Surat Khabar Utusan Malaysia hari ini 16hb. Nov.2009,memaparkan berita,statistik menunjukkan ,di Malaysia setiap hari, terdapat 5 0rang terlibat menjadi pendadah baru.Ini bermakna setiap bulan akan bertambah 150 orang dan saban tahun akan bertambah kira-kira 1600 orang. Para pendadah dan sikap serta sifat ketagihannya tidak lagi mengenal segala hukum,peraturan .Malah hubungan anak dengan ibu bapa juga seolah tidak bermakna lagi, yang ada hanyalah hubungan berbentuk "selagi ada kesempatan".
Selagi ada kesempatan ini termasuklah menipu,mencuri,menyamun dan sehingga sampai hilang pertimbangan dan akal sampai sangup membunuh ibu,bapa atau nenek sendiri. Bagi para pendadah langsong tidak ada simpati.Kehidupan bagi mereka hanyalah semata-mata untuk melayani kehendak perasaan yang hanya dapat diobati oleh dadah.
Pernah satu ketika saya cuba membina simpati terhadap nasif mereka yang terperangkat atau jerjerat dengan najis keji dadah,tetapi setelah saya cuba dekati mereka,saya dadapi mereka itu penuh dengan kepuraan,putar belit,tidak punya perasaan,tidak menggasihani dirinya sendiri,pencuri,penipu,pura-pura dan setiap masa yang ada dalam fikiran mereka hanyalah dua perkara sahaja iaitu pertama bagaimana untuk mendapatkan dadah dan, kedua, bagaimana pula untuk mendapatkan duit bagi membeli dadah. Yang menjadi kerungsingan masyarakat bukan sahaja pengelibatan mereka kepada dadah, tetapi tidak kurang besar masalah yang dihadapi oleh maskarakat ialah bagaimana pendadah untuk mendapatkan duit.
Fenomena para pendadah untuk mendapatkan duit inilah yang paling rumit untuk diatasi. Kerana para pendadah yang cuba untuk mendapatkan duit itu mereka sangup menipu,mencuri,merompak,membunuh dan sebagainya. Pemerhatian seimbas lalu pengkaji mendapati kemiskinan masyarakat dinegara ini ada kaitannya dengan perangai mendadah.
Bagi para pendadah dan keluarga pendadah ,kemiskinan boleh melanda mereka secara langsong, kerana belanja untuk mendadah adalah sangat besar dan saban hari belanja tersebut semakin meningkat tinggi. Bagi masyarakat yang didalammya ada para pendadah,harta benda mereka senentiasa terancam. Contohnya bagi masyarakat tani,getah keping dan getah buku tidak boleh leka ada sahaja kutu yang mengangkutnya.Pisang, keladi,ubi kayu,nenas,kelidik,jagong,semuanya boleh berjalan sendiri. maseh potik sudah hilang, peliknya kalau para petani menjual pisang tanduk misalnya,ada sahaja komplek dari para pemborong atau pembeli dengan bibilan,pisang muda,pisang kacil,pisang tak cukup jaga dan tak cukup bajalah, sehingga tak sangup rasanya telingga mendengarnya.Tetapi peliknya pisang muda yang tak sampai hati rasanya untuk ditebang kerana maseh muda dan masih kecil telah diambil orang kebanyakan mereka itu "perbuatan pendadah" laku pula,diterima dengan sungguh-sungguh.
Mengapa boleh jadi demikian,adakah mereka berasa simpati terhadap manusia jenis itu yang mereka anggap sebagai perlu membantu orang sakit. Bagi saya pendadah bukan orang sakit, sebaliknya mereka adalah menjadi penyakit barah dalam masyarakat. Jika kesedaran ini wujud dalam masyarakat barulah masyarakat dikatakan membantu mereka untuk menjadi ahli masyarakat yang baik dan bukan generasi pelik.
Pengalaman saya mengusahakan tanaman pokok pisang tanduk seluas lima ekar,saya hanya merasa tidak sampai 10 tandan . Saya pelik, kerana pisang tersebut berjalan sewaktu subuh,waktu magrib itu sewaktu orang sedang menghadap Allah subanawatallah. Inilah nasib orang bandar yang cuba mengalih angin kedesa untuk bertani bagi mengubati sakit kencing manis dan darah tinggi.Penyakit didak hilang darah tinggi semakin galak mendatang.
Tentang "doktor persendirian" ini, entah bila dan sampai kapan untuk kita semua mampu menanganinya. Saya percaya ramai orang tidak simpati kepada para pesakit ini . Yangsimpati hanya lah golongan mereka yang mengambil kesempatan sama ada para penjual dadah dan para pembeli barangan dan perkhidamatan yang dilakukan oleh pendadah. Semimangnya maseh ada yang simpati terhadap mereka itu, kebanyakamnya hanyalah terdiri dari ibu dan bapa mereka. Mana ibu dan bapa yang tidak sayang anak. Tetapi menyangi anak dengan cara sedemikian itu hanyalah seperti mencurah racun dalam kehidupan anak sendiri. Wassalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan