Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,.ASsalamulaikum, salam sejethra dan salam berbahagia. Sempena hari pilihan raya yang akan berlangsung pada 5 hb.mei 2013,saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang telah berusaha 64 tahun, yang telah menempuh dan mengalami berbagai pengalaman . Dilahirkan pada zaman penjajah,telah mengharungi berbagai dan bermacam-macam liku pengalaman termasuk di zaman awal kemerdekaan,zaman awal persekolahan dipendalaman,semasa itu saya tidak dapat meneruskan persekolahan akibat kemiskinan ( berhenti tg 1), kemudiannya meneruskan hidup dengan bekerja diladang (estate) hanya dengan upah Rm 1.00 sahaja. Namun dengan sistem pemeritah yang sedia ada ,kerajaan ini telah memberi harapan untuk saya dapat meneruskan hidup dengan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti,menjadi pensyarah di UTM, memiliki anak seramai 11 orang yang kesemuanya ada kesempatan melanjutkan pelajaran sehingga ramai yang memiliki PHD,Sarjana,Ijazah pertama, mengikut peringkat umur masing-masing. Dalam jangka masa yang begitu singkat,kerajaan telah mampu menukar nasib rakyat negara ini,dari anak buruh tani atau buruh estate, kini menjadi doktor,jurutera,pilot,kapten kapal dan lain-lain lagi.
Selain dari itu pengalaman saya bekerja dan belajar untuk menempuh hidup seperti menjadi polis hutan, bekerja mengejar komunis yang zalim,menjaga pelarian Vietnam pada tahun 1975 di Pulau Bidong, ketegangan kesan pilihan raya di Kelantan begitu juga di Sabah kesan dari pilihan raya, dan di Sarawak semasa berhadapan dengan penganas Parako (parti komunis Kalimantan Utara) .Saya juga telah melihat bagaimana perkembangan pembangunan terpapar berjalan dengan begitu perkasa. Dalam segala, bidang negara kita telah mengatasi semua negara sedang membangun malah telah menyaingi negara maju. Oleh itu apa lagi yang kita mahu?
DARI ITU SAYA DENGAN JUJUR DAN PENUH BERTANGGUNG JAWAB MENGAJAK SEMUA SAUDARA SAUDARI BANGUN ESOK HARI PERGI CEPAT-CEPAT TETAPI PENUH BERHATI-HATI JAGA KESELAMATAN KELUAR MENGUNDI DAN UNDILAH BN, yang telah banyak berbakti dalam berbagai hal seperti pembangunan ekonomi,spiritual,agama,politik,sosial dan sebagainya.
Sekali lagi dilaungkan UNDILAH BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan