DINDING KACA
mengharap masyarakat menatah nilai Ilahi
Sabtu, 4 Mei 2013
Catatan Melancong Keutara.
Jumaat, 3 Mei 2013
apabila saya dapat bil bulan Desimber, 2010 pada bulan Jenuari ,2011,Celcom telah mengenakan bayaran yang tidak pernah digunakan. Setelah saya membuat pangilaan 1111 semula ,pegawai celcom telah meminta saya tunggu bil simakan baru,Sebagai individu yang sudah bersara yang biasanya sangat berhati-hati dalam urusan berbelanja,kini tertekan dengan masalah beban bayaran bil telefon ang jika tidak diberi descound jumlah nya melebihi RM 2000.
Bulatkan tekad untuk undi BN
Selain dari itu pengalaman saya bekerja dan belajar untuk menempuh hidup seperti menjadi polis hutan, bekerja mengejar komunis yang zalim,menjaga pelarian Vietnam pada tahun 1975 di Pulau Bidong, ketegangan kesan pilihan raya di Kelantan begitu juga di Sabah kesan dari pilihan raya, dan di Sarawak semasa berhadapan dengan penganas Parako (parti komunis Kalimantan Utara) .Saya juga telah melihat bagaimana perkembangan pembangunan terpapar berjalan dengan begitu perkasa. Dalam segala, bidang negara kita telah mengatasi semua negara sedang membangun malah telah menyaingi negara maju. Oleh itu apa lagi yang kita mahu?
DARI ITU SAYA DENGAN JUJUR DAN PENUH BERTANGGUNG JAWAB MENGAJAK SEMUA SAUDARA SAUDARI BANGUN ESOK HARI PERGI CEPAT-CEPAT TETAPI PENUH BERHATI-HATI JAGA KESELAMATAN KELUAR MENGUNDI DAN UNDILAH BN, yang telah banyak berbakti dalam berbagai hal seperti pembangunan ekonomi,spiritual,agama,politik,sosial dan sebagainya.
Sekali lagi dilaungkan UNDILAH BN.
Sabtu, 24 September 2011
Mengidentifikasikan Etnik Sabah dan Sarawak
Soalan:
Saya ingin bertanya mengenai status Melayu dalam perlembagaan untuk orang Sabah dan Sarawak...Daripada apa yang saya faham mereka dipanggil anak negeri dan ini hanyalah utk mereka yg tidak beragama islam bukan? Dan yang beragama islam dipanggil melayu kan? saya rasa ini salah satu persoalan yg besar..harap prof boleh menjawab persoalan ini
Danial
Jawapan:
Mahkamah anak negeri adalah mahkamah yang membicarakan kes-kes mengenai adat istiadat dan kebiasaan bagi masyarakat pribumi Sabah. Biasanya ia membicarakan kes-kes kecil dan tiada kaitan dengan jenayah. Bagi Sabah, orang melayu dianggap sebagai suatu etnik tersendiri berbeza dengan etnik-etnik yang lain seperti etnik Kadazan, Murut, Bajau manakala masyarakat melayu itu dibahagikan kepada beberapa kelompok yang terdiri daripada melayu Brunei, Melayu Sabah dan kadangkala bajau juga dipanggil sebagai Melayu. Bajau terdapat beberapa lagi pecahan puak-puaknya. Sebagaimana kumpulan Kadazan berbeza dengan kumpulan dusun, dimana kadazan biasanya tinggal dibandar manakala dusun tinggal di desa. Kadazan biasanya beragama kristian manakala dusun beragama Islam. Bagi masyarakat melayu termasuklah Melayu Sabah, Melayu Sarawak dan Melayu Brunei adalah beragama Islam namun demikian orang-orang Melanau di Sarawak sebahagiannya beragama Islam dan sebahagian yang lain beragama Kristian. Kerana perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tinggi negara yang menyatakan mana-mana orang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu, mereka akan ditakrif sebagai Melayu manakala mereka yang tidak beragama Islam akan ditakrif sebagai pribumi di Sabah dan Sarawak, dan orang asli di Malaysia. Untuk pengertahuan umum definisi sesuatu etnik, atau kumpulan, atau kaum perlu difahami melalui sesuatu kelompok itu mengidentitikan kelompoknya persamaan dengan apa orang lain memanggil dan mengidentitikan kelompok tertentu. Sebagai contoh, sekiranya ahli kelompoknya menyatakan kelompoknya Melayu dan orang lain juga memanggil kelompok tersebut sebagai Melayu maka Melayu lah mereka. Sekiranya ahli kelompoknya menyatakan kelompoknya Kadazan dan orang lain juga memanggil kelompok tersebut sebagai Kadazan dan bukan Dusun maka Kadazan lah mereka. Jadi Melayu dan bukan Melayu dari penduduk asal negeri tersebut dipanggil juga sebagai bumiputera atau pribumi Sabah. Kelainan, perbezaan dan kepelbagaian yang wujud yang member jenama-jenama etnik tertentu sehingga ia kekal hingga ke hari ini adalah angkara pemerintahan James Brooks yang cuba berkuasa di Borneo Utara dengna cara mengamalkan dasar pecah dan perintah setelah merdeka dengan adanya matlamat dan cita-cita untuk mewujudkan satu Malaysia dan usaha untuk mengelompokkan penyatuan pribumi dengan menghilangkan identiti tertentu pada surat kelahiran atau kad pengenalan. Tentulah perbezaan etnik-etnik tersebut semakin berkurangan.
Sebarang soalan boleh diajukan di alamat email saya morsinparman@gmail.com