pada tanggal 20hb, Nov.2009 bersamaan hari jumaat, sebelaah paginya selepas menghantar isteri kesekolah dan sesudah membeli surat khabar saya berligar-ligar keseorangan dipekan Bukit Batu. Entah bagaimana saya teringin sarapan dikedai haji Saim.Saya pun singgah dan memesan semangkuk bee hoon sup dengan horlick kosong.Sedang asik menyudu datang kemeja saya orang kuat MCA dan wakil peribadi Dato Ong Kah Ting, mantan presiden MCA dan ahli perleman Kawasan Kulai.
Beliau kelihatannya sibok dan hanya mengambil masa yang singkat untuk bertanya habar. Dengan tanpa membuang masa dan kesempatan, saya bertanyakan tentang hal politik semasa MCA. Macam mana MCA sekarang?. dan terus saya tanyakan Apa pasal Dato Ong Kah Ting diam sahaja?.Jawabnya; Tak boleh cakap, nanti lagi kacau.Dengan ringkas beliau menyatakan,sekarang ini MCA ada tiga kumpulan. Nanti kalau cakap lagi pecah tau. Kalau itu bermakna perpecahan MCA berpunca dari sikap semua pemimpinnya suka banyak cakap.
Saya ingin tahu dimana kedudukannya dalam tiga kumpulan tersebut?. lalu saya sokong tindakan Persidean Parti MCA yang memecat sembilan orang ahli majlis presiden dengan mengatakan " presiden tentunya banyak tahu tentang pintu keluar masuk dalam parti". Ka Siong orang baru yang belum cukup masak dengan tendang terajang politik". Jolokan saya mengena,apabila beliau terus menjawab,prisiden sudah jadi dektator,tidak mengikut prinsif demokerasi,salah guna kuasa. Jelaslah bahawa rakan saya itu memihak Ka Siong, ketua pemuda MCA dan memihak menteri kesihatan yang berjuang untuk mengadakan EGM kali kedua untuk menentukan barisan kepimpinan MCA.
Persoalannya mengapa mereka tidak memihak presiden parti dan lebih memihak ketua pemuda dan barisannya. Terlintas diingatan saya bahawa Ka Siong dan Liow Tiong Lai, pernah memperjuangkan sekolah aliran Cina dan kepentingan Cina. Ini bermakna politik bermodalkan etnik masih bernilai dan tinggi harganya sehingga memikat ramai pengikut, walaupun mereka bukan pemimpin tertinggi yang perlu didahulukan.
Pada sebelah petangnya saya pergi kekedai untuk membeli baja. Pemilik kedai baja tersebut adalah orang kuat Parti Gerakan. Saya difahamkan beliau adalah ketua cawangan Gerakan di Bukit Batu. Sejak akhir-akhir ini, cakap-cakapnya lebih berani untuk mengatakan apa yang orang Melayu mahu,apa yang orang Melayu minta semua boleh dapat.Awak orang Melayu bolehlah minta apa yang awak suka.kalau kita ha, mahu kasi wang baru dapat tau. Kerana sering kali memperkata dan mengungkit-ungkit dan melibalkan kerajaan sama dengaan orang Melayu, yang menjadikan saya rasa tersingong, lalu saya menjawab " awak semua sudah dapat semua, api,air,lampu jalan,jalan bertar ,dapat berniaga,ada kedai,ada kereta,lori dan ada macam-macam lagi. Awak tahu, saya tinggal disini sudah lapan tahun,minta api jalan dan turap jalan pun tidak dapat. Depan dan sebelah rumah saya (jiran) bangsa cina baru beberapa minggu telah dapat api jalan depan rumah, bukan sahaja satu tetapi dua dikiri kanan rumah.Awak selalu cakap melayu semua dapat, tetapi sebenarnya yang terjadi ialah siapa banyak duit dia akan dapat.
Dapat atau tidak dapat bukan kerana bangsa, tetapi ada kaitannya dengan banyak wang. Kalau orang kata dia bayar cukai lebih, saya percaya seluruh keluarga saya membayar cukai langsong dan cukai tidak langsong labih banyak dari mereka. tetapi saya tetap tidak dapat kemudahan seperti mereka. Kenapa boleh terjadi demikian?. Tetapi saya percaya ,semua keluarga saya setianya tetap tidak berubah.
Mengapa saya persoalkan perkara ini,puncanya ialah apabila kawan saya taukeh baja tersebut memyatakan, nanti ha pilihan raya depan,kita tukar kerajaan,baru apa yang cina mahu baru boleh dapat. Oh tuhan peliknya manusia ini, apa lagi yang mereka mahu?. berapa banyak yang mereka mahu?. Sampai b ila mereka menuntut semua baru berhenti?. Apakah yang perlu kita buat?. Tolong berijawapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan