Masa yang terdekat ini, kerajaan telah mengumumkan kenaikkan dua harga barangan;
Pertama hagra rokok dinaikkan dengan harga manimam Rm 6.50.
Kedua , Harga gula naik RM 0.20 sekilogram.
Kenaikkan kedua jenis barang tersebut mendapat reaksi yang berbeza dari rakyat.Bagi kenaikkan harga maniman rokok , penguna tidak rasa terperanjat dan bermakna boleh menerima dengan penuh kesedaran tentang kesan dan menafaatnya. Tetapi kenaikkan harga gula, kelihatannya mendapat lebih bantahan dan rungutan dari orang ramai. Ini bererti rakyat tidak puas hati terhadap tindakan kenaikkan harga gula. Mereka rata-rata menyalahkan kerajaan kerana kenaikkan harga gula.. Persoalannya mengapa ada kenaikkan yang diterima dan ada kenaikkan yang ditolak. Apakah puncanya ?.
Bagi dindingkaca, jawapannya mungkin disebabkan oleh kempen penerangan. Kempen keburukan kesan mengisap rokok telah meluas, justru itu telah difahami dan dapat diterima.Menakala kesan buruk memakan gula berlebihan belum cukup meluas dan belum difahami dari segi maksud dan tujuan.Lantaran itu ia belum boleh diterima secara menyeluruh oleh masyarakat. Sepatutnya kempen kurangkan gula sepatutnya dilakukan lebih agrasif,lebih lama dan masa yang secukupnya. Sekiranya kempen dirasai sudah berkesan, kenaikkan harga gula bukan sahaja diterima malah ianya sangat DIALU-ALUKAN.
Peliknya apa yang saya dengar, kebenaran kenaikkan harga gula sudah diumumkan, baru diadakan kempen untuk menerangkan kesan buruk gula. Jika cara ini dilakukan kesannya nanti akan wwujud lebih banyak bantahan rakyat, kerana cara ini telah mengujudkan penolakan penerangan kerana sudah tertanam mentol blok, Penerangan untuk melihat dan menerangkan keburukan makan gula berlebihan hanya dianggap sebagai dalih atau alasan untuk membenarkan kenaikkan harga gula . wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan