Politik satu kaedah untuk mendapatkan kuasa atau pemerintahan .Ilmu politik bermakna,belajar bagaimana seseorang atau sekelompok orang untuk mendapatkan atau memperolehi kuasa atau pemerintahan.Mengapa sampai ada ilmu berpolitik dan ramai orang cenderung untuk memperolehi kuasa dan kuasa pemerintahan?. Apa seronoknya dapat memiliki kuasa,berkuasa dan sampai berlaku peristiwa rampasan kuasa.Mengapa orang bertungkus lumus berjuang untuk mendapatkan kuasa dan melepaskan pegangan kuasa orang lain. Persoalan ini kita akan bincangkan dari masa kesatu masa yang sesuai dan jika diizinkan Alahi.
Bagi penulis dalam sistem politik apa sekalipun , konspirasi untuk merebut dan berebutan kuasa sememangnya tidak dapat dielakkan , ianya akan berlaku dan terus berlaku. Ada yang dilakukan dengan cara yang sah,ikut peraturan, korup dan sebagainya.Puncanya kerana seseorang itu percaya bahawa dirinya atau ada kumpulan lain yang dirasakan lebih berkemampuan dari kumpulan yang memerintah atau berkuasa. Namun demikian tidak semestinya perasaan tersebut semestinya benar, kerana ada kalanya sesetengah golongan mereka berebut kuasa hanya semata-mata ingin memerintah.Keinginan untuk memerintah ada kalanya didorong oleh perasaan ingin memperbaiki sistem dan perlaksanaan pembangunan bagi sesebuah negara.
Justeru terdapat perbezaan pandangan,tanggapan,nilai dan penilaian tentang pembangunan, tidak hairanlah jika kita dapati setiap masa dan disemua tempat akan berlaku perebutan,rampasan dan undian untuk membolehkan berlakunya proses perubahan kuasa.
Dalam proses peralihan atau berubahan kuasa orang yang memperolehinya akan gembira dan berpuas hati menakala orang yang kalah akan wujud rasa tidak puas hati,marah,membenci sehingga sampai bermusuh dan merusuh.
Kerana proses untuk mendapatkan kuasa tidak mampu dilakukan oleh seorang sahaja manusia,sudah tentu proses mengatur,menyusun,memasang strategi,berkempen,memasang poster,menyusun,memperdaya,berlakon dan sebagainya dilakukan. Matlamatnya adalah untuk mendapat kemenangan atau dapat mengalahkan kumpulan lain. Justeru itu berpakat (konspirasi) untuk mendapatkan kuasa dan menjatuhkan orang lain adalah satu yang biasa diamalkan oleh orang politik.Tanpa sikap,sifat,susun atur,tektik,dan berbagai strategi dengan plan-plan tertentu untuk mengatur perancangan bagi memperolehi kuasa,perbuatan politik hanyalah satu angan-angan.Malah banyak perancangan politik termasuk konspirasi pun matlamat untuk mengejar dan mendapatkan kuasa belum tentu tercapai.
Diharap orang politik jangan lagi ada mengulangi ungkapan konspirasi untuk menjatuhkan dirinya atau kumpulannya sebagai satu yang salah.Kerana dalam politik khususnya politik demokrasi sangat menghalalkan konspirasi. Yang dituntut oleh ahli masyarakat terhadap orang politik ialah mereka mesti tahan,kebal,bijaksana ,bermaruah dan beretika dalam mempertahankan kuasanya dan berusaha untuk mendapatkan kuasa. Dalam politik mesti perlu mengakui fenomena konspirasi, janganlah orang politik menyalahkan konspirasi. Konspirasi adalah pekerjaan dan tugas orang politik. Dalam politik bagi saya adalah berdosa untuk mengatakan "ada konspirasi untuk menjatuhkannya" dan lebih berdosa dalam politik apabila tidak ada orang berani berfikir untuk menukar kuasa,atau tidak berani berkata menyentuh tentang korupsinya untuk mendapat kuasa politik. Sekian dahulu wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan