Pada hujung bulan Mac dan awal bulan April, saya bersama isteri
telah pergi ke utara semenanjung. Masa lapang ini saya sediakan untuk
melawat-lawat dan berziarah sanak saudara dan sahabat handai. Saya melihat
banyak perubahan dan pembangunan terutamanya di pulau pelancongan Langkawi,
pengunjungnya sangat ramai terutama sewaktu pameran LIMA. Kedai beli belah penuh
sesak, terutama dikedai HIG (Haji Ismail Group) Dahulu kedainya hanya sebaris,
tetapi kini sudah ada komplek HIG. Saya gembira,saya banga dan saya rasa bahagia
kerana ia milik orang Melayu Islam.
Malamnya saya
selepas sembahyang Isyak bertemu dengan rakan abang saya yang tinggal di Langkawi. Pertemuan itu pada mulanya untuk berkenalan,berbual-bual dan
bersantai-santai sahaja. Ini kerana diantara saya dan dia tidak pernah berjumpa
dan belum berkenalan antara satu dengan yang lainnya. Awalnya pertemuan itu
dimulainya dengan berjabat tangan serentak diringi dengan ucapan salam. Mekar
dihati saya mengharapkan pertemuan itu akan melakar sejarah persuhabatan
baru. Malang ianya berlaku sebaliknya.
pertemuan itu yang
bermula jam 9.10 malam didahulukan dengan hujah berapi-api dengan mengatakan
Mahadir Firaun,Syed Mokhtar jahanam, kerana merampas kekayaan Kuok Brother,Tan
Sri Azman Hasim dan Ahmad Tajudin penjahanam .Mereka dikatakan telah merampas
tanah-tanah Melayu di Langkawi dan menghalang orang kampung dan nelayan untuk
guna sungai bagi keluar kelaut menangkap ikan.
Hujahnya terus
menerus memanjang dan melibar dengan mengatakan Dato Anwar Ibrahim sebagai
pejuang Islam tulen dan lambang keagungan Islam, ini bersesuaian dengan
sambutan yang cukup hebat semasa berucap di padang awam di Langkawi. Dikatakan
bahawa Mat Sabu,pejuang dan pemimpin yang
bijaksana sesuai dengan ucapan yang dikatakannya “ Aku tidak rela makan Ayam
bersama Najib, tetapi aku rela makan babi bersama Guan Eng.” Ini lah tangga
kebijaksanaan dan keberaniannya. Dia puji tindakan ahli-ahli Pas Yang berguling-guling menghalang Raja muda
Perak untuk pergi ke Masjid Undibiah,ia suka bukan sahaja penganas Chen Peng dibenarkan balik
ke Malaysia, malah sangat menyokong di Chen Peng diberi gelaran tertinggi Negara yang
bergelar bukan sahaja Dato, atau Tan Seri
tetapi Tun . Dikatakan jasa Chen Peng amat besar terhadap Negara ini.
Yang peliknya,semua
kesalahan yang berlaku di negara ini termasuk di Langkawi seperti mengisap
dadah,minum arak,anak ponteng sekolah, keciciran semuanya kesalahan berpunca
dari UMNO. Tidak hairan apabila beliau amat benci terhadap UMNO, tetapi saya
menjadi hairan apabila beliau mengaku sungguh-sungguh mengatakan amat benci
kepada Melayu dan apa sahaja yang berbau Melayu alasannya bangsa ini amat buruh
sifatnya kerana mengamalkan assabiah,kronisme dan nepotisme.
Atas sikapnya yang demikian itu,beliau tidak mengaku dirinya
Melayu, malah mengatakan isterinya yang pertama adalah orang Siam, sedangkan ia
orang Langkawi totok dan isterinya yang dikatakan bukan orang Melayu, tetapi
orang Bugis walhal, isterinya itu adalah orang Benut Johor.
Sepanjang 4 jam setengah malam itu percakapannya tidak henti-henti
dengan dipenuhi dengan cacian. Antara yang menjadi cacian ialah Tun Daim
Zainuddin, bekas menteri kewangan,Dato Najib, Polis Diraja Malaysia, Tentera Diraja
Malaysia, Makamah Yang Korap,SPR tidak telus,SPRM yang korupsi dan berbagai
lagi.
Ini menjadikan saya sangat Pelik, sehingga terdesak untuk saya
merakamkan sebahagian dari percakapannya yang saya anggap terlalu kegilaan. Keadaan
ini saya anggap pening kerana ia mengatakan ketua bagi orang Melayu di Langkawi
dan kelihatannya ramai orang datang bersalaman dan menghormatinya. Kerana
terlalu lama saya terpaksa menunggu untuk diberi ruang mengajukan soalan
sehingga terasa amat bosan menunggu dan mendengar hujah bodoh beliau akhirnya
saya bertanga, “Benarkah awak bukan orang Melayu ?, saya tanya dalam
bahasa inggeris,dengan mengunakan bahasa Siam,dengan gunakan bahasa jawa,” Dia
tidak dapat menjawab kerana tidak paham, tetapi jawapan beliau diluahkan dalam
Bahasa Melayu. Persoalannya, mengapa menjadi demikian,siapa sebenarnya orang Langkawi
ini,adakah semua orang utara sedemikian, kalau mereka bukan Melayu agaknya
bangsa apa?. Pelik-pelik dan binggong, agaknya mereka minggong.