Isnin, 7 Disember 2009

Angsa Pengaja Berkesan Yang Halal

Angsa merupakan haiwan jinak,peliharaan,kawan,sahabat,rakan dan penjaga yang cukup setia dan berkesan.Bentuk fizikalnya yang berleher panjang dan bertubuh agak besar berbanding dengan haiwan berkaki dua yang lain. Lehernya yang panjang, sangat berkesan untuk binatang ini mengesan mana-mana haiwan atau manusia yang menceroboh kawasannya.

Pendengarannya yang sangat sensitif dengan setiap gangguan dan pencerobohan kawasannya adalah sangat bermanfaat jika dieksploitasi sebagai penjaga atau pengawal yang tidak perlu diberi upah yang besar. Ini kerana binatang ini makanan hariannya sangat sedikit. Kita cuma perlu memberi sedikit makanan dedak atau nasi lebihan makanan harian disamping sayur-sayuran.

Penjagaannya sangat mudah kerana ia hanya memerlukan sedikit makanan dan air untuk minum dan mandi bagi menyegarkan badannya.Binatang ini tidak banyak karenah untuk membelanya.

Untuk membela,dan membiakkannya memerlukan sedikit pengetahuan . Antara pengetahuan yang diperlukan ialah :-

1. Elok sekiranya kita membelanya secara berpasangan ,iaitu sama ada seekor jantan dan seekor betina atau seekor jantan dengan beberapa ekor betina.
2.Setelah bertelur,ibu angsa akan mengeram, biasanya telurnya agak banyak. Kadang kala mencecah sehingga 20 biji. Telurnya yang besar dan banyak itu, sewaktu mengeramnya memerlukan bantuan iaitu membalik-balikkan telur tersebut dua kali seminggu sehingga telur menetas. Kerana angsa mengeram agak lama, kita perlu menyediakan makanan dan air minum dihadapan dan bersebelahan sarang tempat angsa mengeram. Hal ini kerana,angsa mengeram cukup lama ,sering kali angsa yang mengeram tersebut akan mati, kerana kelaparan jika tidak diletakkan makanan dan minuman.
3. Setelah menetas anak angsa, perlu diasingkan dibekas atau kawasan yang lain. Tujuannya adalah untuk mengelakkan anak angsa tersebut terpijak oleh ibunya.Jika ibu angsa terpijak, anak angsa boleh mati.Pengasingan anak angsa itu kita lakukan sehingga umurnya 6 hingga 8 minggu. Setelah badan anak angsa agak besar iaitu setelah keluar bulu pahat, bolehlah anak angsa itu dicampurkan dengan ibu bapa angsa yang lain. Waktu itu,ibu angsa tidak lagi memagut dan mengitai anak angsa.

Harga sepasang anak angsa sekarang mencecah sampai RM 150.00 .Jika besar harganya berbeza-beza mengikut saiz dan jenisnya. Harga angsa Kelabu (biasa) dewasa boleh mencecah RM 300.00,Angsa putih RM 700.00-1000.00 dan Harga angsa Hitam berkilat sehingga RM 2500-4000.00 sepasang.

Angsa adalah binatang yang penyayang dan senantiasa ingin berkhidmat serta membalas budi kepada tuannya. Wassalam.

5 ulasan:

  1. salam abg....jual angsa ke?lokasi mana?

    BalasPadam
  2. SAYA ADA PELIHARA BEBERAPA EKOR ANGSA UNTUK TUJUAN GUARD. ADA WARNA PUTIH DAN ADA WARNA KELABU, TETAPI BUKAN UNTUK DIJUAL. TETAPI KALAU HENDAK MENJENGUK BOLEHLAH DATANG RUMAH SAYA DI ALAMAT nO:1, JALAN bUKIT, bUKIT BATU 81020, KULAIJAYA ,JOHOR. DIPERSILAKAN DATANG , TELEFON SAYA 013-7794687. MORSIN. WASSALAM

    BalasPadam
  3. angsa untuk di jual :
    Jantan Kelabu biasa (dewasa)= RM 130.00 seekor
    Betina Kelabu biasa (dewasa)= RM 110.00 seekor
    Jantan Putih (dewasa)= RM 200.00 seekor
    Betina Putih (dewasa)= RM 180.00 seekor
    Anak angsa umur 5 hari = RM 80.00 sepasang

    BalasPadam
    Balasan
    1. En.iejam lokasi dimana....
      saya berminat...email :akuwanz@yahoo.com.my atau 0125701319

      Padam
  4. En.iejam lokasi dimana....
    saya berminat...email :akuwanz@yahoo.com.my atau 0125701319

    BalasPadam