Selepas enam tahun bersara,saya telah berusaha dengan sedaya upaya untukberdampingan dan bercampur gaul dengan rakan-rakan dari berbagai bangsa,kaum dan etnik.Nampaknya diri saya sangat diterima oleh mereka. Tandanya kebanyakan mereka cuba meluahkan rasa hati dan perasaan kepada saya dalam berbagi hal sama ada tentang ekonomi,sosial dan politik.
Dalam berbicara tentang semua hal diatas,ramai rakan-rakan Melayu yang tinggal di bandar ,berbicara tentang kepimpinan politik secara umum, namun akhirnya mereka tidak dapat menyembunyikan perasaan mereka tentang sokongan atau tentangan mereka kepada sesuatu parti politik tertentu.Setengah mereka cuba berhujah tetapi terikat kepada pengaruh indukternasi dari parti politik tertentu dengan mengenepikan segala bentuk yang berbau lawan walaupun lawannya itu benar.Mereka bukan lagi menyedari diri mereka sebagai rakyat yang bertugas mengadili tindakan dan perlakuan pemerintah atau pembangkang, tetapi sebaliknya mereka telah terperangkap dalam kesedaran pemikiran wakil rakyat pemerintah atau pembangkang masyarakat Dunia ketiga.
Bagi masyarakat Melayu, luar bangar,pemikiran mereka lebih logik,mereka terus menuntut tentang apa yang mereka tidak perolehi ,mengikut perkembqngan semasa seperti menuntut geran tanah yang belum diperolehi,dewan untuk beriadah,masjid dan surau yang lebih baik sekolah dan sekolah agama yang lebih lengkap dan sempurna, api,jalan dan air yang lebih bersih dan lain-lain. Kemanysakan mereka amat berterima kaseh jika permintaan mereka dipenuhi dan jelas mereka akan membalasnya dalam bentuk sokongan.
Bagi masyarakat India, mereka sebenarnya mengakui hakikatnya kehidupan mereka sekarng labih baik dari dahulu. Alasan merek ,sekarang semua anak-anak boleh bersekolah dan belajar jika mereka mahu.Banyak dari mereka telah ada rumah sendiri dahulu mereka menumpang diestet-estet.Mereka telah ada kemahiran baru berbanding dahulu yang kebanyakannya hanya bergantung kepada kemahiran menoreh getah diestste.Ramai dari mereka telah berkelulusan tinggi dan mendapat pekerjaan yang lebih baik.Kalau dahulu mereka menoreh getah,kini ramai dari mereka yang bekerja memandu kenderaan berat seperti kontina,JCB,Sawer dan lain-lain.Pekerjaan sedemikian upahnya lumaian.Kerja sedemikian sudah boleh dimasukkan dalam golongan separuh proposional kalau tidak proposional penuh.Cuma yang perlu ditambah kepada golongan ini ialah tentang kaedah cara berfikir yang menyangkut tentang mengatur perbelanjaan,menabung,mengurus rumah tangga,mengurus pelaburan dan meningkatkan kaedah pembenaan hububgan yang berkesan serta dididik dan diterap dengan nilkai-nilai yang murni.
Bagi masyarakat tani Cina mereka bersedia untuk mengurus apa sahaja kerja yang diberikan kepada mereka.Tugas mereka ialah mencari dan menyediakan para pekerja dan modal untuk melakukan kerja yang perlu dilakukan.Bagi golongan peniaga yang berpendapatan yang lebih baik,acap kali mereka meluahkan rasa tidak puas hati.Mereka tidak puas hati dalam segala hal,dan ketidak puashaitan mereka itu ditujukan kepada orang Melayu ,kerajaan Melayu,kuasa dan kepimpinan Melayu.
Mereka tidak puas hati dalam serba serbi termasuklah hal biasiswa,asrama,sekolah,kemasukan keuniversiti,bekerja dengan kerajaan,kontrektor Melayu,sampai kepada meimpin dan kemajuan Melayu dinaggap sebagai hasil pemberian percuma oleh golongan Melayu kepada orang Melayu.
Mereka melihat apa sahaja yang berbau Melayu , nampak lemah. ukuran dan perbandingan mereka ialah pencapaian dan kamajuan Singapura sebagai kayu ukur.Jauh dilubuk hati mereka jika dapat saya selami ialah ,jika ada rasuah,puncanya adalah Melayu,jika gagal.menyeliwing,korupsi,lambat diselesaikan,berlaku banjir dan sebagainya semua perancangan dan kegagalan perlaksanaan adalah berpusat dan berpunca dari Melayu. Kalau begini teruklah bangsa ini.Atau semimangnya cemuhan sedemikian dibuat untuk menentukan anak bangsa Melayu menjadi lemah, yang mana akhirnya anak bangsa ini malu untuk mengaku dirinya bangsa Malayu.
Tetapi perlu diingat bahawa kewujudan Bangsa Mrelayu didunia ini, bukan ketentuan orang Melayu .Kewujudan Bangsa Melayu,bahasa Melayu budaya Melayu sistem,sterukur dan persekitarannya kejadian dan kewujudannya ada atas kehendak dan ketentuan Allah Subanawatallah.Justeru kettentuen Allah Kita perku lakukan dan perjuangkan kerana ia adalah kehendak Allah.
Saya harap cari dan tubuhkanlah sekelumpun intelekrual Melayu Islam yang perahatin sebagai peneraju pejuangan untuk berfikir dan bertindak mengekalkan bangsa ini jika boleh bersuaha untuk memacu memaju bangsa ini dalam semua bidang agar bangsa ini tidak dijadikan sebagai satu bangsa yang menjadi pusat mencipta prajudis negetif.Wassalam
well said.....
BalasPadam