Di Harian Metro hari ini 18.11.2009,menulis tentang siapa bakal menjawat jawatan ketuaa pemangkang.Mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Zaid Ibrahim,mencadangkan Ustaz Nik AbdulAziz Nik Mat menteri besar Kelantan mengambil alih jawatan ketua pembangkang yang sekarang ini disandang oleh Dato' Anwar Ibrahim .Anwar Ibrahim adalah penesihat PKR,penesihat Ekonomi Selangor dan Ketua barisan pembangkang.
Menurut Zaid Ibrahim,"hanya Nik AbdulAziz sahajalah yang boleh berupaya mengalahkan BN".Analisa beliau ialah kerana Nik Abdul Aziz merupakan pemimpin Spiritual sama seperti Mahtamah Ghandi. Kalau ini pandangan Zaid, bererti beliau secara keseluruhannya sudah hilang kepercayaan terhadap idola dan ketua mereka Anwar Ibrahim.Beliau juga tidak percaya dengan kemampuan orang lain sebagai ketua pembangkang, mungkin kecuali diri beliau sendiri.
Jika ditinjau dari cakapnya, Zaid Ibrahim baharu sahaja sedar akan kekurangan dan kelemahan Anwar Ibrahim .Bererti selama ini, zaid tidak melihat atau tidak berkemampuan untuk meneliti seseorang itu dengan tepat dan mendalam. Ini terbukti apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia, waktu melantik beliau sebahgai Menteri dan mengepalai portpolio Undang-undang,Zaid tidak berupaya untuk menilai kebaikan Tun , Zaid tidak berterima kaseh malah banyak membuat kerinah dan angkara.Kelakuan bertindak ingkar,tidak memiliki sifat kesatuan dan berpersatuan telah banyak membawa kepayahan didalam pemerintahan Tun Abdullah yang memerlukan kesatuan dan perpaduan yang kental.Kedatangan Zaid dalam kabinet Abdullah lebih menjadi onak dari menjadi berkat. Dalam masa jiwa dan perasaannya secara total dituntut bersama UMNO, sebaliknya jiwa,pemikiran,perasaan dan gaya angkuhnya berada bersama PKR.
Pada masa itu Zaid tentunya merasakan dirinya begitu agong dan hibat. Apa tidaknya,beliau adalah seorang menteri,kemundian beliau membuang jawatan menterinya,Dalam masa yang sama beliau berbicara dengan lantang membila kumpulan-kumpulan tertentu yang terang-terang perperlakuan resist,supaya beliau dapat gelaran manusia liberalisme.Lambang libelarisme itu cuba dibuktikan dengan memihak dan menjadi ahli parti PKR. Dengan sekelip mata Zaid telah memegang jawatan teinggi dalam PKR.Di dalam PKR dan Setelah bersama Anwar baharulah beliau dapat tahu dan mampu mengenali hati naluri da budi Anwar Ibrahim.Di mana bagi orang lain telah lama mengetahui dan mengenali Anwar Ibrahim. Zaid yang baru mengenali Anwar Ibrahim,lalu dengan raka kesal yang teramat sangat beliau telah mencadangkan Nik Aziz sebagai ketua pembangkang dengan ingatan Nik Aziz tidak gila kuasa,tidak tamak jawatan,orang yang simpel dan sederhana. Saya lihat ada kecenderongan dalam masa terdekan Zaid Ibrahim menyokong dan kemudian memohon untuk menjadi ahli PAS . Komen yang dilontar ini kemungkinan ada kaitannya dengan tektik dan bentuk lobi baru oleh beliau, agar apabila beliau memohon untuk menjadi ahli PAS, ada jawatan yang disediakan untuknya dalam Pas.
Kalau ini berlaku, saya percaya Zaid Ibrahim sekali akan menjadi pemusnah kepada Nik Aziz dan Pas, kerana waktu itu baharu Zaid nampak bahawa Nik Abdul Aziz tidak memiliki kualiti yang disebutkan diatas. Hujahnya ialah Nik Abdul Aziz nanti akan dituduh dan diungkit sebagai Menteri Besar yang paling lama,tidak ada idea untuk pembangunan di Kelantan ,lalu dituduh sebagai pemimpin yang otorodok,kolot,konsevertif dan sebagainya. Ketamakan Nik Abdul Aziz nanti dilihat memalui lamanya Nik memegang jawatan MB, yang tidak mahu dilepaskan dan berbagai cemuhan dan kutukan. Keadaan ini berani saya ramalkan kerana Zaid dalam meremalkan siapa bakal menjadi pemimpin pembangkang, beliau mengambil Mahtamah Ghandi sebagai contoh watak yang ungul.Beliau langsong tidak mampu melihat watak spiritual yang lebih hibat dan tidak pula berupaya melihat perbizaan masa,tempat,persekitaran,perkembangan minda dan keseluruhan pembangunan sebagai faktor penentu dan Allah yang menentukan.
Selain dari itu,Zaid Ibrahim telah gagal untuk meramalkan pemimpin dan bakal pemipmin pelapis yang berada di dalam UMNO.Beliau lebih terpengaruh cakap-cakap tepi jalan dari mendengar dan mengenelisa dengan sacara yang lebih komperihansif terhadap proses dan susun lapis pemilihan kepimpinan dalam UMNO.Dengan gagal meneliti teknik dan proses kepimpinan dan peralihan kuasa dalam UMNO bererti Zaid juga gagal menghayati budaya Melayu.
Kalau demikian pemikiran Zaid Ibrahim terhadap politik dan pemilihan kepimpinan negara, beliau layak untuk masuk semesta dua .Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan