Bai'ah pada umumnya dipahami sebagai pengakuan ketaatsetiaan seseorang. Pada zaman Nabi dan pada masa perlantikan khalifah al-Rasyidin yang empat ada dilakukan bai'ah oleh para ketua pemimpin kepada para pemerintah.Pada zaman Syadina Ali,bai'ah kepada beginda akan terbatal sekiranya berlaku perkara yang tidak baik berlaku.Dari persetiwa tersebut lahir ungkapan, " Jika khalifah melakukan kesalahan akan diluruskan dengan mata pedang. Ertinya perbuatan atau perjanjian bai'ah itu ialah untuk menentukan pihak yang berkuasa akan disangah sekiranya mereka ingkar dari syarat bai'ah yang dilakukan.
Bai'ah sepatutnya tidak boleh mengenakan laknat kepada individu yang berkedudukan lemah atau golongan bawahan atau mereka yang rendah kedudukannya.Keadaan ini kerana individu golongan bawahan atau berkedudkkan rendah biasanya tidak berkuasa kerana undang-undang atau peraturan telah mengikat perlakuan atau tindakan mereka.Peraturan berperlakuan seseorang itu umumnya adalah ditetapkan oleh pihak perkuasa sama ada state (negara),kerajaan,organisasi,persatuan ataupun parti-parti politik. Institusi-institusi ini semua biasanya sangat perkasa berbanding dengan individu,ahli atau rakyat.
Mana-mana institusi biasanya berkuasa membuat dan menjalankan undang-undang atau peraturan . Semakin lebih perkasa sesuatu organisasi itu sepatutnya tidak perlu lagi menuntut ahlinya berbai'ah untuk menuntut sesuatu perkara yang tertentu seperti menuntut kepatuhan zahir ,bati dan ghaib(yang belum pasti)dengan membuat sesuatu bai'ah seolah-oleh mereka mampu memutuskan sesuatu perkara untuk waktu depan yang pasti sedangkan mereka sendiri sebenarnya belum pasti.
Memberi Bai'ah kepada sesuatu perkara yang belum pasti, boleh difahami sebagai mendahului hukum tuhan.Kerana biasanya tidak berupaya dan tidak dibenarkan meramalkan ketentuan masa depan mereka. Kesemuanya kita patut serahkan ke atas kebeseran Allah.Menuntut ahli-ahli untuk berbai'ah bermakna individu tersebut secara hakikatnya telah mengadai diri atau dituntut mengebadikan diri kepada mana organisasi yang mengamalkannya.Mengadai atau mengabdi diri yang sedemikian itu tentunya telah menafikan pengtirafan sifat dan darjat kemanusiaan
Sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.Apa sahaja tuntutan berbuat bai'ah sebagaimana yang dicadang oleh Allah s.w.t,dan dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para khalifah semimangnya tidak bertentangan dengan darjat amalan kemanusiaan kerana bai'ah tersebut perintah dan amalan Nabi.Bagi kehidupan masa kini, individu sebagai ahli seharusnya memadaai patuh kepada peraturan yang ditentukan oleh Allah,Rasul dan terikat dengan peraturan bernegara,berpersatuan dan bermasyarakat.
Sebagai manusia Islam mereka sepatutnya tidak perlu berbai'ah kepada parti dan bai'ah talak tiga.Sedangkan sejarah perjalanan parti-parti politik biasanya berubah-ubah dari satu masa kesuatu masa bergantung kepada masa dan keadaan serta pucuk pemimpin yang menerajui sesuatu parti politik.
Saya pernah diminta untuk menandatangani berbai'ah sewaktu dipelawa untuk menjadi ahli sesuatu persatuan. Saya tidak mahu dan saya menolak untuk menjadi ahli kumpulan tersebut. Wassalam.
Maity memang tidak setuju langsung dgn bai'ah ni. Kalau zaman Rasulullah dahulu diadakan bai'ah Hudaibiyah atau Perjanjian Hudaibiyah agar umat islam dan kaum musyrikin tidak berperang/pergaduh, di situ kita boleh nampak "common sense" kenapa perjanjian seperti itu dilakukan.
BalasPadamtapi bai'ah hanya untuk taat setia kepada parti serta penjatuhan talak tiga (yg mana kita sendiri tahu "Perkara yang halal tetapi paling tidak disukai oleh Allah adalah talak") boleh dibuat seperti mainan oleh mereka...