Rabu, 9 Disember 2009

Pertahan Hak Melayu, Islam Dan Ketuanan Melayu r

Kini orang bukan Melayu terutama dari parti DAP sangat berani dan terus-terusan mencabar ketuanan Melayu dan kedudukan agama Islam.Mereka mendesak agar bangsa bukan Melayu dan agama bukan Islam diberi taraf yang sama rata dengan Bangsa Melayu dan Agama Islam.Ucapan dan desakan yang sedemikian itu telah berani diperkatakan dimerata tempat kebelakangan ini.Mereka mendakwa tuntutan sama rata ini disebabkan mereka juga membayar cukai atau membayar cukai lebih berbanding orang Melayu.

Untuk menjawabnya, dari mana mereka dapat wang dan kekayaan?. Jawabnya tentu dari bumi Melayu ini, dari bumi India atau Cina mereka dapat apa?.

Disini saya ingin menjelaskan keadaan sebenarnya tentang konsep bernagara. Konsep bernegara asasnya ialah setiap rakyat perlu mentaati perlembagaan negara.Kerana kewujudan perlembagaan negara Malaysia adalah hasil persepakatan yang dibuat sebelum negara mencapai kemerdekaan.Sebelum negara ini dijajah, ia 100 peratus milik Melayu dan Agama Islam.Setelah merdeka ia dikembalikan oleh penjajah kepada tuannya seperti mana Negara China dan India yang merdeka.Orang lain selain melayu adalah satu kumpulan yang menumpang kasih dari orang Melayu. Tetapi sekarang ini mereka telah mendapat lebih dari apa yang orang Melayu dapat. Sepatutnya Melayulah yang terus-terusan Mendesak untuk dapat hak mereka dan bukan orang bukan Melayu. Sebagaimana perlembagaan negara lain,sepatutnya golongan ASAL dan mejoriti seharusnya berhak untuk mendapat apa yang sepatutnya dan bukan mereka hilang terhadap apa yang sepatutnya mereka dapat.

Perlembagaan Melaysia dibentuk tepat dengan kehendak masyarakat mejoriti,bangsa yang membuka dan yang menjadi teras negara ini, Raja Melayu adalah institusi politik pertama yang berupaya menubuhkan dan membina pemerintahan dan kerajaan dinegara ini.Institusi raja yang membina kerajaan jugalah yang menerima agama Islam dan dengan penerimaan Islam sebagai kehidupan beragama , maka terbinalah isntitusi raja atau sultan yang membuka negara,memimpin,memerintah dan kemuncaknya menubuhkan kerajaan. Ini bererti ikatan Melayu,Islam,Raja atau sultan yang semimangnya memiliki hak mutlak terhadap,tanah-air dan negara ini.

Hak mutlak ini perlu kekal terus kerana wilayah ini semimangnya hak mereka. Bukti hak mutlah pemerintahan Melayu ialah, wilayah ini dikenali atau dipanggil dengan pangilan Dunia Melayu, Alam Melayu.Kepulauan dan semenanjung Tanah Melayu,Nusantara Melayu,ada bahasa Melayu,tulisan Melayu(jawi),pepatah Melayu,peribahasa Melayu,ungkapan Melayu dan berbagai-bagai lagi tentang melayu yang tumbuh,membesar rindang dan tumbuh subur di benua Melayu.Orang-orang dari India,China,Arab,Inggeris (eropah) semua sebulat suara dan bersetuju mengatakan wilayah ini wilayaah dan milik Melayu. Kalau saya tanya diri ini,dari mana asal-usul keturunan Melayu, saya akan jawab dari sinilah (alam atau dunia Melayu).Tetapi apabila saya tanyakan pada diri orang lain, dari mana datangnya keturunan Cina, tentu semuanya akan menjawab ,mereka datang dari tanah besar China, Kepada orang India jawapannya ialah mereka datang dari benua kecil India.

Dari kajian ringkas saya,raja-raja yang memerintah di India dan China Dahulu bukan orang-orang Asli India atau orang-orang asli china. Yang memerintah di India dan di China ialah bangsa yang datang dari wilayah luar. Orang India sebenar tidak pernah menjadi raja di India dan begitu juga orang China. Orang yang menjadi raja yang memerintah di India ialah orang Moghul, Tartar,Saljuk, Tagaluk,parsi,Rom begitu juga dengan di China yang menjadi Raja dan yang memerintah China ialah orang-orang Han,Ming,Tang,Moghul, Tartar. Kerana orang India dan Cina tidak pernah menjadi raja, maka sebab itu, usaha yang sangat sungguh-sungguh dan berterusan mereka lakukan untuk menumbangkan raja pemerintah mereka.Mereka berjaya melalui revolusi Mau Tze Tong. Sebagaimana sekarang kedua-dua bangsa ini tidak beraja dan mereka senang dengan tidak beraja.KERANA RAJA BUKAN DATANG DARI BANGSANYA.

Bagi orang Melayu, kemuncak tamadua orang Melayu ialah mampu membina institusi raja, dan berkeupayaan memerintah dan membina kerajaan dinegara ini. Ini adalah warisan agong dan terunggul yang bangsa Melayu miliki. Warisan ungul,agong dan ternama ini diperkukuhkan oleh kedatangan agama Islam yang saya anggap menjadi hati,perasaan,pemikiran dan yang menjadi "gam" yang melekat dan melekap kuat sehingga ianya berpadu, sebati menjadi satu. Situasi melekap,melekat,berpadu menjadi satu itu perlu diketahui dan difahami oleh orang bukan Melayu. Pemahaman sedemikian penting kepada orang bukan Melayu, kerana ia menunjukkan tanda kesyukuran.Keadaan sedemikian sangat difahami oleh penduduk yang yang dikatakan lebih awal iaitu orang-orang Melayu Asli.

Memandangkan mereka tidak mempu membina institusi raja atau kesultanan di negara ini , mereka dengan senang hati menerima orang-orang Melayu sebagai pemerintah dan mentaati pemerintah,peraturan dan undang-undang. Mereka ini tidak pernah tamahk, mereka hidup bermaruah, dan senentiasa berterima kasih.

Diharap dengan penerangan ingkas ini, orang-orang perlu paham konsep tolak angsor yang sebenarnya. Jangan hanya melayan kehendak hati dan nafsu rakus mereka. Kalau terusan meminta Cina dan India disanjong atau mendapat segala apa yang diminta, cubalah minta dari negara datok nenek sendiri. Biasanya datok nenek, amatpemurah, itu pun kalau mereka boleh beri. Wassalam





,

4 ulasan:

  1. salam prof...artikel yg menarik..dah lama xdengar dari prof.. :)

    BalasPadam
  2. salam prof...sye benar2 nak tahu apa pendapat prof ttg isu BTN dgn isu rumah ibadat...thanx prof :)

    BalasPadam
  3. BTN diwujudkan bertujuan untuk menyedarkan rakyat tentang kecintaan mereka kepada negara,bangsa,agama, bahasa,ketuanan, taat kepada perlembagaan dan patuh kepada undang-undang.Hormat dan setia kepada pemerintah.
    Isu Rumah Ibadat. Islam sebagai agama resmi negara, justru itu semua aktiviti dibawah yang resmi , dibenarkan ditanggong oleh kerajaan. Agama lain bukan agama resmi menurut perlembagaan, jadi setiap yang personal ia belanja atau pembiayaan sendiri. tidak resmi

    BalasPadam