Rabu, 31 Ogos 2011
Mat Sabu "Interlekdungu"
Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan sehingga beberapa tahun kebelakangan ini, masyarakat dan rakyat Malaysia sudah memiliki dan memahami nilai benar tentang pejuang kemerdekaan. Cuma semenjak beberapa ketika ini sahaja ada orang telah keliru dan telah mengelirukan orang lain pula. Peliknya mereka yang terkeliru mudah pula dapat mengelirukan orang lain. Walaupun mereka itu individu yang langsung tidak berwibawa dan tidak berautoriti untuk mentarif pejuang kemerdekaan. Kalau begini mudahnya masyarakat Malaysia dapat diperdaya oleh orang dungu apa akan jadi dengan nasib masa depan negara ini. Jika ditenung dan diteliti begini mudah dapat dikelirukan, ini bererti masyarakat Malaysia sekarang langsung tidak memiliki pelapis bagi mengenal pasti sama ada sesuatu berita palsu atau benar, atau dengan kata lain tidak memiliki sifat logikal. Ini amat perlu ditakuti.
Ketakutan ini timbul kerana kajian oleh individu dungu dalam sekelip mata telah diterima sebagai satu fakta yang dianggap benar. Mudahnya keadaan ini boleh berlaku dan yang peliknya mereka yang percaya termasuklah yang berkerjaya sebagai guru.Individu tersebut bukan sahaja percaya ucapan Mat Sabu sepenuhnya benar, sebaliknya mereka langsung tidak percaya kepada berita, surat khabar arus perdana yang dikatakan penipu dan hanya surat khabar nyamuk sahaja yang dianggap benar. Ini merupakan satu kelompok masyarakat degil dan gila.
Perjuang kemerdekaan mengikut sejarah dan fakta kajian terdahulu dibuat oleh orang yang pakar, intelektual,proposional,bertanggungjawab dan berwibawa malangnya dianggap sebagai salah dan hujah yang dibuat oleh individu yang dibuat secara sambil lalu dipercayaai lebih berwibawa. Apa sudah jadi dengan masayarakat sekarang?!!
Menyentuh perihal ketua "Interlekdungu", yang cuba menonjol diri sebagai hero, telah cuba menterbalik sejarah dan nilai sejarah negara, dengan menjadikan komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Ini adalah satu analisa sesat, tidak memiliki sikap interlektual yang ada hanyalah berfikiran secara dangkal. Bagi Mat Sabu orang yang berjuang menentang Inggeris boleh digelar Pejuang Kemerdekaan dan orang yang bekerja atau pernah bekerja dengan Inggeris tidak berhak digelar pejuang. Kalau "interlakdungu" ini terfikir yang belajar Inggeris dan tulisan Rumi juga mungkin tidak boleh digelar pejuang kemerdekan. Nampaknya "Interlekdungu" tidak mampu menganalisa fakta sebenar sebab buta sejarah dan tidak mengetahui nilai perjuangan. Yang dimiliki hanyalah bersuara, nafsu dan bertembolok besar.
Dalam warkah ringkas ini, saya ingin memberitahu nilai pejuang kemerdekaan bagi negara Malaysia terasnya adalah seperti berikut:-
1. Pejuang kemerdekaan ialah berjuang yang tidak menolak agama dan menerima Agama Islam sebagai agama rasmi. Ini berbeza dengan komunis yang menganggap agama sebagai candu. Komunis anti agama dan anti tuhan.
2. Pejuang kemerdekaan mestilah mengakui tentang adanya tuhan bagi agama-agama lain dan Allah bagi agama Islam.
3. Mengakui bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi negara ini dan agama Islam sebagai agama rasmi ,dan agama lain boleh dipraktikan di negara ini.
4. Mengakui adanya raja berperlembagaan. Komunis menolak Raja, kerana mereka mahu jadi pemerintah yang tertinggi.
5. Mengakui, taat dan patuh kepada undang-undang negara. Komunis memulakan revolusi dengan turun tunjuk perasaan jalanan sebagaimana dilakukan Oleh Mau Tze Tong dalam Long March.
Sekurang-kurangnya ciri-ciri diatas ini boleh dijadikan ukuran bagi menentukan seseorang itu atau organisasi itu boleh digelar pejuang kemerdekaan. Pejuang kemerdekaan bukanlah sesiapa sahaja yang menentang British sebagaimana yang ditakrifkan oleh Mat Sabu. Adakah Jepun yang berjuang menentang British sebagai pejuang kemerdekaan? Sudah tentu tidak. Perjuangan Jepun menentang Inggeris adalah berjuang untuk mengambil alih dan menjajah negara ini dari Inggeris.
Sekiranya Jepun menentang British dinegara ini diiktiraf sebagai penjajah, dan bukan pejuang kemerdekaan, apa bezanya dengan penentangan komunis terhadap British? Mereka menentang Inggeris semata-mata adalah untuk melebarluaskan pengaruh dan penjajahan komunis dinegara ini, oleh sebab ideologi komunis tumbuh, berkembang dan bertapak menjadi pemerintah negara Republik Komunis China. Maka perjuangan Komunis menentang Inggeris di Malaysia bolehlah disamakan dengan untuk menjadikan Malaysia tanah jajahan komunis dan bukan untuk memerdekakan negara ini dari penjajah Inggeris. Justeru Komunis bukanlah pejuang kemerdekaan sebagaimana dakwaan Mat Sabu. Kalau ada orang Melayu yang berjuang mengikut komunis, mereka itulah orang yang yang menolak agama dan tidak mempercayai Tuhan (Allah). Sebab itu Rashid Maidin, Samsiah Fakih dan Chin Peng, telah berselindung ke negeri China sewaktu ditentang oleh polis dan askar di hutan belantara dan di sepadan Siam.
Perbuatan Mat Sabu ini telah memalukan anak-anak dan keturunannya serta keluarga. Mat Sabu telah menjatuhkan nilai keintelektualan pemimpin PAS dahulu yang faham tentang erti dan nilai perjuangan kererdekaan. Mat Sabu menconteng dakwat kekal bukan diibu jari sewaktu mengundi, tetapi menyapu dakwat kekal dimuka setiap ahli Pas. Inikah kualiti pemimpin PAS
yang ingin mengambil alih pemerintahan negara ini selepas PRU-13. Ingatlah rakyat malaysia kumpulan ini telah banyak kali memperdaya, ingat jangan kita terus diperdaya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam prof...dah lama sye tak melawat blog prof...sye nak tnye ttg status 'melayu' dalam perlembagaan untuk org sabah dan sarawak...klu ap yg saya faham mereka dipanggil anak negeri dan ini hanyalah utk mereka yg tidak beragama islam bukan? dan yg beragama islam dipanggil melayu kan prof? sye rse ini salah satu persoalan yg besar..kalau boleh prof boleh balas sye punye komen ni. Kalau boleh terus emailkan dkt sye lagi sye seronok... ni emel sye aden_frees90@yahoo.com thanx prof..harap prof dalam keadaan sihat selalu hendaknya..
BalasPadam