jam 4.20 ptg. 16 hb. julai 2009 bersamaan hari khamis, saya bertemu dengan rakan karib yan sama-sama dahulu bersepakat untuk menanam pokok buah-buahan seperti rambutan,langsat,dukulangsat,pulasan manggis dan lain-lain. beliau baru sahaja balik dari dusunnya. didusunnya beliau telah mengerakhan anak-anak muda kampong untuk memungut 150 bakul yang tiap satunya seberat 40-50 kg.buah-buah tersebut akan dihantar ke kl menerusi fama. saya punya kawan sebagai pegawai di fama lalu saya telefon beliau bertanyakan tentang harga, kerana saya bercadang untuk turut menjual melalui fama. perkara utama yang saya tanyakan ialah tentang harga. lalu beliau beritahu 1 kg rambutan 30 sen,pulasan 70 sen menakala dukulangsat dia akan tanya para peraih yang kebanyakannya orang-orang cina untuk memberi tahu harganya. harga upah petik dan pungut rambutan 1kg 30 sen dan duku langsat 50 sen. harga upah semakin meningkat dan diperjelaskan bahawa harga buahan untuk dua hari lagi akan semakin turun harga.
kalau ini kaedahnya iaitu fama cuba dapatkan harga dari pemborong cina, apa ertinya agensi fama yang dikatakan bertujuaan untuk menolong para petani yang kesempitan dalam hubungan perniagaan. dikabarkan kepada saya bahawa fama juga akan menghantar buah-buahan tersebut kepasar borong di kl. kalau ini terus dilakukan semimangnya sistem menyepit ini tidak akan ada kesudahannya. mengapa fama tidak bersedia untuk membentuk pusat pengumpulan sendiri di kl, dan kemudiannya berusaha untuk memenuhi para peruncit buah-buahan di kl yanf setahu saya kebanyakannya adalah oang melayu.kalau ini dilakukan tentulan fama dapat mendekatkan hubungan dan jaringan antara penanam buah melayu dengan peniaga melayu dimana-mana sahaya di seluruh malaysia dan bukan sahaja di kl. kalau tidak diubah , kita akan bertemu dengan pengeluar buah-buahan yang berterusan suram. wassalam.
salam prof, ayah saya seorg pegawai di lembaga pertubuhan peladang dan apa yg prnh ayah saya katakan adalah fama ini mcm organisasi tidur..actually yg buat kerja hanyalah lembaga pertubuhan peladand dn pertubuhan peladang kawasan..apa yg selalu fama buat adalah menyediakan khemah fama,payung meniaga fama xpun menyediakan booth2 yg ad cop fama..itu je yg diorg buat..fama dpt nma tp org laen yg buat keja..
BalasPadamAyah,
BalasPadamPerkara ni perlu di email kepada Menteri Pertanian, Tan Sri KSN dan CC kepada PM..
Langkah 1, boleh buat aduan kepada blog www.1malaysia.gov.my.
Keje kejut FAMA, tak bangun2 tido lagi..
Sina