Khamis, 13 Januari 2011

Dapat Anugerah Keluarga Bahagia dan Keluarga Mithali

Assalammualaikum,

Untuk makluman tuan-tuan semua, sebagaimana yang terpapar dibanyak surat khabar, keluarga saya telah dikurnia oleh kerajaan negeri Johor dengan anugerah Keluarga Bahagia Negeri Johor pada 20hb. November 2010 yang lalu. Saya sebagai ketua keluarga yang sedikit sebanyak menerima tempias anugerah tersebut, disini dengan rendah diri mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang terlibat memilih keluarga saya sebagai juara keluarga bahagia seluruh negeri Johor. Kepada Isteriku, anak-anak, anak-anak menantu semua, saya ucapkan terima kasih diatas kerjasama menjaga nama baik keluarga dan kepada kerajaan Johor terutama YAB Dato'Menteri Besar Johor saya ucapkan terima kasih dan tabik berbanyak.
UTUSAN MALAYSIA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm

THE STAR
http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=/2010/11/21/nation/7473222

NEW STRAITS TIMES
http://www.nst.com.my/nst/articles/2902jbgani/Article/

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Saya Amir Ashraff, Pelajar Tahun 3 Universiti Teknologi Malaysia.

    Kami diminta untuk menyiapkan tugasan bertajuk "Keluarga Mithali". Kami diminta untuk menemu ramah sebuah keluarga yang pernah menerima anugerah keluarga mithali.

    Jadi hajat kami, ingin menemu ramah Tuan sebagai subjek dalam tugasan kami.

    Jika tuan bersetuju, minta hubungi saya di 0169194579 atau emel di ashraffamir2647@gmail.com

    Sekian

    BalasPadam