Pada 8hb. Nov.2009 bersamaan hari Ahad, PIBG Sekolah Kebangsaan Air Manis bersama-sama kakitangan sekolaah dan isntitusi desa seperti institusi Tok Penghulu Mukim Sedenak,ketua kampong Air Manis,Balai Polis Air Bemban ,Pemuda Umno kg. Air Manis telah bekerjasama mengadakan program Sekolah Bersama masyarakat. Berbagai aktiviti telah dijalankan seperti Perkhidamatan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Hospital Pakar Putri, Johor Bahru,pertunjukan dan pamiran kemalangan jalan raya dan membenteras jenayah dan aktiviti pasar ria. Perkhidamatan pemeriksaan kesihatan percuma dikakukan ketas pemeriksan darah,bagi mengesan darah tinggi,kencing manis,pemeriksaan mata,nasihat permakanan seimbang dan lain-lain lagi.
Program sekolah bermasyarakat ini dijalankan kerana menyahut cadangan Timbalan Perdana Menteri dan Merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyidin Yasin dalam ucapan beliau sebaik dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.Program ini mendapat sambutan yang amat mengalakan dari masyarakat setempat dan penganjur pula mendapat kerjasama yang sangat baik dari institusi yang terlibat. Program sekolah bersama masyarakat ini telah diresemikan oleh Dato' Adam Abd. Hamid, Ketua Umno Bahagian Kulai,Johor. Turut hadzir ialah pegawai pendidikan daerah sektor ko-kurukulum.
Selaku Pengerusi PIBG Sek. Keb Air Manis saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kaseh kepada setiap satu dari mereka yang memberi sumbangan sama ada yang berupa tenaga,masa dan wang ringgit. Tanpa kerjasama dari semua pihak yang terlibat dan sambutan dari orang ramai ,sudah tentu program tersebut tidak akan berjaya. Jasa dan budi tuan-tuan semua tidak akan kami lupakan.Terima kaseh. Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan