Pakatan Rakyat nampaknya sangat mengidamkan kuasa dan pemerintahan. Kalau kita biasanya berdoa agar hidupku dan matiku kerana Allah, dan agar hidup dan matiku berada didalam keadaan Islam dan beriman, nampaknya bagi PKR prinsipnya ialah hidupku dan matiku untuk dapat kuasa dan memerintah. Sebab itu mereka adakan pelbagai isu, cara dan gaya yang seolah-oleh mereka senantiasa hidup dan aktif. Tetapi jelasnya mereka sekarang ini sedang berada didalam keadaan kritikal iaitu sebagai pesakit yang sedang dibantu pam pernafasaan.
Bagi masyarakat mereka berharap, sepatutnya bagi sebuah parti dan gabungan parti yang ingin memerintah seharusnya berusaha untuk membantu membangunkan negara, membina masyarakat, menunjuk tauladan baik kepada masyarakat dengan menguna pakai nilai-nilai baik, murni dan suci. Mereka perlu menjauhi sikap memporak-perandakan masyarakat, menanam nilai buruk, menyemai sikap prejudis, tidak dapat memandang sesuatu yang baik yang berada diluar lingkungannya dan hanya mempercayai bahawa sikap baik dan terpuji hanya terpusat pada dirinya sahaja. Sikap sedemikian pernah berlaku pada perilaku Abu Jahal yang dajal, sehingga melihat nabi yang penuh dengan kebaikkan pun dilihatnya sebagai seburuk-seburuknya.
Kini sikap tersebut bukan sahaja terdapat pada pemimpin besar mereka, tetapi kini telah menular kepada orang bawahannya. Mereka langsung tidak mengenal dan seolah-olah tidak berpengetahuan bahawa raja dan institusi raja itu adalah sebahagian dari asas masyarakat Melayu, tanpanya ungkapan penglima, bendarara, temenggong, pahlawan, bahasa, bangsa dan Agama Islam tidak tersebar sedemikian rupa di negara ini, bahkan mungkin masyarakat Islam di Malaysia sama seperti masyarakat Melayu di Filipina, di Selatan Siam, di Indonesia, di Myanmar atau sama dengan yang terdapat di Surinam atau dibanyak tempat lagi didunia ini.
Lihatlah bagaimana raja dan institusi raja yang sangat berjasa kepada bangsa dan agama, cuba diroboh, hancur laksana seperti menghempas kaca ke batu. Sudah cukup kuatkah mereka untuk mengalas dan mengambil-ganti peranan dan fungsi raja dan institusi raja. Benarkah mereka sudah cukup berkemampuan untuk MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB RAJA. Saya sangat khuatir KERANA nampaknya mereka hanya beraja dimata dan bersultan dihati. Fikir-fikirkanlah. Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan