Pada masa ini penyakit kencing manis ,darah tinggi dan sakit jantong ,merupakan indek utama penyakit yang menyerang rakyat Malaysia. Serangan penyakit "tiga serangkai" ini sekarang tidak lagi mengenal usia dan bangsa. Penyakit yang datang dengan mendadak dan secara tiba-tiba ini didapati sangat merbahaya.Bahayanya kerana pertama;penyakit tersebut sendiri merupakan satu sakit kepada pesakit. Kedua; penyakit tersebut penyakit kepada pesakit kerana jika tidak dijaga ia menuntut perbelanjaan yang begitu besar dan masa melayaninya yang cukup panjang. Contoh bagi mereka yang diserang kencing manis jika tidak dirawat dan dijaga dengan rapi ia boleh membawa kepada kehilangan alat buah pinggang iaitu komponan yang sangat penting dalam kehidupan manusia.
Jika buah pinggang sudah tidak dapat digunakan ,individu tersebut terpaksa melakukan dialisis untuk tujuan mencuci darah ,untuk dapat meneruskan kehidupan, jika tidak allah walamlah bisawab.Untuk menjalankan dialisis,individu perlu mendapatkan pusat rawatan dialisis.Ia hanya boleh didapati ditempat yang tertentu sahaja. Untuk melakukan dialisis,biaya yang diperlukan ialah sekitar RM 240.00 sekali rawatan. Amalan dialisis biasanya ialah dua kali sminggu dan lapan kali sebulan kos dialisis sahaja berjumlah hampir RM 2000.00 sebulan tidak termasuk belanja pengangkutan pesakit dari rumah kepusat dialisis.Untuk satu dialisis memerlukan masa 5 jam sekali.jika ditambah 1 jam waktu pergi dan sejam waktu balik dan sejam lagi urusan-urusan tambahan bermakna sehari terpaksa berkorban selama lapan jam.
Kesemuanya itu hanyalah belanja mengurus membersih darah, belum lagi belanja kos pengakutan, tidak termasuk belanja mengurus rumah tangga,anak-anak sekolah,kesihatan anak isteri,yang masih ada ibu bapa ,menyediakan belanja untuk mereka dan lain-lain lagi.Kalau ini berlaku,bermakna individu atau keluarga yang berada didalam status kelas menengah boleh turun kepada berstatus "miskin tegar".
Ketiga; penyakit kensing manis yang sampai tahap keronik, kerajaan dan masyarakat terpaksa berbelanja cukup tinggi bagimmenyediakan alatan dislisis,ubat-ubatan dan sebagainya.
Menyedari hakikat ini, saya sewaktu mengadakan program sekolah bersama masyarakat yang diadakan disekolah Air Manis, telah bertemu dengan doktor pakar,pakar permakanan,pemeriksaan darah tinggi dan kencing manis, mendapati kadar gula dalam darah saya sangat tinggi iaitu berada dalam ukuran 15. Doktor pakar yang merawat saya memperlihatkan rasa kabimbangan yang amat sangat.Jadi saya diminta untuk bertemu dengan pakar permakanan.Disini pakar permakanan memeriksa keadaan saya, beliau menyatakan keadaan tubuh saya tidak sepadan dengan usia saya. Usia saya 60 tahun dilihat seperti berada pada usia 67 tahun. Justru itu , saya bertanyakan apa dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Beliau cadangkan kepada saya untuk makan bijirim "nuturen Diabitik" dari jenama nastum.Makanan ini boleh didapati difamasi.
Dari nasihat tersebut saya mencubanya,saya dapati selepas dua hari saya makan makanan tersebut .gula dalam darah telah menurun kepada 7.9. Dua hari berikutnya saya periksa semula,ukuran tersebut semakin menurum menjadi 7.1 dan dua hari berikutnya saya periksa pada waktu tengah hari iaitu selepas makan tengah hari, saya dapati ukuran tersebut telah jatuh kepada 5.7. Ukuran sedemikian telah menjadikan badan saya menjadi terasa segar,tidak letih,tidak lagi terasa lapar secara mendadak dan saya boleh melakukan kerja-kerja yang lebih keras,berat dan dalam jangka masa yang labih lama.INGATAN:Ubat yang dicadangkan oleh doktor perlu dimakan terus sebagaimana biasa.
Bukan bermaksud untuk kempen barangan tetapi menisahati untuk kehidupan yang lebih baik bagi membantu diri,masyarakat,bangsa ,agama dan negara serta dunia. Allah walam.
Moga penyakit kencing manis ayah sembuh selama-lamanya
BalasPadam