Sabtu, 24 September 2011

Mengidentifikasikan Etnik Sabah dan Sarawak

Soalan:

Saya ingin bertanya mengenai status Melayu dalam perlembagaan untuk orang Sabah dan Sarawak...Daripada apa yang saya faham mereka dipanggil anak negeri dan ini hanyalah utk mereka yg tidak beragama islam bukan? Dan yang beragama islam dipanggil melayu kan? saya rasa ini salah satu persoalan yg besar..harap prof boleh menjawab persoalan ini

Danial



Jawapan:

Mahkamah anak negeri adalah mahkamah yang membicarakan kes-kes mengenai adat istiadat dan kebiasaan bagi masyarakat pribumi Sabah. Biasanya ia membicarakan kes-kes kecil dan tiada kaitan dengan jenayah. Bagi Sabah, orang melayu dianggap sebagai suatu etnik tersendiri berbeza dengan etnik-etnik yang lain seperti etnik Kadazan, Murut, Bajau manakala masyarakat melayu itu dibahagikan kepada beberapa kelompok yang terdiri daripada melayu Brunei, Melayu Sabah dan kadangkala bajau juga dipanggil sebagai Melayu. Bajau terdapat beberapa lagi pecahan puak-puaknya. Sebagaimana kumpulan Kadazan berbeza dengan kumpulan dusun, dimana kadazan biasanya tinggal dibandar manakala dusun tinggal di desa. Kadazan biasanya beragama kristian manakala dusun beragama Islam. Bagi masyarakat melayu termasuklah Melayu Sabah, Melayu Sarawak dan Melayu Brunei adalah beragama Islam namun demikian orang-orang Melanau di Sarawak sebahagiannya beragama Islam dan sebahagian yang lain beragama Kristian. Kerana perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tinggi negara yang menyatakan mana-mana orang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu, mereka akan ditakrif sebagai Melayu manakala mereka yang tidak beragama Islam akan ditakrif sebagai pribumi di Sabah dan Sarawak, dan orang asli di Malaysia. Untuk pengertahuan umum definisi sesuatu etnik, atau kumpulan, atau kaum perlu difahami melalui sesuatu kelompok itu mengidentitikan kelompoknya persamaan dengan apa orang lain memanggil dan mengidentitikan kelompok tertentu. Sebagai contoh, sekiranya ahli kelompoknya menyatakan kelompoknya Melayu dan orang lain juga memanggil kelompok tersebut sebagai Melayu maka Melayu lah mereka. Sekiranya ahli kelompoknya menyatakan kelompoknya Kadazan dan orang lain juga memanggil kelompok tersebut sebagai Kadazan dan bukan Dusun maka Kadazan lah mereka. Jadi Melayu dan bukan Melayu dari penduduk asal negeri tersebut dipanggil juga sebagai bumiputera atau pribumi Sabah. Kelainan, perbezaan dan kepelbagaian yang wujud yang member jenama-jenama etnik tertentu sehingga ia kekal hingga ke hari ini adalah angkara pemerintahan James Brooks yang cuba berkuasa di Borneo Utara dengna cara mengamalkan dasar pecah dan perintah setelah merdeka dengan adanya matlamat dan cita-cita untuk mewujudkan satu Malaysia dan usaha untuk mengelompokkan penyatuan pribumi dengan menghilangkan identiti tertentu pada surat kelahiran atau kad pengenalan. Tentulah perbezaan etnik-etnik tersebut semakin berkurangan.

Sebarang soalan boleh diajukan di alamat email saya morsinparman@gmail.com

Rabu, 31 Ogos 2011

Mat Sabu "Interlekdungu"


Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan sehingga beberapa tahun kebelakangan ini, masyarakat dan rakyat Malaysia sudah memiliki dan memahami nilai benar tentang pejuang kemerdekaan. Cuma semenjak beberapa ketika ini sahaja ada orang telah keliru dan telah mengelirukan orang lain pula. Peliknya mereka yang terkeliru mudah pula dapat mengelirukan orang lain. Walaupun mereka itu individu yang langsung tidak berwibawa dan tidak berautoriti untuk mentarif pejuang kemerdekaan. Kalau begini mudahnya masyarakat Malaysia dapat diperdaya oleh orang dungu apa akan jadi dengan nasib masa depan negara ini. Jika ditenung dan diteliti begini mudah dapat dikelirukan, ini bererti masyarakat Malaysia sekarang langsung tidak memiliki pelapis bagi mengenal pasti sama ada sesuatu berita palsu atau benar, atau dengan kata lain tidak memiliki sifat logikal. Ini amat perlu ditakuti.


Ketakutan ini timbul kerana kajian oleh individu dungu dalam sekelip mata telah diterima sebagai satu fakta yang dianggap benar. Mudahnya keadaan ini boleh berlaku dan yang peliknya mereka yang percaya termasuklah yang berkerjaya sebagai guru.Individu tersebut bukan sahaja percaya ucapan Mat Sabu sepenuhnya benar, sebaliknya mereka langsung tidak percaya kepada berita, surat khabar arus perdana yang dikatakan penipu dan hanya surat khabar nyamuk sahaja yang dianggap benar. Ini merupakan satu kelompok masyarakat degil dan gila.

Perjuang kemerdekaan mengikut sejarah dan fakta kajian terdahulu dibuat oleh orang yang pakar, intelektual,proposional,bertanggungjawab dan berwibawa malangnya dianggap sebagai salah dan hujah yang dibuat oleh individu yang dibuat secara sambil lalu dipercayaai lebih berwibawa. Apa sudah jadi dengan masayarakat sekarang?!!

Menyentuh perihal ketua "Interlekdungu", yang cuba menonjol diri sebagai hero, telah cuba menterbalik sejarah dan nilai sejarah negara, dengan menjadikan komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Ini adalah satu analisa sesat, tidak memiliki sikap interlektual yang ada hanyalah berfikiran secara dangkal. Bagi Mat Sabu orang yang berjuang menentang Inggeris boleh digelar Pejuang Kemerdekaan dan orang yang bekerja atau pernah bekerja dengan Inggeris tidak berhak digelar pejuang. Kalau "interlakdungu" ini terfikir yang belajar Inggeris dan tulisan Rumi juga mungkin tidak boleh digelar pejuang kemerdekan. Nampaknya "Interlekdungu" tidak mampu menganalisa fakta sebenar sebab buta sejarah dan tidak mengetahui nilai perjuangan. Yang dimiliki hanyalah bersuara, nafsu dan bertembolok besar.

Dalam warkah ringkas ini, saya ingin memberitahu nilai pejuang kemerdekaan bagi negara Malaysia terasnya adalah seperti berikut:-

1. Pejuang kemerdekaan ialah berjuang yang tidak menolak agama dan menerima Agama Islam sebagai agama rasmi. Ini berbeza dengan komunis yang menganggap agama sebagai candu. Komunis anti agama dan anti tuhan.

2. Pejuang kemerdekaan mestilah mengakui tentang adanya tuhan bagi agama-agama lain dan Allah bagi agama Islam.

3. Mengakui bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi negara ini dan agama Islam sebagai agama rasmi ,dan agama lain boleh dipraktikan di negara ini.

4. Mengakui adanya raja berperlembagaan. Komunis menolak Raja, kerana mereka mahu jadi pemerintah yang tertinggi.

5. Mengakui, taat dan patuh kepada undang-undang negara. Komunis memulakan revolusi dengan turun tunjuk perasaan jalanan sebagaimana dilakukan Oleh Mau Tze Tong dalam Long March.

Sekurang-kurangnya ciri-ciri diatas ini boleh dijadikan ukuran bagi menentukan seseorang itu atau organisasi itu boleh digelar pejuang kemerdekaan. Pejuang kemerdekaan bukanlah sesiapa sahaja yang menentang British sebagaimana yang ditakrifkan oleh Mat Sabu. Adakah Jepun yang berjuang menentang British sebagai pejuang kemerdekaan? Sudah tentu tidak. Perjuangan Jepun menentang Inggeris adalah berjuang untuk mengambil alih dan menjajah negara ini dari Inggeris.

Sekiranya Jepun menentang British dinegara ini diiktiraf sebagai penjajah, dan bukan pejuang kemerdekaan, apa bezanya dengan penentangan komunis terhadap British? Mereka menentang Inggeris semata-mata adalah untuk melebarluaskan pengaruh dan penjajahan komunis dinegara ini, oleh sebab ideologi komunis tumbuh, berkembang dan bertapak menjadi pemerintah negara Republik Komunis China. Maka perjuangan Komunis menentang Inggeris di Malaysia bolehlah disamakan dengan untuk menjadikan Malaysia tanah jajahan komunis dan bukan untuk memerdekakan negara ini dari penjajah Inggeris. Justeru Komunis bukanlah pejuang kemerdekaan sebagaimana dakwaan Mat Sabu. Kalau ada orang Melayu yang berjuang mengikut komunis, mereka itulah orang yang yang menolak agama dan tidak mempercayai Tuhan (Allah). Sebab itu Rashid Maidin, Samsiah Fakih dan Chin Peng, telah berselindung ke negeri China sewaktu ditentang oleh polis dan askar di hutan belantara dan di sepadan Siam.

Perbuatan Mat Sabu ini telah memalukan anak-anak dan keturunannya serta keluarga. Mat Sabu telah menjatuhkan nilai keintelektualan pemimpin PAS dahulu yang faham tentang erti dan nilai perjuangan kererdekaan. Mat Sabu menconteng dakwat kekal bukan diibu jari sewaktu mengundi, tetapi menyapu dakwat kekal dimuka setiap ahli Pas. Inikah kualiti pemimpin PAS
yang ingin mengambil alih pemerintahan negara ini selepas PRU-13. Ingatlah rakyat malaysia kumpulan ini telah banyak kali memperdaya, ingat jangan kita terus diperdaya.

Rabu, 30 Mac 2011

Kaedah Memperkasa Sekolah Kebangsaan

Sudah sekian lama,angkara barat menjajah Melaysia, telah mengakibatkan wujudnya suasana masyarakat yang tidak pernah terfikir dan dialami sebelumnya. Dalam semua sistem sama ada ekonomi, politik atau sosial telah berlaku perubahan seribu peratus. Nilai kerja bersama bertukar kepada wujudnya persaingan tanpa sepadan dan tiada batasan. Nilai barat mahupun timur dan nilai rimba telah berjalan dan berlaku secara berluasa. Syukurlah dalam suasana pelbagai perubahan,Islam telah sedikit sebanyak telah dipegang sebagai nilai sosial dan setengahnya sedang berkambang pada nilai mutlak.


Penjajahan Inggeris, meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap pelbagai sistem terutamanya yang paling sulit untuk diselesaikan ialah peninggalan sistem pendidikan yang berlainan aliran bahasa penghantar. Walaupun ada cita-cita untuk mengembangkan sekolah Kebangsaan untuk dijadikan sekolah yang boleh diterima sebagai sekolah aliran perdana. Namun setelah negara mencapai 54 tahun merdeka cita-cita tersebut hanya tinggal pada kerangka pemikiran sahaja. Saban hari sekolah aliran Kebangsaan mencapai kemajuan dari sudut pencapaian akademiknya, namun dari sudut penglibatan masyarakat etnik lain seperti etnik Cina, India dan malahan Melayu sendiri semakin berkurangan.

Pelajar Cina, Melayu dan India di Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan Cina semakin bertambah kehadirannya ,sebaliknya pelajar Cina dan India disekolah rendah kebangsaan semakin merosot. Persoalannya bagaimana perkara sedemikian boleh berlaku dan bagaimana cara untuk mengatasinya?

Persoalan pertama mungkin dapat dijawab ,kerana sekolah aliran Cina dan Tamil mendapat PELAJARAN DAN NILAI EKONOMI YANG LEBIH BANYAK BERBANDING DENGAN SEKOLAH KEBANGSAAN . Disekolah aliran Kebangsaan , mata pelajaran bahasa hanya menyediakan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja, tetapi disekolah aliran Cina dan Tamil, disediakan mata pelajaran Bahasa Cina atau Tamil.Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sudah tentu dari segi keperluan ilmu pengetahuan dan keperluan berbahasa yang kemudian jika dikaitkan dengan keperluan ekonomi, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah mendapat lebih berbanding sekolah aliran kebangsaan. Sebab itu setelah sekian lama berkempen ,berusaha bertungkus lumus, hasilnya semakin menurun kerana sekolah kebangsaan sangat jelas dan terlalu besar kerugian yang dikecapinya. Hasilnya pelajar Melayu telah kerugian dan kekurangan yang kemudiannya dituduh lemah dan bodoh akibat sistem yang tidak adil serta diskriminasi terhadap sistem itu sendiri.

Menyedari hakikat ini dicadangkan agar sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan, wajib disediakan dan diajar bahasa-bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Arab, Perancis dan bahasa-bahasa besar dunia, agar sekolah kebangsaan itu sendiri tersedia dengan kelebihan subjek bahasa dan diajar oleh mereka yang pakar atau berkemahiran tinggi tentang bahasa, kalau boleh kaedah pengajaran dan pembelajaran disedikaedah yang terkini dan termoden.

Disekolah kebangsaan juga perlu disediakan aktiviti atau kurikulum tambahan seperti menyediakan kelas muzik, judo, karate, kemahiran fotografi, dan menyediakan ruang untuk melantik kemahiran animasi dan motivasi serta kreativiti yang tinggi. Berusahalah menggangkat darjat sekolah Rendah Kebangsaan ke persada angkasa dan antarabangsa.


Sekiranya ini dapat dilakukan sekolah kebangsaan akan menjadi rebutan para ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah Kebangsaan ,kerana sekolah Kebangsaan telah menjadi sekolah aliran perdana yang sebenarnya. Kesannya murid-murid atau rakyat masaysia telah mnula berinteriaksi antara satu dengan lain dan semakin hari semakin bertambah, nahtijahnya masalah integarasi nasional dapat diselesaikan dengan sendirinya. Wassalam

Khamis, 13 Januari 2011

Dapat Anugerah Keluarga Bahagia dan Keluarga Mithali

Assalammualaikum,

Untuk makluman tuan-tuan semua, sebagaimana yang terpapar dibanyak surat khabar, keluarga saya telah dikurnia oleh kerajaan negeri Johor dengan anugerah Keluarga Bahagia Negeri Johor pada 20hb. November 2010 yang lalu. Saya sebagai ketua keluarga yang sedikit sebanyak menerima tempias anugerah tersebut, disini dengan rendah diri mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang terlibat memilih keluarga saya sebagai juara keluarga bahagia seluruh negeri Johor. Kepada Isteriku, anak-anak, anak-anak menantu semua, saya ucapkan terima kasih diatas kerjasama menjaga nama baik keluarga dan kepada kerajaan Johor terutama YAB Dato'Menteri Besar Johor saya ucapkan terima kasih dan tabik berbanyak.
UTUSAN MALAYSIA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm

THE STAR
http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=/2010/11/21/nation/7473222

NEW STRAITS TIMES
http://www.nst.com.my/nst/articles/2902jbgani/Article/

Rabu, 12 Januari 2011

Pakatan, kemana kau hendak bawa kami pergi ?

Pakatan Rakyat nampaknya sangat mengidamkan kuasa dan pemerintahan. Kalau kita biasanya berdoa agar hidupku dan matiku kerana Allah, dan agar hidup dan matiku berada didalam keadaan Islam dan beriman, nampaknya bagi PKR prinsipnya ialah hidupku dan matiku untuk dapat kuasa dan memerintah. Sebab itu mereka adakan pelbagai isu, cara dan gaya yang seolah-oleh mereka senantiasa hidup dan aktif. Tetapi jelasnya mereka sekarang ini sedang berada didalam keadaan kritikal iaitu sebagai pesakit yang sedang dibantu pam pernafasaan.
Bagi masyarakat mereka berharap, sepatutnya bagi sebuah parti dan gabungan parti yang ingin memerintah seharusnya berusaha untuk membantu membangunkan negara, membina masyarakat, menunjuk tauladan baik kepada masyarakat dengan menguna pakai nilai-nilai baik, murni dan suci. Mereka perlu menjauhi sikap memporak-perandakan masyarakat, menanam nilai buruk, menyemai sikap prejudis, tidak dapat memandang sesuatu yang baik yang berada diluar lingkungannya dan hanya mempercayai bahawa sikap baik dan terpuji hanya terpusat pada dirinya sahaja. Sikap sedemikian pernah berlaku pada perilaku Abu Jahal yang dajal, sehingga melihat nabi yang penuh dengan kebaikkan pun dilihatnya sebagai seburuk-seburuknya.

Kini sikap tersebut bukan sahaja terdapat pada pemimpin besar mereka, tetapi kini telah menular kepada orang bawahannya. Mereka langsung tidak mengenal dan seolah-olah tidak berpengetahuan bahawa raja dan institusi raja itu adalah sebahagian dari asas masyarakat Melayu, tanpanya ungkapan penglima, bendarara, temenggong, pahlawan, bahasa, bangsa dan Agama Islam tidak tersebar sedemikian rupa di negara ini, bahkan mungkin masyarakat Islam di Malaysia sama seperti masyarakat Melayu di Filipina, di Selatan Siam, di Indonesia, di Myanmar atau sama dengan yang terdapat di Surinam atau dibanyak tempat lagi didunia ini.

Lihatlah bagaimana raja dan institusi raja yang sangat berjasa kepada bangsa dan agama, cuba diroboh, hancur laksana seperti menghempas kaca ke batu. Sudah cukup kuatkah mereka untuk mengalas dan mengambil-ganti peranan dan fungsi raja dan institusi raja. Benarkah mereka sudah cukup berkemampuan untuk MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB RAJA. Saya sangat khuatir KERANA nampaknya mereka hanya beraja dimata dan bersultan dihati. Fikir-fikirkanlah. Wasalam.