Selasa, 17 November 2009

Anwar Telah Diberi Terlebih Nilai

Saya mengenali Dato Sri Anwar Ibrahim bermula dari tahun 1970 an, sewaktu beliau menjadi pelajar di Universiti Malaya.Pada waktu itu banyak aktiviti yang beliau lakukan. Antara aktiviti yang sangat menonjol ialah menaja dan mengetuai demonsterasi jalanan pelajar.

Kampus yang sebelum kedatangan Anwar berada dalam keadaan tenang telah bertukar menjadi huruhara kerananya.Walaupun ancaman komunis masih kuat melanda negara ini,itu semua sedikit pun tidak menjadi unsur yang boleh dipertimbangkan untuk tidak melakukan huruhara atau mahu berkerjasama dengan pemerintah dalam menangani masalah negara.Selepas peristiwa demonsterasi jalanan yang terpengaruh dengan unsur-unsur budaya barat dan budaya timur(sosialis),Anwar terus bergerak mengemudi beberapa persatuan pelajar dan persatuan-persatuan yang lain. Antaranya Ialah Persatuan Islam Universiti Malaya,Angkatan Belia Malaysia (ABIM) dan lain-lain.

Setiap persetuan yang diceburi,beliau akan meminta untuk diangkat menjawat jawatan ketua.Permintaan beliau itu,tentunya sudah beliau pertimbangkan tentang nilai diri beliau didalam pertubuhan tersebut. Keadaan ini semakin jelas ,apabila beliau menjadi Ahli UMNO, sebagai pemuda UMNO,beliau sekali lagi minta untuk dipilih kejawatan ketua pemuda. Setelah permintaannya tercapai, beliau menduduki kerusi ketua pemuda UMNO dan Sebagai Naib persiden UMNO.Dalam kedudukan sedemikian itulah Anwar meminta rakannya cadangkan untuk memegang jawatan Presiden Universiti Islam Antara Bangsa (UIA). Walhal waktu itu anwar bukan orangnya yang cukup layak menjawat jawatan tersebut.Dengan berbagai jawatan dan gelaran, dari sini beliaau terus bertindak dengan cara berkimpin dengan secara tertentu untuk melemahkan kepimpinan En. Ghapar Baba, dengan mengatakan Ghapar Baba, tidak berilmu,stail kampong, tidak ada kelulusan dan lain-lain sehingga orang ramai dalam UMNO meragui kepimpinan Tun Ghafar Baba. Setelah Anwar melihat Ghafar Baba kelihatan lemah, beliau telah mencabar untuk merebut jawatan Timbalan Prisiden UMNO. Dalam usahanya itu,beliau berjawa mendapatkan Jawatan Timbalan Presiden UMNO mengalahkan Ghafar.

Selepas itu, ada berita yang kita dengar,Anwar mahu jawatan Prisiden UMNO dan bercita-cita untuk menjawat jawatan tertinggi dalam bidang Eksutif di Malaysia iaitu jawatan Perdana Menteri.Niatnya dapat dikesan oleh Tun Doktor Mahathir. Bagi Tun bukan beliau tidak suka Anwar Jadi PM, tetapi lebih kepada Tun M tidak percaya kepada perangai dan kebolihaan Anwar.Kerana itu,Tun Mahathir menyingkirkan beliau dari kebinit dan dari parti.Keputusan tersebut sebenarnya sangat besar,berat dan amat merbahayakan,Mungkin setelah difikir sedalam-dalamnya,Tun M berani bertindak sedemikian itu untuk kepentingan negara dan umat. Itu semua dilakukan kerana sikap Anwar, tidak memperdulikaan siapa dan dalam keadaan yang bagaimana untuk kepentingan dirinya. Jika dalam keadaan ancaman komunis pun beliau sangup merusuh dengan menunjuk perasaan,ini apatah lagi setakat merosakan repotasi negara,merosakan perpaduan,mengancam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. Bagi beliau itu semua tidak menghairankan yang penting ialah kehendak dan cita-citanya berjaya.

Tanda Anwar senentiasa mahu duduk di atas,contohnya setelah dipecat dari UMNO,beliau menubuhkan Parti Baru iaitu Parti Keadilan, masa itu beliau dipenjara kerana kesalahan moralnya,Kerana tabiat semula jadinya, beliau masih mahu jawatan atasan,sebab itu setelah diadakan pilihan parti Isterinya dipilih menjadi Prisiden Parti,Anwar yang terlepas jawatan tersebut,beliau masih ada kesempatan untuk menyandang jawatan tertinggi parti dengan mengujudkan jawatan Penesihat Parti KeAdilan, jawatan ini juga beliau angkat sebagai jawatan tertinggi parti. Atas nasihatnya inilah Parti Keadilan bergabong dengan parti Sosialis Rakyat Malaysia yang dipimpin oleh S.Husin Ali.

Sejarah Anwar tidak pernah mahu duduk dibawah, beliau menganggap dirinya hibat,pandai,bijak sana dan bijak sini,lahir sebagai orang "sepicil", orang lain sebagai tunggangan sahaja.Beliau membina kelik,menaburkan kemiwahan kepada keliknya, dan meminta rakan-rakan menyangong dan mengagongkan beliau (tetapi pada masa yang sama beliau mengatakan orang lain mengamalkan kronisma,nepotisma dan korapsi) . Kuncu-kuncunya sangup memerah otak dan tenaga untuk diserahkan kepada Anwar, agar beliau kelihatan perkasa,besar,agong dan segar. Segala bentuk keburukan yang dilakukan diminta kawan-kawannya menjadi niru untuk menutupnya.Tentunya baunya maseh keluarkan?.

Tetapi akhir-akhir ini saya merasa agak pelik terhadap kehendak nafsu Anwar yang sangup atau rela hanya dibayar eloun RM 1.untuk menjadi penesihaat ekonomi keajaan negeri Selangor.Kepelikan ini saya kongsi sependapat dengan Dato Ibrahim Ali yang merasa binggong atau Anwar sekarang sudah binggong.Binggong ini terjadi kerana Anwar tidak pernah meletakkan dirinya diparas yang serendah itu.Anwar bukan begitu orangnya. Kata Tun Doktor Muhamad,"itulah nilai Anwar yang sebenar".Atau nilai anwar hanya kurang separuh dari nilai itu.

Tetapi bagi saya semimangnya selama ini ramai orang telah meletakkan Anwar dikedudukan di atas nilai,Penyokong dan pengikutnya telah meletakkan Anwar terlebih nilai.Bagi manusia yang waras saya minta Anwar diletakkan dinilai yang sebenar, ikut penilaian kita dan bukan memberi nilai terhadap apa yang dia pinta.kerana selama ini kita sudah berlebihan menuhi permintaan beliau. Pikirkan. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan