Sewaktu saya kecil dahulu,guru agama di sekolah mengajar saya tentang nilai dan hukum hakam tentang apa yang boleh dilakukan dan apa pula yang tidak boleh dilakukan.Menurut guru tersebut, HARAM adalah sesuatu perkara yang tidak boleh dilakukan atau ditegah sama sekali dari dilakukan. Jika dilakukan ia akan mendatangkan kerosakan yang besar dan hukumnya berdosa lebih besar berbanding kesalahan yang dilakukan pada ketogeri yang lain.Makruh ,jika dilakukan akan mendatangkan dosa atau keburukan yang lebih kecil berbanding melangar hukum haram.
HARUS, sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau ditinggalkan, kedua-duanya jika dilakukan tidak membawa kesan apa-apa keatas dirinya atau masyarakat.SUNNAT, adalah nilai atau hukum dimana jika seseorang itu melakukan perbuatan yang digolong dalam Sunnah mereka akan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak mendapat apa-apa.Namun demikian ketogeri sunnah ini ada banyak ,ada yang sangat diberatkan iaitu dituntut untuk melakukannya dan tentunya ganjarannya lebih besar.
Menakala WAJIB, adalah perbuatan yang mesti dilakukan,jika ditinggalkan kesannya akan mendatangkan dosa yang lebih besar berbanding dengan hukum yang lain dan jika dikerjakan atau dilakukan akan mendatangkan kesan kebaikkan yang lebih besar (dapat pahla banyak). Yang jelas kontras antara hukum wajib adalah hukum haram.
Bagi saya kerjaya politik boleh diletakkan dibawah hukum harus.Sekiranya berpolitik itu membawa kesan keburukan ia boleh bertukar dari nilai harus kepada nilai makruh dan haram. Menakala jika ia boleh mendatangkan kebaikkan ia juga boleh berubah dari Harus bertukar menjadi Sunnah dan Wajib (balasan baik yang banyak).
Sekiranya hukum berpolitik pada asasnya hanyalah Harus,Untuk menjadi keberkatan atau baik, kita kena isi pemikiran politik,perbuatan politik,aktiviti politik,tindakan politik,cakap atau ucapan politik,perbincangan atau keputusan politik ,niat politik mesti diisi dengan nilai politik baik. Dengan itu tentulah dilarang sama sekali jika berpolitik yang boleh mendatangkan kerosakan pada masyarakat,alam sekitar,negara,umat Islam dan umat Melayu serta bangsa yang lain.
Hati noraini(kalbu) politik Islam, mestilah,jujur,lurus,telus mudah difahami,dan seharusnya tidak bercakap berlandaskan kepada "kesedaran" kedudukan ,pangkat seseorang . Sebaliknya ia harus bercakap atas "kesedaran kebenaran" dan bukan kesedaran kebenaran palsu. Yang dikatakan" Kesedaran palsu" ialah apabila bercakap ada kesenderongan untuk merosakaan orang lain atau mendoakankerosakan orang lain dan kandongannya tidak sama dengan sama dengan status yang dimilikinya.Golongan ini mungkin teknokrat,propesional,umalak,tuan guru,hakim dll.Apabila mengamalkan perbuatan atau percakapan yang tidak betul mungkin statusnya akan bertukar kepada perompak.Bercakap berlandaskan kesedaran kedudukan, ada kecenderongan seseorang itu untuk memaksa orang lain untuk lebih percaya cakapnya.
JIka percakapan golongan tersebut sengaja menyimpang dari kebenaran,sepatutnya apa yang mereka miliki adalah semuanya palsu. Saya sangat takut jika ada MB palsu,Ulamak palsu,teknokrat palsu,peguam palsu,hakim palsu dan yang sering terjadi ialah cakap-cakap paslu dari orang yang berautoriti .
Saya senentiasa berdoa agar saya dan keturunan saya tidak bersifat palsu. Dan janganlah pula ada pemimpin di negara ini yang bersifat dan berstatus palsu. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan