Memaparkan catatan dengan label pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendidikan. Papar semua catatan

Rabu, 30 Mac 2011

Kaedah Memperkasa Sekolah Kebangsaan

Sudah sekian lama,angkara barat menjajah Melaysia, telah mengakibatkan wujudnya suasana masyarakat yang tidak pernah terfikir dan dialami sebelumnya. Dalam semua sistem sama ada ekonomi, politik atau sosial telah berlaku perubahan seribu peratus. Nilai kerja bersama bertukar kepada wujudnya persaingan tanpa sepadan dan tiada batasan. Nilai barat mahupun timur dan nilai rimba telah berjalan dan berlaku secara berluasa. Syukurlah dalam suasana pelbagai perubahan,Islam telah sedikit sebanyak telah dipegang sebagai nilai sosial dan setengahnya sedang berkambang pada nilai mutlak.


Penjajahan Inggeris, meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap pelbagai sistem terutamanya yang paling sulit untuk diselesaikan ialah peninggalan sistem pendidikan yang berlainan aliran bahasa penghantar. Walaupun ada cita-cita untuk mengembangkan sekolah Kebangsaan untuk dijadikan sekolah yang boleh diterima sebagai sekolah aliran perdana. Namun setelah negara mencapai 54 tahun merdeka cita-cita tersebut hanya tinggal pada kerangka pemikiran sahaja. Saban hari sekolah aliran Kebangsaan mencapai kemajuan dari sudut pencapaian akademiknya, namun dari sudut penglibatan masyarakat etnik lain seperti etnik Cina, India dan malahan Melayu sendiri semakin berkurangan.

Pelajar Cina, Melayu dan India di Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan Cina semakin bertambah kehadirannya ,sebaliknya pelajar Cina dan India disekolah rendah kebangsaan semakin merosot. Persoalannya bagaimana perkara sedemikian boleh berlaku dan bagaimana cara untuk mengatasinya?

Persoalan pertama mungkin dapat dijawab ,kerana sekolah aliran Cina dan Tamil mendapat PELAJARAN DAN NILAI EKONOMI YANG LEBIH BANYAK BERBANDING DENGAN SEKOLAH KEBANGSAAN . Disekolah aliran Kebangsaan , mata pelajaran bahasa hanya menyediakan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja, tetapi disekolah aliran Cina dan Tamil, disediakan mata pelajaran Bahasa Cina atau Tamil.Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sudah tentu dari segi keperluan ilmu pengetahuan dan keperluan berbahasa yang kemudian jika dikaitkan dengan keperluan ekonomi, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah mendapat lebih berbanding sekolah aliran kebangsaan. Sebab itu setelah sekian lama berkempen ,berusaha bertungkus lumus, hasilnya semakin menurun kerana sekolah kebangsaan sangat jelas dan terlalu besar kerugian yang dikecapinya. Hasilnya pelajar Melayu telah kerugian dan kekurangan yang kemudiannya dituduh lemah dan bodoh akibat sistem yang tidak adil serta diskriminasi terhadap sistem itu sendiri.

Menyedari hakikat ini dicadangkan agar sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan, wajib disediakan dan diajar bahasa-bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Arab, Perancis dan bahasa-bahasa besar dunia, agar sekolah kebangsaan itu sendiri tersedia dengan kelebihan subjek bahasa dan diajar oleh mereka yang pakar atau berkemahiran tinggi tentang bahasa, kalau boleh kaedah pengajaran dan pembelajaran disedikaedah yang terkini dan termoden.

Disekolah kebangsaan juga perlu disediakan aktiviti atau kurikulum tambahan seperti menyediakan kelas muzik, judo, karate, kemahiran fotografi, dan menyediakan ruang untuk melantik kemahiran animasi dan motivasi serta kreativiti yang tinggi. Berusahalah menggangkat darjat sekolah Rendah Kebangsaan ke persada angkasa dan antarabangsa.


Sekiranya ini dapat dilakukan sekolah kebangsaan akan menjadi rebutan para ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah Kebangsaan ,kerana sekolah Kebangsaan telah menjadi sekolah aliran perdana yang sebenarnya. Kesannya murid-murid atau rakyat masaysia telah mnula berinteriaksi antara satu dengan lain dan semakin hari semakin bertambah, nahtijahnya masalah integarasi nasional dapat diselesaikan dengan sendirinya. Wassalam

Isnin, 7 Disember 2009

Angsa Pengaja Berkesan Yang Halal

Angsa merupakan haiwan jinak,peliharaan,kawan,sahabat,rakan dan penjaga yang cukup setia dan berkesan.Bentuk fizikalnya yang berleher panjang dan bertubuh agak besar berbanding dengan haiwan berkaki dua yang lain. Lehernya yang panjang, sangat berkesan untuk binatang ini mengesan mana-mana haiwan atau manusia yang menceroboh kawasannya.

Pendengarannya yang sangat sensitif dengan setiap gangguan dan pencerobohan kawasannya adalah sangat bermanfaat jika dieksploitasi sebagai penjaga atau pengawal yang tidak perlu diberi upah yang besar. Ini kerana binatang ini makanan hariannya sangat sedikit. Kita cuma perlu memberi sedikit makanan dedak atau nasi lebihan makanan harian disamping sayur-sayuran.

Penjagaannya sangat mudah kerana ia hanya memerlukan sedikit makanan dan air untuk minum dan mandi bagi menyegarkan badannya.Binatang ini tidak banyak karenah untuk membelanya.

Untuk membela,dan membiakkannya memerlukan sedikit pengetahuan . Antara pengetahuan yang diperlukan ialah :-

1. Elok sekiranya kita membelanya secara berpasangan ,iaitu sama ada seekor jantan dan seekor betina atau seekor jantan dengan beberapa ekor betina.
2.Setelah bertelur,ibu angsa akan mengeram, biasanya telurnya agak banyak. Kadang kala mencecah sehingga 20 biji. Telurnya yang besar dan banyak itu, sewaktu mengeramnya memerlukan bantuan iaitu membalik-balikkan telur tersebut dua kali seminggu sehingga telur menetas. Kerana angsa mengeram agak lama, kita perlu menyediakan makanan dan air minum dihadapan dan bersebelahan sarang tempat angsa mengeram. Hal ini kerana,angsa mengeram cukup lama ,sering kali angsa yang mengeram tersebut akan mati, kerana kelaparan jika tidak diletakkan makanan dan minuman.
3. Setelah menetas anak angsa, perlu diasingkan dibekas atau kawasan yang lain. Tujuannya adalah untuk mengelakkan anak angsa tersebut terpijak oleh ibunya.Jika ibu angsa terpijak, anak angsa boleh mati.Pengasingan anak angsa itu kita lakukan sehingga umurnya 6 hingga 8 minggu. Setelah badan anak angsa agak besar iaitu setelah keluar bulu pahat, bolehlah anak angsa itu dicampurkan dengan ibu bapa angsa yang lain. Waktu itu,ibu angsa tidak lagi memagut dan mengitai anak angsa.

Harga sepasang anak angsa sekarang mencecah sampai RM 150.00 .Jika besar harganya berbeza-beza mengikut saiz dan jenisnya. Harga angsa Kelabu (biasa) dewasa boleh mencecah RM 300.00,Angsa putih RM 700.00-1000.00 dan Harga angsa Hitam berkilat sehingga RM 2500-4000.00 sepasang.

Angsa adalah binatang yang penyayang dan senantiasa ingin berkhidmat serta membalas budi kepada tuannya. Wassalam.

Rabu, 18 November 2009

MCA: Memahami Perlembagaan Mengikut Hati

Krisis yang dialami oleh MCA,sudah meliwati puncaknya.Sebab itu ramai para pemimpinnya yang bermata merah kerana menangis.Mereka menangis kerana kesal wujud krisis dalam MCA,atau mereka kesal kerana digugurkan oleh presiden dari majlis Prisiden atau terbayang terbuang longlai hilang sagala "hak kesitemewaan" yang selama ini mereka rasai. Apa yang mereka miliki sekarang ialah ,lebih dari apa yang terdapat dalam kandungan hak Istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera yang disebut dalam perlembagaan.

Tangisan pemimpin pemuda dan pemimpim wanita MCA,mungkin membawa lebih banyak erti dari apa yang saya terangkan di atas,yang mengetahui dengan sebenarnya hanyalah mereka sendiri.

Sebagai pemerhati kerdil,mungkin tengisan tersebut ,membawa masej rasa kekesalan dan kerugian yang amat sangat.Dengan ingatan dan kenangan "Durian sudah menjadi bubur". Apa yang cuba mereka kesali dari dakwaan mereka bahawa MCA sudah hilang demokerasi. Programpelan perpaduan, yang berlaku ialah pelan pemancongan". Lantas itu kelihatannya mereka bertikan untuk mengembalikan demokerasi sebagaimana asal. Cakap-cakap ini hanyalah harapan yang wujud pada sesat.Sedangkan harapan demokerasi yang tercatat dalam perlembagaan MCA tidak seperti atau sebagaimana yang mereka harapkan iaitu demokerasi bebas (liberal).

Semimangnya perlembagaan MCA disediakan untuk memjaga golongan tertentu dan sebab itu pada masa-masa tertentu banyak kuasa tertumpu pada Presiden Parti . Keadaan sedemikian bukan hanya berlaku dan terdapat pada perlembagaan MCA sahaja ,perlembagaan parti lain pun begitu juga. Misalnya perlembagaan parti Demokrat di USA pun meletakkan kuasa presiden begitu tinggi,Hakikatnya pertama ;supaya puncak kuasa itu perlu ditaat agar dapat menstabilkan parti. sebab kedua; untuk sampai kejawatan persiden bukan satu yang mudah, berbanding dengan jawatan dalam parti yang lain. Mereka perlu menempuh duri dan onek dan sudah terbukti sikap kepatuhannya sama ada terhadap rakan,penyokong ,parti dan ikatan kepartiannya. Ideologinya sudah mantap, dan pemahaman mererka terhadap pertinya juga sudah kuat.Sebab itu menesabahlah presiden memiliki kuiasa tambahan.

Saya percaya perkara sedemikian itu harus difahami oleh setiap ahli parti.Bahawa demokerasi dalam sesebuah parti itu seharusnya terbatas mengikut aturan dan hukum perlembagaan parti.Yang menjadi masalah ialah apabila ahli parti memahami kebibasan parti itu disamakan dengan kebibasan mutlak, dimana apa sahaja yang ingin cakap,mereka cakapkan dan lakukan.Dari segi idea semimangnya demokerasi jenis itu sangat baik dan seronok, tetapi cadangan demokerasi yang sedemikian biasanya datang dari para pemikir yang tidak pernah berada didalam kepimpinan organisasi atau mereka yang pernah tersingkir dalam perebutan kedudukan dan kuasa dalam partinya.

Mereka tidak pernah meresa susah payah dan tidak pernah berpengalaman memimpin lebih-lebih lagi memerintah. Sebab itu kita dapati parti-parti politik yang tidak pernah memerintah, cakap tidak berhenti-henti,mengata itu dan ini,menunjukkan rasa tidak puas hati dan tidak senang hati sepanjang masa dan pada semua tempat. Di mata dan kepalanya akan terbayang semua apa yang pemerintah lakukan tidak baik. Baik bagi mereka ialah apabila pihak perkuasa menuruti kehendaknya walaupun orang lain akan hidup merana.

Pemimpin yang sedemikian itu kebanyakannya terdiri dari golongan yang tergopoh-gapah tidak banyak pengalaman disamping itu terpengaruh pula mereka dengan tuntutan demokerasi liberal yang dituntut dan dicadanglkan oleh kelompok kecil yang opucinis.resis,lebih mementingkan diri dan perjuangannya hanyalah perjuangan kaum yang sempit yang ingin dan bercita-cita untuk menguasai segala bidang secara sepenuhnya. Bagi mereka dapat menguasai keseluruhan punca-punca pengeluaran,kekayaan dan harta merupakan satu kepuasan dan satu kejayaan serta tanda telah memenuhi tuntutan metrokerasiyang diperjuangkannya,sesudah itu, mereka akan menuntut lebih lagi dan itulah makna amalan demokerasi bagi mereka.Walhal amalan cuba memenuhi kehendak tuntutan kelumpuk mejoriti dianggap pula sebagai tidak demokerasi.Manusia apakah ini?.

Oleh itu kelihatannya ada cubaan untuk mengenepikan sama sekali terhadap hak dan kepentingan mejoriti dengan menuntut persamaan hak sebagai bumiputera,memohon kepada orang lain untuk kita membayar ganti rugi Rm satu juta setiap seorang kononnya diinaya dan ditindas , mempertikaikan hak agama Islam,bahasa Melayu,hak Raja,Hak keistemewaan Melayu dan bumiputera,hak lesen,hak kontrektor dan lain-lain tetapi dalam masa yang sama berjuang untuk memertabatkan etnik, asanya,agamanya,sekolahnya, menuntut hak kekayaannya dengan hanya bersandarkan status kerayatan sebagaimana yang terpahat pada perlembagaan.Anihnya apa yang tercacat pada perlembagaan, jika memihak kepada golongan mejoriti mereka berjuang untuk menuntut dihapuskannya. Perjuangan sedemikian adalah perlakuan sumbang,songsang,menyimpang,dan satu akal yang devian.

Kini kebanyakan yang berfikiran sedemikian itu,ada setentahnya baru menyedari tenteng kelemahan mereka, sebab itu ada yang mengalirkan air mata(Menangis) apabila digugurkan dari ahli majlis presiden.Persoalannya apakah mereka benar-benar sedar bahawa tangisan mereka itu menunjukkan mereka faham terhadap tata-sosila berpolitik atau mereka menangis kerana kerugian atau mereka menangis tidak tahu apa yang mereka tangasi.

Bagi saya, ini semua adalah bala dan balasan Allah keatas satu bangsa yang jujur, yang cuba diinaya. Bangsa yang jujur ini ,kejujurannya adalah berlandaskan hukum dan nilai Allah. Bangsa yang jujur ini ,jujurnya berpanjangan .Walaupun dia tahu kerinah angkara yang dilakukaan oleh rakan karip mereka, manun dengan hati yang terbuka,suci .relahati, masih bersedia menesihati,memberi peluang sehingga berlebih-lebihan,tetap menerima mereka sebagaimana biasa dan seadanya tanpa menunjukkan rasa curing. Bangsa yang sedemikian itu sifatnya, sepatutnya disanjung,dibela, dan boleh dijadikan suhabat.Kalau itu tidak dapat dilakukan, janganlah mereka dibururuk-burukan dan dimusuhi.

Kepercayaan bangsa yang terdidik dengan Islam ini, biasanya sangat sabar,jika terseksa mereka akan menyerahkan nasifnya kepada Allah, dan balasan Allah adalah amat pedih. Wassala.

Ahad, 15 November 2009

Pendadah keji, kesan mendadah mimang jijik

Surat Khabar Utusan Malaysia hari ini 16hb. Nov.2009,memaparkan berita,statistik menunjukkan ,di Malaysia setiap hari, terdapat 5 0rang terlibat menjadi pendadah baru.Ini bermakna setiap bulan akan bertambah 150 orang dan saban tahun akan bertambah kira-kira 1600 orang. Para pendadah dan sikap serta sifat ketagihannya tidak lagi mengenal segala hukum,peraturan .Malah hubungan anak dengan ibu bapa juga seolah tidak bermakna lagi, yang ada hanyalah hubungan berbentuk "selagi ada kesempatan".
Selagi ada kesempatan ini termasuklah menipu,mencuri,menyamun dan sehingga sampai hilang pertimbangan dan akal sampai sangup membunuh ibu,bapa atau nenek sendiri. Bagi para pendadah langsong tidak ada simpati.Kehidupan bagi mereka hanyalah semata-mata untuk melayani kehendak perasaan yang hanya dapat diobati oleh dadah.

Pernah satu ketika saya cuba membina simpati terhadap nasif mereka yang terperangkat atau jerjerat dengan najis keji dadah,tetapi setelah saya cuba dekati mereka,saya dadapi mereka itu penuh dengan kepuraan,putar belit,tidak punya perasaan,tidak menggasihani dirinya sendiri,pencuri,penipu,pura-pura dan setiap masa yang ada dalam fikiran mereka hanyalah dua perkara sahaja iaitu pertama bagaimana untuk mendapatkan dadah dan, kedua, bagaimana pula untuk mendapatkan duit bagi membeli dadah. Yang menjadi kerungsingan masyarakat bukan sahaja pengelibatan mereka kepada dadah, tetapi tidak kurang besar masalah yang dihadapi oleh maskarakat ialah bagaimana pendadah untuk mendapatkan duit.

Fenomena para pendadah untuk mendapatkan duit inilah yang paling rumit untuk diatasi. Kerana para pendadah yang cuba untuk mendapatkan duit itu mereka sangup menipu,mencuri,merompak,membunuh dan sebagainya. Pemerhatian seimbas lalu pengkaji mendapati kemiskinan masyarakat dinegara ini ada kaitannya dengan perangai mendadah.

Bagi para pendadah dan keluarga pendadah ,kemiskinan boleh melanda mereka secara langsong, kerana belanja untuk mendadah adalah sangat besar dan saban hari belanja tersebut semakin meningkat tinggi. Bagi masyarakat yang didalammya ada para pendadah,harta benda mereka senentiasa terancam. Contohnya bagi masyarakat tani,getah keping dan getah buku tidak boleh leka ada sahaja kutu yang mengangkutnya.Pisang, keladi,ubi kayu,nenas,kelidik,jagong,semuanya boleh berjalan sendiri. maseh potik sudah hilang, peliknya kalau para petani menjual pisang tanduk misalnya,ada sahaja komplek dari para pemborong atau pembeli dengan bibilan,pisang muda,pisang kacil,pisang tak cukup jaga dan tak cukup bajalah, sehingga tak sangup rasanya telingga mendengarnya.Tetapi peliknya pisang muda yang tak sampai hati rasanya untuk ditebang kerana maseh muda dan masih kecil telah diambil orang kebanyakan mereka itu "perbuatan pendadah" laku pula,diterima dengan sungguh-sungguh.
Mengapa boleh jadi demikian,adakah mereka berasa simpati terhadap manusia jenis itu yang mereka anggap sebagai perlu membantu orang sakit. Bagi saya pendadah bukan orang sakit, sebaliknya mereka adalah menjadi penyakit barah dalam masyarakat. Jika kesedaran ini wujud dalam masyarakat barulah masyarakat dikatakan membantu mereka untuk menjadi ahli masyarakat yang baik dan bukan generasi pelik.

Pengalaman saya mengusahakan tanaman pokok pisang tanduk seluas lima ekar,saya hanya merasa tidak sampai 10 tandan . Saya pelik, kerana pisang tersebut berjalan sewaktu subuh,waktu magrib itu sewaktu orang sedang menghadap Allah subanawatallah. Inilah nasib orang bandar yang cuba mengalih angin kedesa untuk bertani bagi mengubati sakit kencing manis dan darah tinggi.Penyakit didak hilang darah tinggi semakin galak mendatang.
Tentang "doktor persendirian" ini, entah bila dan sampai kapan untuk kita semua mampu menanganinya. Saya percaya ramai orang tidak simpati kepada para pesakit ini . Yangsimpati hanya lah golongan mereka yang mengambil kesempatan sama ada para penjual dadah dan para pembeli barangan dan perkhidamatan yang dilakukan oleh pendadah. Semimangnya maseh ada yang simpati terhadap mereka itu, kebanyakamnya hanyalah terdiri dari ibu dan bapa mereka. Mana ibu dan bapa yang tidak sayang anak. Tetapi menyangi anak dengan cara sedemikian itu hanyalah seperti mencurah racun dalam kehidupan anak sendiri. Wassalah.