dipaksa untuk mengadakan bentuk dan hubungan ekonomi yang mengamalkan pergantungan.pergantungan bermakna tidak membenarkan individu dalam masyarakat melakukan dan membuat keputusan dengan sewinang-winangnya secara bersendirian. sesuatu keputusa senentiasa berada ditangan masyarakat atau senentiasa berada tangam mereka yang berada dipuncak kuasa.
Diharap nota kecil ini akan dapat memberi sedikit pemahaman tentang integrasi dan dapat juga memberi pemahaman tentang kedua-dua pendekatan fungsionalisme dan konflik agar dengan itu membolehkan kita memilih pendekatan mana yang labih baik untuk dipilih bagi memerintah negara tercinta ini. Memahami dengan cara mendalam kedua-dua bentuk pendekatan ini sudah tentu kita akan mampu untuk meramalkan sistem mana yang lebih ungul untuk dipraktikan pemerintahannya di Malaysia.sekian terima kaseh. wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan