Sabtu, 4 Mei 2013
Catatan Melancong Keutara.
Jumaat, 3 Mei 2013
apabila saya dapat bil bulan Desimber, 2010 pada bulan Jenuari ,2011,Celcom telah mengenakan bayaran yang tidak pernah digunakan. Setelah saya membuat pangilaan 1111 semula ,pegawai celcom telah meminta saya tunggu bil simakan baru,Sebagai individu yang sudah bersara yang biasanya sangat berhati-hati dalam urusan berbelanja,kini tertekan dengan masalah beban bayaran bil telefon ang jika tidak diberi descound jumlah nya melebihi RM 2000.
Bulatkan tekad untuk undi BN
Selain dari itu pengalaman saya bekerja dan belajar untuk menempuh hidup seperti menjadi polis hutan, bekerja mengejar komunis yang zalim,menjaga pelarian Vietnam pada tahun 1975 di Pulau Bidong, ketegangan kesan pilihan raya di Kelantan begitu juga di Sabah kesan dari pilihan raya, dan di Sarawak semasa berhadapan dengan penganas Parako (parti komunis Kalimantan Utara) .Saya juga telah melihat bagaimana perkembangan pembangunan terpapar berjalan dengan begitu perkasa. Dalam segala, bidang negara kita telah mengatasi semua negara sedang membangun malah telah menyaingi negara maju. Oleh itu apa lagi yang kita mahu?
DARI ITU SAYA DENGAN JUJUR DAN PENUH BERTANGGUNG JAWAB MENGAJAK SEMUA SAUDARA SAUDARI BANGUN ESOK HARI PERGI CEPAT-CEPAT TETAPI PENUH BERHATI-HATI JAGA KESELAMATAN KELUAR MENGUNDI DAN UNDILAH BN, yang telah banyak berbakti dalam berbagai hal seperti pembangunan ekonomi,spiritual,agama,politik,sosial dan sebagainya.
Sekali lagi dilaungkan UNDILAH BN.
Sabtu, 24 September 2011
Mengidentifikasikan Etnik Sabah dan Sarawak
Soalan:
Saya ingin bertanya mengenai status Melayu dalam perlembagaan untuk orang Sabah dan Sarawak...Daripada apa yang saya faham mereka dipanggil anak negeri dan ini hanyalah utk mereka yg tidak beragama islam bukan? Dan yang beragama islam dipanggil melayu kan? saya rasa ini salah satu persoalan yg besar..harap prof boleh menjawab persoalan ini
Danial
Jawapan:
Mahkamah anak negeri adalah mahkamah yang membicarakan kes-kes mengenai adat istiadat dan kebiasaan bagi masyarakat pribumi Sabah. Biasanya ia membicarakan kes-kes kecil dan tiada kaitan dengan jenayah. Bagi Sabah, orang melayu dianggap sebagai suatu etnik tersendiri berbeza dengan etnik-etnik yang lain seperti etnik Kadazan, Murut, Bajau manakala masyarakat melayu itu dibahagikan kepada beberapa kelompok yang terdiri daripada melayu Brunei, Melayu Sabah dan kadangkala bajau juga dipanggil sebagai Melayu. Bajau terdapat beberapa lagi pecahan puak-puaknya. Sebagaimana kumpulan Kadazan berbeza dengan kumpulan dusun, dimana kadazan biasanya tinggal dibandar manakala dusun tinggal di desa. Kadazan biasanya beragama kristian manakala dusun beragama Islam. Bagi masyarakat melayu termasuklah Melayu Sabah, Melayu Sarawak dan Melayu Brunei adalah beragama Islam namun demikian orang-orang Melanau di Sarawak sebahagiannya beragama Islam dan sebahagian yang lain beragama Kristian. Kerana perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tinggi negara yang menyatakan mana-mana orang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu, mereka akan ditakrif sebagai Melayu manakala mereka yang tidak beragama Islam akan ditakrif sebagai pribumi di Sabah dan Sarawak, dan orang asli di Malaysia. Untuk pengertahuan umum definisi sesuatu etnik, atau kumpulan, atau kaum perlu difahami melalui sesuatu kelompok itu mengidentitikan kelompoknya persamaan dengan apa orang lain memanggil dan mengidentitikan kelompok tertentu. Sebagai contoh, sekiranya ahli kelompoknya menyatakan kelompoknya Melayu dan orang lain juga memanggil kelompok tersebut sebagai Melayu maka Melayu lah mereka. Sekiranya ahli kelompoknya menyatakan kelompoknya Kadazan dan orang lain juga memanggil kelompok tersebut sebagai Kadazan dan bukan Dusun maka Kadazan lah mereka. Jadi Melayu dan bukan Melayu dari penduduk asal negeri tersebut dipanggil juga sebagai bumiputera atau pribumi Sabah. Kelainan, perbezaan dan kepelbagaian yang wujud yang member jenama-jenama etnik tertentu sehingga ia kekal hingga ke hari ini adalah angkara pemerintahan James Brooks yang cuba berkuasa di Borneo Utara dengna cara mengamalkan dasar pecah dan perintah setelah merdeka dengan adanya matlamat dan cita-cita untuk mewujudkan satu Malaysia dan usaha untuk mengelompokkan penyatuan pribumi dengan menghilangkan identiti tertentu pada surat kelahiran atau kad pengenalan. Tentulah perbezaan etnik-etnik tersebut semakin berkurangan.
Sebarang soalan boleh diajukan di alamat email saya morsinparman@gmail.com
Rabu, 31 Ogos 2011
Mat Sabu "Interlekdungu"
Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan sehingga beberapa tahun kebelakangan ini, masyarakat dan rakyat Malaysia sudah memiliki dan memahami nilai benar tentang pejuang kemerdekaan. Cuma semenjak beberapa ketika ini sahaja ada orang telah keliru dan telah mengelirukan orang lain pula. Peliknya mereka yang terkeliru mudah pula dapat mengelirukan orang lain. Walaupun mereka itu individu yang langsung tidak berwibawa dan tidak berautoriti untuk mentarif pejuang kemerdekaan. Kalau begini mudahnya masyarakat Malaysia dapat diperdaya oleh orang dungu apa akan jadi dengan nasib masa depan negara ini. Jika ditenung dan diteliti begini mudah dapat dikelirukan, ini bererti masyarakat Malaysia sekarang langsung tidak memiliki pelapis bagi mengenal pasti sama ada sesuatu berita palsu atau benar, atau dengan kata lain tidak memiliki sifat logikal. Ini amat perlu ditakuti.
Ketakutan ini timbul kerana kajian oleh individu dungu dalam sekelip mata telah diterima sebagai satu fakta yang dianggap benar. Mudahnya keadaan ini boleh berlaku dan yang peliknya mereka yang percaya termasuklah yang berkerjaya sebagai guru.Individu tersebut bukan sahaja percaya ucapan Mat Sabu sepenuhnya benar, sebaliknya mereka langsung tidak percaya kepada berita, surat khabar arus perdana yang dikatakan penipu dan hanya surat khabar nyamuk sahaja yang dianggap benar. Ini merupakan satu kelompok masyarakat degil dan gila.
Perjuang kemerdekaan mengikut sejarah dan fakta kajian terdahulu dibuat oleh orang yang pakar, intelektual,proposional,bertanggungjawab dan berwibawa malangnya dianggap sebagai salah dan hujah yang dibuat oleh individu yang dibuat secara sambil lalu dipercayaai lebih berwibawa. Apa sudah jadi dengan masayarakat sekarang?!!
Menyentuh perihal ketua "Interlekdungu", yang cuba menonjol diri sebagai hero, telah cuba menterbalik sejarah dan nilai sejarah negara, dengan menjadikan komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Ini adalah satu analisa sesat, tidak memiliki sikap interlektual yang ada hanyalah berfikiran secara dangkal. Bagi Mat Sabu orang yang berjuang menentang Inggeris boleh digelar Pejuang Kemerdekaan dan orang yang bekerja atau pernah bekerja dengan Inggeris tidak berhak digelar pejuang. Kalau "interlakdungu" ini terfikir yang belajar Inggeris dan tulisan Rumi juga mungkin tidak boleh digelar pejuang kemerdekan. Nampaknya "Interlekdungu" tidak mampu menganalisa fakta sebenar sebab buta sejarah dan tidak mengetahui nilai perjuangan. Yang dimiliki hanyalah bersuara, nafsu dan bertembolok besar.
Dalam warkah ringkas ini, saya ingin memberitahu nilai pejuang kemerdekaan bagi negara Malaysia terasnya adalah seperti berikut:-
1. Pejuang kemerdekaan ialah berjuang yang tidak menolak agama dan menerima Agama Islam sebagai agama rasmi. Ini berbeza dengan komunis yang menganggap agama sebagai candu. Komunis anti agama dan anti tuhan.
2. Pejuang kemerdekaan mestilah mengakui tentang adanya tuhan bagi agama-agama lain dan Allah bagi agama Islam.
3. Mengakui bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi negara ini dan agama Islam sebagai agama rasmi ,dan agama lain boleh dipraktikan di negara ini.
4. Mengakui adanya raja berperlembagaan. Komunis menolak Raja, kerana mereka mahu jadi pemerintah yang tertinggi.
5. Mengakui, taat dan patuh kepada undang-undang negara. Komunis memulakan revolusi dengan turun tunjuk perasaan jalanan sebagaimana dilakukan Oleh Mau Tze Tong dalam Long March.
Sekurang-kurangnya ciri-ciri diatas ini boleh dijadikan ukuran bagi menentukan seseorang itu atau organisasi itu boleh digelar pejuang kemerdekaan. Pejuang kemerdekaan bukanlah sesiapa sahaja yang menentang British sebagaimana yang ditakrifkan oleh Mat Sabu. Adakah Jepun yang berjuang menentang British sebagai pejuang kemerdekaan? Sudah tentu tidak. Perjuangan Jepun menentang Inggeris adalah berjuang untuk mengambil alih dan menjajah negara ini dari Inggeris.
Sekiranya Jepun menentang British dinegara ini diiktiraf sebagai penjajah, dan bukan pejuang kemerdekaan, apa bezanya dengan penentangan komunis terhadap British? Mereka menentang Inggeris semata-mata adalah untuk melebarluaskan pengaruh dan penjajahan komunis dinegara ini, oleh sebab ideologi komunis tumbuh, berkembang dan bertapak menjadi pemerintah negara Republik Komunis China. Maka perjuangan Komunis menentang Inggeris di Malaysia bolehlah disamakan dengan untuk menjadikan Malaysia tanah jajahan komunis dan bukan untuk memerdekakan negara ini dari penjajah Inggeris. Justeru Komunis bukanlah pejuang kemerdekaan sebagaimana dakwaan Mat Sabu. Kalau ada orang Melayu yang berjuang mengikut komunis, mereka itulah orang yang yang menolak agama dan tidak mempercayai Tuhan (Allah). Sebab itu Rashid Maidin, Samsiah Fakih dan Chin Peng, telah berselindung ke negeri China sewaktu ditentang oleh polis dan askar di hutan belantara dan di sepadan Siam.
Perbuatan Mat Sabu ini telah memalukan anak-anak dan keturunannya serta keluarga. Mat Sabu telah menjatuhkan nilai keintelektualan pemimpin PAS dahulu yang faham tentang erti dan nilai perjuangan kererdekaan. Mat Sabu menconteng dakwat kekal bukan diibu jari sewaktu mengundi, tetapi menyapu dakwat kekal dimuka setiap ahli Pas. Inikah kualiti pemimpin PAS
yang ingin mengambil alih pemerintahan negara ini selepas PRU-13. Ingatlah rakyat malaysia kumpulan ini telah banyak kali memperdaya, ingat jangan kita terus diperdaya.
Rabu, 30 Mac 2011
Kaedah Memperkasa Sekolah Kebangsaan

Penjajahan Inggeris, meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap pelbagai sistem terutamanya yang paling sulit untuk diselesaikan ialah peninggalan sistem pendidikan yang berlainan aliran bahasa penghantar. Walaupun ada cita-cita untuk mengembangkan sekolah Kebangsaan untuk dijadikan sekolah yang boleh diterima sebagai sekolah aliran perdana. Namun setelah negara mencapai 54 tahun merdeka cita-cita tersebut hanya tinggal pada kerangka pemikiran sahaja. Saban hari sekolah aliran Kebangsaan mencapai kemajuan dari sudut pencapaian akademiknya, namun dari sudut penglibatan masyarakat etnik lain seperti etnik Cina, India dan malahan Melayu sendiri semakin berkurangan.
Pelajar Cina, Melayu dan India di Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan Cina semakin bertambah kehadirannya ,sebaliknya pelajar Cina dan India disekolah rendah kebangsaan semakin merosot. Persoalannya bagaimana perkara sedemikian boleh berlaku dan bagaimana cara untuk mengatasinya?
Persoalan pertama mungkin dapat dijawab ,kerana sekolah aliran Cina dan Tamil mendapat PELAJARAN DAN NILAI EKONOMI YANG LEBIH BANYAK BERBANDING DENGAN SEKOLAH KEBANGSAAN . Disekolah aliran Kebangsaan , mata pelajaran bahasa hanya menyediakan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja, tetapi disekolah aliran Cina dan Tamil, disediakan mata pelajaran Bahasa Cina atau Tamil.Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sudah tentu dari segi keperluan ilmu pengetahuan dan keperluan berbahasa yang kemudian jika dikaitkan dengan keperluan ekonomi, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah mendapat lebih berbanding sekolah aliran kebangsaan. Sebab itu setelah sekian lama berkempen ,berusaha bertungkus lumus, hasilnya semakin menurun kerana sekolah kebangsaan sangat jelas dan terlalu besar kerugian yang dikecapinya. Hasilnya pelajar Melayu telah kerugian dan kekurangan yang kemudiannya dituduh lemah dan bodoh akibat sistem yang tidak adil serta diskriminasi terhadap sistem itu sendiri.
Menyedari hakikat ini dicadangkan agar sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan, wajib disediakan dan diajar bahasa-bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Arab, Perancis dan bahasa-bahasa besar dunia, agar sekolah kebangsaan itu sendiri tersedia dengan kelebihan subjek bahasa dan diajar oleh mereka yang pakar atau berkemahiran tinggi tentang bahasa, kalau boleh kaedah pengajaran dan pembelajaran disedikaedah yang terkini dan termoden.
Disekolah kebangsaan juga perlu disediakan aktiviti atau kurikulum tambahan seperti menyediakan kelas muzik, judo, karate, kemahiran fotografi, dan menyediakan ruang untuk melantik kemahiran animasi dan motivasi serta kreativiti yang tinggi. Berusahalah menggangkat darjat sekolah Rendah Kebangsaan ke persada angkasa dan antarabangsa.

Sekiranya ini dapat dilakukan sekolah kebangsaan akan menjadi rebutan para ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah Kebangsaan ,kerana sekolah Kebangsaan telah menjadi sekolah aliran perdana yang sebenarnya. Kesannya murid-murid atau rakyat masaysia telah mnula berinteriaksi antara satu dengan lain dan semakin hari semakin bertambah, nahtijahnya masalah integarasi nasional dapat diselesaikan dengan sendirinya. Wassalam
Khamis, 13 Januari 2011
Dapat Anugerah Keluarga Bahagia dan Keluarga Mithali
Untuk makluman tuan-tuan semua, sebagaimana yang terpapar dibanyak surat khabar, keluarga saya telah dikurnia oleh kerajaan negeri Johor dengan anugerah Keluarga Bahagia Negeri Johor pada 20hb. November 2010 yang lalu. Saya sebagai ketua keluarga yang sedikit sebanyak menerima tempias anugerah tersebut, disini dengan rendah diri mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang terlibat memilih keluarga saya sebagai juara keluarga bahagia seluruh negeri Johor. Kepada Isteriku, anak-anak, anak-anak menantu semua, saya ucapkan terima kasih diatas kerjasama menjaga nama baik keluarga dan kepada kerajaan Johor terutama YAB Dato'Menteri Besar Johor saya ucapkan terima kasih dan tabik berbanyak.

UTUSAN MALAYSIA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm
THE STAR
http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=/2010/11/21/nation/7473222
NEW STRAITS TIMES
http://www.nst.com.my/nst/articles/2902jbgani/Article/
Rabu, 12 Januari 2011
Pakatan, kemana kau hendak bawa kami pergi ?
Bagi masyarakat mereka berharap, sepatutnya bagi sebuah parti dan gabungan parti yang ingin memerintah seharusnya berusaha untuk membantu membangunkan negara, membina masyarakat, menunjuk tauladan baik kepada masyarakat dengan menguna pakai nilai-nilai baik, murni dan suci. Mereka perlu menjauhi sikap memporak-perandakan masyarakat, menanam nilai buruk, menyemai sikap prejudis, tidak dapat memandang sesuatu yang baik yang berada diluar lingkungannya dan hanya mempercayai bahawa sikap baik dan terpuji hanya terpusat pada dirinya sahaja. Sikap sedemikian pernah berlaku pada perilaku Abu Jahal yang dajal, sehingga melihat nabi yang penuh dengan kebaikkan pun dilihatnya sebagai seburuk-seburuknya.
Kini sikap tersebut bukan sahaja terdapat pada pemimpin besar mereka, tetapi kini telah menular kepada orang bawahannya. Mereka langsung tidak mengenal dan seolah-olah tidak berpengetahuan bahawa raja dan institusi raja itu adalah sebahagian dari asas masyarakat Melayu, tanpanya ungkapan penglima, bendarara, temenggong, pahlawan, bahasa, bangsa dan Agama Islam tidak tersebar sedemikian rupa di negara ini, bahkan mungkin masyarakat Islam di Malaysia sama seperti masyarakat Melayu di Filipina, di Selatan Siam, di Indonesia, di Myanmar atau sama dengan yang terdapat di Surinam atau dibanyak tempat lagi didunia ini.
Lihatlah bagaimana raja dan institusi raja yang sangat berjasa kepada bangsa dan agama, cuba diroboh, hancur laksana seperti menghempas kaca ke batu. Sudah cukup kuatkah mereka untuk mengalas dan mengambil-ganti peranan dan fungsi raja dan institusi raja. Benarkah mereka sudah cukup berkemampuan untuk MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB RAJA. Saya sangat khuatir KERANA nampaknya mereka hanya beraja dimata dan bersultan dihati. Fikir-fikirkanlah. Wasalam.
Sabtu, 27 November 2010
Wan Azizah; terkenang dan menyebut senada burung kakak tua.
HANCUR,PUNAHLAH KESELURUHANNYA.WAN AZIZAH OH WAN AZIZAH
Sabtu, 28 Ogos 2010
Pakatan memperdaya Melayu kini sampai kehujung jalan
Kalau hapusnya Dinasour dengan berlakunya big Bang,Hapunnya bangsa-bangsa lain didunia kini kerana kemelut ahli,rakyat dan memimpinnya, tetapi saya lihat hapusnya Bangsa Melayu yang usianya maseh muda,mungkin akan terhapus disebabkan oleh kesan proses persepakatan antara PAS
mengapa saya perkatakan sedemikian .Kerana pakatan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tidak terduga oleh orang yang tumpul akalnya , kerana setuasi ini dirangka oleh idea orang lain yang tajam dan panjang akalnya.Keadaannya sangat kabur dan sangat sukar untuk dilihat dan difahami oleh orang yang berakal biasa.
Mengapa saya perkatakan sedemikian?.
DAP , adalah satu parti yang ditubuhkan oleh satu kelumpok bangsa yang berjuang untuk menegakkan bangsanya,memandang rendah kepada bangsa lain dan tidak ada rasa kasihan dengan nasif budaya kelompok minoriti sewaktu mereka berkuasa. Contohnya PAP di Singapura.
ke-2,PKR, adalah parti keadilan yang bergabong dengan PSRM, yang kekal membawa ideologi sosialis.Ketua mereka maseh kekal dan berjuang secara berterusan sehingga kehari ini. Golongan ini sangat komited dengan perjuangan asal mereka dengan cogan kata undut setapak untuk mara seterusnya. Masa golongan ini berundur kita fahami mereka sudah hilang, tetapi sebenarnya ia hanya melakukan tektik bersembunyi nuntuk muncul dengan wajah lain tetapi perjuangannya lebih ageresif.
Kumpulan ke 3. PAS, atu kumpulsan pejuang agama untuk medirikan negara Islam yang agak sudah lama.Di Malaysia,kumpulan ini hanya menang dibeberapa tempat sahaja seperti dikelantan. Dinegara lain perjuangan golongan agama seperti PAS ini, sudah mula mambuahkan hasil untuk mengejar kuasa sebagai pemerintah. Misalnya diturki,Libya, di Somalia,dan banyak lagi.Kumpulan Agama dinegara lain,mereka berjuang secara bersendirian melalui parti agamanya, atau mereka bergabong dengan parti-parti politik aliran agama sederhana.
Tetapi diMalaysia keadaannya sangat berlainan sekali.Gabongan PAS
Asasnya . DAP kelihatan pada masa ini amat cenderong untuk meminggirkan Melayu dan sewaktu waktu yang sesuai akam melupuskan Melayu dengan cara mengagongkan Cina.
PKR, parti sosialis, semimangnya sangat tidak gemar kepada Islam, golongan ini Menyerang Islam,membenci Islam dan hukum Islam dengan menyerang Islam dengan menggunakan swelogan kebibasan,humanisma.Telah banyak golongan ini mempersenda Islam, tetapi mereka mengunakan lebal lain.Ini menjadikan masyarakat terpesona dan terpedaya. Sering kali mereka melakukan perbuatan limpar batu sembunyi tangan.Perbuatan buruk yang mereka lakukan orang lain yang menjadi mangsa.
Kalau PAS ingin melaksanakan dasar Islam dan Menjadikan negara ini sebuah negara Islam, itu tidak mungkin berlaku, kerana mereka tidak ada kumpulann sokongan . Malah yang ada ialah kumpulan penentang yang terdiri dari DAP dan PKR.
Disebabkan PAS tidak Membila Melayu, menakala DAP tidak senang dengan Kewujudan Melayu, maka Melayu juga akan Hilang.Inilah kesan Big bang terhadap melayu.
Bagi PKR ,ia telah berjaya kerana sistem yang ada dianggap sebagai tradisional,dia turut cuba menombangkan Melayu dan Menghapuskan Islam.
Sebab itu kita tidak pelik di Pulau Pinang, apabila Melayu Terancam Islam pula telah cuba di perdaya dengan berdoa untuk ketua Menteri dalam kotbah jumaat dan di Selangor Imam Wanita DAP berkotbah di surau kajang sentral. Percayalah, ini bukan kali teralhir, mereka akan terus lakukan sehingga kita didak lagi mampu menegor sehingga tidak lagi mahu ambil peduli.
Dengan itu suburlah ideologi,semakin bersemangatlah mereka, terpedayalah bagi mereka yang tidak sedar sehingga kehari dan masa ini. Allah waalam
.
Rabu, 7 Julai 2010
Jangan Layan Tuntutan 1 Billion Chua Soi Lek
Harus difaham daripada peruntukan 3.6 billion adalah untuk sekolah kebangsaan yang bercita-cita untuk mewujudkan 1 Malaysia dengan menekankan kepada persamaan nilai kurikulum dan kokurikulum, politik dan sosial dalam silibus dan pembelajarannya bagi membentuk satu bangsa Malaysia. Ina amat berpatutan sebaliknya peruntukan 1 billion oleh Chua Soi Lek bagi sekolah jenis kebangsaan Cina adalah sagant tidak munasabah kerana tuntutan untk memajukan Sekolah Cina adalah hanya untuk memperkukuh, bahasa, budaya dan politik cina dan jauh sekali untuk memupuk mewujudkan satu bangsa Malaysia.
Yang jelas akhir-akhir ini banyak untuk perpecahan dan bukan untuk perpaduan. Justeru itu, didesak kepada permohonan Chua Soi Lek jangan diambil pusing.
Sabtu, 19 Jun 2010
Demokerasi memerlukan nilai dan Pahaman Mendalam
Harapan kita jangan hanya golongsn individu kerdil yang tidak atau kurang berkuasa sahaja yang terkena bencana musibah kewarasan mereka, menakala golongan superior senentiasa terlepas tindakan akibat keseronokan dan kesenangan mereka.Wassalam
Rabu, 16 Jun 2010
Meneyelamatkan Melayu Selari Kehendak Allah
Dalam berbicara tentang semua hal diatas,ramai rakan-rakan Melayu yang tinggal di bandar ,berbicara tentang kepimpinan politik secara umum, namun akhirnya mereka tidak dapat menyembunyikan perasaan mereka tentang sokongan atau tentangan mereka kepada sesuatu parti politik tertentu.Setengah mereka cuba berhujah tetapi terikat kepada pengaruh indukternasi dari parti politik tertentu dengan mengenepikan segala bentuk yang berbau lawan walaupun lawannya itu benar.Mereka bukan lagi menyedari diri mereka sebagai rakyat yang bertugas mengadili tindakan dan perlakuan pemerintah atau pembangkang, tetapi sebaliknya mereka telah terperangkap dalam kesedaran pemikiran wakil rakyat pemerintah atau pembangkang masyarakat Dunia ketiga.
Bagi masyarakat Melayu, luar bangar,pemikiran mereka lebih logik,mereka terus menuntut tentang apa yang mereka tidak perolehi ,mengikut perkembqngan semasa seperti menuntut geran tanah yang belum diperolehi,dewan untuk beriadah,masjid dan surau yang lebih baik sekolah dan sekolah agama yang lebih lengkap dan sempurna, api,jalan dan air yang lebih bersih dan lain-lain. Kemanysakan mereka amat berterima kaseh jika permintaan mereka dipenuhi dan jelas mereka akan membalasnya dalam bentuk sokongan.
Bagi masyarakat India, mereka sebenarnya mengakui hakikatnya kehidupan mereka sekarng labih baik dari dahulu. Alasan merek ,sekarang semua anak-anak boleh bersekolah dan belajar jika mereka mahu.Banyak dari mereka telah ada rumah sendiri dahulu mereka menumpang diestet-estet.Mereka telah ada kemahiran baru berbanding dahulu yang kebanyakannya hanya bergantung kepada kemahiran menoreh getah diestste.Ramai dari mereka telah berkelulusan tinggi dan mendapat pekerjaan yang lebih baik.Kalau dahulu mereka menoreh getah,kini ramai dari mereka yang bekerja memandu kenderaan berat seperti kontina,JCB,Sawer dan lain-lain.Pekerjaan sedemikian upahnya lumaian.Kerja sedemikian sudah boleh dimasukkan dalam golongan separuh proposional kalau tidak proposional penuh.Cuma yang perlu ditambah kepada golongan ini ialah tentang kaedah cara berfikir yang menyangkut tentang mengatur perbelanjaan,menabung,mengurus rumah tangga,mengurus pelaburan dan meningkatkan kaedah pembenaan hububgan yang berkesan serta dididik dan diterap dengan nilkai-nilai yang murni.
Bagi masyarakat tani Cina mereka bersedia untuk mengurus apa sahaja kerja yang diberikan kepada mereka.Tugas mereka ialah mencari dan menyediakan para pekerja dan modal untuk melakukan kerja yang perlu dilakukan.Bagi golongan peniaga yang berpendapatan yang lebih baik,acap kali mereka meluahkan rasa tidak puas hati.Mereka tidak puas hati dalam segala hal,dan ketidak puashaitan mereka itu ditujukan kepada orang Melayu ,kerajaan Melayu,kuasa dan kepimpinan Melayu.
Mereka tidak puas hati dalam serba serbi termasuklah hal biasiswa,asrama,sekolah,kemasukan keuniversiti,bekerja dengan kerajaan,kontrektor Melayu,sampai kepada meimpin dan kemajuan Melayu dinaggap sebagai hasil pemberian percuma oleh golongan Melayu kepada orang Melayu.
Mereka melihat apa sahaja yang berbau Melayu , nampak lemah. ukuran dan perbandingan mereka ialah pencapaian dan kamajuan Singapura sebagai kayu ukur.Jauh dilubuk hati mereka jika dapat saya selami ialah ,jika ada rasuah,puncanya adalah Melayu,jika gagal.menyeliwing,korupsi,lambat diselesaikan,berlaku banjir dan sebagainya semua perancangan dan kegagalan perlaksanaan adalah berpusat dan berpunca dari Melayu. Kalau begini teruklah bangsa ini.Atau semimangnya cemuhan sedemikian dibuat untuk menentukan anak bangsa Melayu menjadi lemah, yang mana akhirnya anak bangsa ini malu untuk mengaku dirinya bangsa Malayu.
Tetapi perlu diingat bahawa kewujudan Bangsa Mrelayu didunia ini, bukan ketentuan orang Melayu .Kewujudan Bangsa Melayu,bahasa Melayu budaya Melayu sistem,sterukur dan persekitarannya kejadian dan kewujudannya ada atas kehendak dan ketentuan Allah Subanawatallah.Justeru kettentuen Allah Kita perku lakukan dan perjuangkan kerana ia adalah kehendak Allah.
Saya harap cari dan tubuhkanlah sekelumpun intelekrual Melayu Islam yang perahatin sebagai peneraju pejuangan untuk berfikir dan bertindak mengekalkan bangsa ini jika boleh bersuaha untuk memacu memaju bangsa ini dalam semua bidang agar bangsa ini tidak dijadikan sebagai satu bangsa yang menjadi pusat mencipta prajudis negetif.Wassalam
Sabtu, 6 Mac 2010
Tanda Warna Merah dan lambang Tengkorak Mampu Kurangkan Kemalangan J/Raya.
Justru itu sebagai rakyat Malaysia yang kerdil ,ingin mencadangkan kepada pihak-pihak yang terlibat agar melakukan perkara berikut.
Kenal pasti kawasan-kawasan yang kerap berlaku kemalanghan termasuk kemalangan maut dan ditempat-tempat tersebut perlulah dipasang dengan papan tanda berwarna merah berserta dengan gambar simbul tengkorak.
Papan tanda yang berwarna merah berserta dengan gambar tengkorak perlu diletak berdiritan (banyak) dikawasan yang kerap berlaku kemalangan ,keadaan ini akan menjadi lebih mudah untuk para penguna tahu kawasan yang merbahaya terutamanya bagi orang yang datang dari luar.Keadaan ini menjadi orang ramai lebih paham dan kemudiannya tentu mereka akan bertindak lebih berhati-hati.Situasi sedemikian boleh membantu mengurangkan kemalangan.
Dalam proses memasang tanda berwarna merah dan gambar tengkoran,perlu semua masmadia dengan galakan kementerian penerangan mengibah dan memaklumkan simbul dan tanda-tanda baru yangt dipasang dapat difahami secukupnya oleh orang ramai.
Di peringkat sekolah ,guru-guru juga perlu bertindak memaklumkan perkara ini kepada setiap murid , supaya simbul tersebut turut dapat difahami oleh para pelajar. Sekian wasalam
Sabtu, 30 Januari 2010
K es Liwat DSI Anwar Ibrahim Mula Diadili
Sabtu, 23 Januari 2010
Sultan Johor ,Sultan Mahmud Iskandar mangkat
Semuga pemergian beginda penuh dicucuri rahmat oleh Allah dan didoakan agar pemerintah yang menganti beginda dilimpahi oleh Allah kekuatan untuk memerintah bagi menegakkan Agama Islam,bahasa Melayu dan Mangsa Melayu.Semuda beginda menjadi tongak kekuatan bangsa, negeri dan negara Malaysia. Wassalam.
Jumaat, 1 Januari 2010
Sukarnya Menerima Hakikat Harga Gula Naik
Pertama hagra rokok dinaikkan dengan harga manimam Rm 6.50.
Kedua , Harga gula naik RM 0.20 sekilogram.
Kenaikkan kedua jenis barang tersebut mendapat reaksi yang berbeza dari rakyat.Bagi kenaikkan harga maniman rokok , penguna tidak rasa terperanjat dan bermakna boleh menerima dengan penuh kesedaran tentang kesan dan menafaatnya. Tetapi kenaikkan harga gula, kelihatannya mendapat lebih bantahan dan rungutan dari orang ramai. Ini bererti rakyat tidak puas hati terhadap tindakan kenaikkan harga gula. Mereka rata-rata menyalahkan kerajaan kerana kenaikkan harga gula.. Persoalannya mengapa ada kenaikkan yang diterima dan ada kenaikkan yang ditolak. Apakah puncanya ?.
Bagi dindingkaca, jawapannya mungkin disebabkan oleh kempen penerangan. Kempen keburukan kesan mengisap rokok telah meluas, justru itu telah difahami dan dapat diterima.Menakala kesan buruk memakan gula berlebihan belum cukup meluas dan belum difahami dari segi maksud dan tujuan.Lantaran itu ia belum boleh diterima secara menyeluruh oleh masyarakat. Sepatutnya kempen kurangkan gula sepatutnya dilakukan lebih agrasif,lebih lama dan masa yang secukupnya. Sekiranya kempen dirasai sudah berkesan, kenaikkan harga gula bukan sahaja diterima malah ianya sangat DIALU-ALUKAN.
Peliknya apa yang saya dengar, kebenaran kenaikkan harga gula sudah diumumkan, baru diadakan kempen untuk menerangkan kesan buruk gula. Jika cara ini dilakukan kesannya nanti akan wwujud lebih banyak bantahan rakyat, kerana cara ini telah mengujudkan penolakan penerangan kerana sudah tertanam mentol blok, Penerangan untuk melihat dan menerangkan keburukan makan gula berlebihan hanya dianggap sebagai dalih atau alasan untuk membenarkan kenaikkan harga gula . wassalam.
Khamis, 31 Disember 2009
Allah : Konsep,Sebutan,Dailek,Nahu,Ejaan Pemahaman Milik Islam,
Perkataan Allah,God,lord,Tuan Allah,Latok (datok),dan lain-lain biasanya memberi makna dan tangapan yang berbeza. Setiap sebutan tersebut, mempunyai pemahaman dan cara penyembahan yang juga berbeza.Justru itu untuk memahami maksud dan konsep sesuatu sebutan tuhan itu perlulah mentafsirkannya melalui pemahaman, kepercayaan yang tepat menurut agama dan amalan penyembahan para penganutnya.
Contohnya Bagi masyarakat Cina, mereka gunakan panggilan Datok ,latok atau tuan Allah, praktiknya ialah mereka memyembahnya atau bersembahyang dengan kaedah menguna api colok,menghala ke gambar Kong Fau Tze atau menghala keluar rumah atau ke dalam bangunan.
Bagi Sebutan God, biasanyaa mereka bersembahyang digereja, seminggu sekali,dihadapannya terpampang gambar orang disalif (menurut kepercayaan mereka ialah gambar Nabi Esa.Menakala nabi Esa, menurut Islam tidak diperlakukan sedemikian , sebaliknya beginda diangkat kelangit. Sebab itu kristian menyebut God dan Islam menyebut Allah.
Tentunya bagi agama dan penganut agama yang lain , memiliki kaedah dan amalan yang berlainan serta pemahaman yang berbeza.GAMBARAN TUHAN BAGI MEREKA JUGA BERBEZA ada yang melihat kekuatan tuhan dengan menjelemakan gambaran lembaga yang banyak tangan,kekayaan digambarkan dengan perut yang boncit,tuhan Jahat digambarkan dengan wajah yang bengis , tuhan dikatakan berbilang (banyak) lebih dari satu dan sebagainya.
Bagi Allah,dalam Islam memberi makna bahawa tohan itu adalah "sa", tunggal, tidak berbilang,tidak beranak dan tidak diperanakan, kekal,tidak dihidupkan dan tidak dimatikan,tidak boleh disamakan dengan segala bentuk yang baru dan dilarang sama sekali dari disamakan dan digambarkan dengan sebarang benda yang baru dan dijadikan. cara penyembahan terhadap Allah juga amat berlainan dan berbeza dengan apa yang diamalkan oleh pengikut agama lain. Sembahyang menurut sebutan atau konsep Allah itu ialah solat menghadap kiblat,sehari semalah Lima waktu dan kesemuanya TUJUH BELAS REAAT mesti dilakukan dalam keadaan berwuduk serta suci dari sebarang hadas sama ada kecil atau besar.Semasa melakukan solat mesti dalam keadaan menutup aurat.Ini yang basik. Jika dilakukan barulah ianya sah sembahyang dan barulah sah bagi seseorang menyebut dan mempercayaai Allah S.w.t. Jika berlainan, maka amalan dan praktiknya tidak BOLEH DITERIMA sebagai mempercayai dan menghayati Allah. Kalau mereka mempercayai,memperaktik dan menghayati kaedah yang tidak sama dengan konsep yang disebutkan,ia dikatakan sebagai ajaran salah dan menyeliwing.
Bagi orang Islam yang faham dengan Sebutan, kepercayaan,amalan,praktik Allah sebagaimana yang dinyatakan ,mereka akan redza jika dipanggil Penganut Islam(orang Islam) dan biasanya mereka juga akan redza sebagai menganut amalan sesat atau ajaran sesat jika amalan mereka tidak sama atau bertengan dengan pemahaman dan pemikiran Islam yang sebenar.
1.Persaoalanya,Apakan Hakim Lau Bee Lan,sudah pasti bahawa sebutan Allah itu ada persamaan dengan pemahaman dan praktikalnya dengan Sebuitan Allah. Kalau hanya berdasarkan atas nama kebibasan dan menurut perlembagaan, beliau harus menolak tugas penghakiman kerana beliau belum cukup mahir melihat konsep beragama. Sebabnya pengadilan ini adalah pengadilan beragama.
2.Kalau dakwaan hakim ada persamaan, apakan orang kristian itu sangup atau mahu jika mereka dipanggil dengan pangilan penganut agama Islam.
3. Kalau mereka bersetuju dipanggil dengan pangilan Islam, Jika amalannya tidak sama dengan amalan Islam, malah jika ada yang bertentangan dengan Islam terutama sekali dari segi pemahanan mereka tentang sebutan Allah dan amalan mereka terhadap Allah, apakah mereka rela jika dikata sebagai penganut ajaran sesat.
4. Sekarang ini tidak berlaku masalah, kerana mereka menyebut God, yang dirujuk sebagai penganut agama kristian dan bukan menyebuit Allah yang dirujuk kepada beragama Kristian.
4. Jika selama ini mereka menyebut God dan bukan Allah sama ada dalam percakatan atau tulisan, apakah mereka mahu menerima jika ada dikalangan mereka yang kekal menyebut God, menuduh yang menerima Allah dalam agama keristian sebagai telah sesat sesesat dari agamanya.
5. Siapa yang akan bertanggong jawab jika berlaku kesan buruk terhadap keputusan mahkamah ini?. YANG BOLEH MEWUJUDKAN SUASANA TUDUH MENUDUH SESAT DAN MENYESESATKAN
iNDAHNYA JIKA ADA SIMAKAN SEMULA wassalam.
Rabu, 30 Disember 2009
Persatuan Peladang Memerlukan Pemahaman dan Pemikir Berkualiti
1. Peladang perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh para penati.
2. Peladang perlu mengenalpasti masalah dan punca masalah yang dihadapi oleh petani.
3. Peladang mesti bertindak supaya kehadiran dan ketiadaannya sangat-sangat dirasai oleh para petani.
4. Peladang harus mampu menjadin hubungan antara para petani dengan para pegawai kerajaan atau golongan profesional seperti pejawai pertanian ,pegawai haiwan dan lain-lain sama ada untuk menambai ilmu dan pengetahuan para petani atau sekaligus menyelesaikan permasalahan yang selama ini dihadapi oleh petani.
5. Peladang yang bekerjasama dengan penawai profesional harus mampu mengenal pasti masalah dan tolong menghuraikan masalah yang dihadapi oleh para petani.
6. Masalah-masalah asas seperti mangangkut buah kelapa sawit mesti dilakukan dengan secepat yang mungkin kalau boleh jangan sampai menjangkau lebih dari dua hari.
7. Harga buah sawit mestilah setimpal dan sama dengan pembeli yang bwerdekatan dengan rem mereka.
8. Para pegawai harus mampu meramalkan waktu petani perlu guna wang. seperti musim naik sekolah,hari raya,kenduri-kendara. Sediakanlah sedikit wang untuk pinjaman bagi menangani keperluan tersebut apabila diminta,dan aturlah kaedah pembayaran yang munasabah.Jangan tindas mereka,nanti bantuan yang kita berikan bukan dapat balasan terima kaseh tetapi sebaliknya akan dapat cemuhan.
9. Sediakanlah unit khas,untuk memberi perkhidmatan seperti,unit meracun,membaja,memotong buah dan lain-lain yang difikirkan patut dan munasabah,dan sedia bekerja apabila diminta,dengan syartat semuanya itu mesti dilakukan dengan jujur,rapi baik.Ingat petani banyak yang talah tua. Jangan ambil kesempatan untuk mengodan hasil dari kelemahan mereka.
Sematkanlah sikap jujur dan keinginan yang tinggi untuk menolong orang yang lemah, jasa mu tetap dikenang. Kesemuanya itu dapat dicapai dengan hanya disediakan pengawasan yang rapi.kalaum ini dilakukan ia boleh dirasai membantu dan mampu memberi keyakinan baru kepada petani terhadap unit,kawasan dan persatuan atau pertubuhan peladang negeri.
10. Setiap progran lawatan sambil belajar yang dibuat oleh Bord of Diractor,tentukan ianya mesti bermanafaat, hasil dari lawatan sambil belajar, mesti dimaklum,disebar dan ditaklimatkan kepada para PERSERTA. Agar aktiviti tersebut yang dibuat cecara merulang-ulang tidak dianggap sebagai membazir atau memakan dan gunakan wang petani. Walaupun boleh dijawab, wang tersebut hasil dari keuntungan perniagaan,dan kecekapan pengurusan ,tetapi barangan siapa yang diniagaan. Apa yang petani dapat dan apa pula yang bord Diraktor dapat. Ingat... Petani faham dan tahu hal ini. Petani saban waktu membilang-bilang jari ,membandingkan munasabahkan atau setimpal ka wang yang diperolehi hasil dari jualan sawitnya.Wassalam.
Rabu, 9 Disember 2009
Pertahan Hak Melayu, Islam Dan Ketuanan Melayu r
Untuk menjawabnya, dari mana mereka dapat wang dan kekayaan?. Jawabnya tentu dari bumi Melayu ini, dari bumi India atau Cina mereka dapat apa?.
Disini saya ingin menjelaskan keadaan sebenarnya tentang konsep bernagara. Konsep bernegara asasnya ialah setiap rakyat perlu mentaati perlembagaan negara.Kerana kewujudan perlembagaan negara Malaysia adalah hasil persepakatan yang dibuat sebelum negara mencapai kemerdekaan.Sebelum negara ini dijajah, ia 100 peratus milik Melayu dan Agama Islam.Setelah merdeka ia dikembalikan oleh penjajah kepada tuannya seperti mana Negara China dan India yang merdeka.Orang lain selain melayu adalah satu kumpulan yang menumpang kasih dari orang Melayu. Tetapi sekarang ini mereka telah mendapat lebih dari apa yang orang Melayu dapat. Sepatutnya Melayulah yang terus-terusan Mendesak untuk dapat hak mereka dan bukan orang bukan Melayu. Sebagaimana perlembagaan negara lain,sepatutnya golongan ASAL dan mejoriti seharusnya berhak untuk mendapat apa yang sepatutnya dan bukan mereka hilang terhadap apa yang sepatutnya mereka dapat.
Perlembagaan Melaysia dibentuk tepat dengan kehendak masyarakat mejoriti,bangsa yang membuka dan yang menjadi teras negara ini, Raja Melayu adalah institusi politik pertama yang berupaya menubuhkan dan membina pemerintahan dan kerajaan dinegara ini.Institusi raja yang membina kerajaan jugalah yang menerima agama Islam dan dengan penerimaan Islam sebagai kehidupan beragama , maka terbinalah isntitusi raja atau sultan yang membuka negara,memimpin,memerintah dan kemuncaknya menubuhkan kerajaan. Ini bererti ikatan Melayu,Islam,Raja atau sultan yang semimangnya memiliki hak mutlak terhadap,tanah-air dan negara ini.
Hak mutlak ini perlu kekal terus kerana wilayah ini semimangnya hak mereka. Bukti hak mutlah pemerintahan Melayu ialah, wilayah ini dikenali atau dipanggil dengan pangilan Dunia Melayu, Alam Melayu.Kepulauan dan semenanjung Tanah Melayu,Nusantara Melayu,ada bahasa Melayu,tulisan Melayu(jawi),pepatah Melayu,peribahasa Melayu,ungkapan Melayu dan berbagai-bagai lagi tentang melayu yang tumbuh,membesar rindang dan tumbuh subur di benua Melayu.Orang-orang dari India,China,Arab,Inggeris (eropah) semua sebulat suara dan bersetuju mengatakan wilayah ini wilayaah dan milik Melayu. Kalau saya tanya diri ini,dari mana asal-usul keturunan Melayu, saya akan jawab dari sinilah (alam atau dunia Melayu).Tetapi apabila saya tanyakan pada diri orang lain, dari mana datangnya keturunan Cina, tentu semuanya akan menjawab ,mereka datang dari tanah besar China, Kepada orang India jawapannya ialah mereka datang dari benua kecil India.
Dari kajian ringkas saya,raja-raja yang memerintah di India dan China Dahulu bukan orang-orang Asli India atau orang-orang asli china. Yang memerintah di India dan di China ialah bangsa yang datang dari wilayah luar. Orang India sebenar tidak pernah menjadi raja di India dan begitu juga orang China. Orang yang menjadi raja yang memerintah di India ialah orang Moghul, Tartar,Saljuk, Tagaluk,parsi,Rom begitu juga dengan di China yang menjadi Raja dan yang memerintah China ialah orang-orang Han,Ming,Tang,Moghul, Tartar. Kerana orang India dan Cina tidak pernah menjadi raja, maka sebab itu, usaha yang sangat sungguh-sungguh dan berterusan mereka lakukan untuk menumbangkan raja pemerintah mereka.Mereka berjaya melalui revolusi Mau Tze Tong. Sebagaimana sekarang kedua-dua bangsa ini tidak beraja dan mereka senang dengan tidak beraja.KERANA RAJA BUKAN DATANG DARI BANGSANYA.
Bagi orang Melayu, kemuncak tamadua orang Melayu ialah mampu membina institusi raja, dan berkeupayaan memerintah dan membina kerajaan dinegara ini. Ini adalah warisan agong dan terunggul yang bangsa Melayu miliki. Warisan ungul,agong dan ternama ini diperkukuhkan oleh kedatangan agama Islam yang saya anggap menjadi hati,perasaan,pemikiran dan yang menjadi "gam" yang melekat dan melekap kuat sehingga ianya berpadu, sebati menjadi satu. Situasi melekap,melekat,berpadu menjadi satu itu perlu diketahui dan difahami oleh orang bukan Melayu. Pemahaman sedemikian penting kepada orang bukan Melayu, kerana ia menunjukkan tanda kesyukuran.Keadaan sedemikian sangat difahami oleh penduduk yang yang dikatakan lebih awal iaitu orang-orang Melayu Asli.
Memandangkan mereka tidak mempu membina institusi raja atau kesultanan di negara ini , mereka dengan senang hati menerima orang-orang Melayu sebagai pemerintah dan mentaati pemerintah,peraturan dan undang-undang. Mereka ini tidak pernah tamahk, mereka hidup bermaruah, dan senentiasa berterima kasih.
Diharap dengan penerangan ingkas ini, orang-orang perlu paham konsep tolak angsor yang sebenarnya. Jangan hanya melayan kehendak hati dan nafsu rakus mereka. Kalau terusan meminta Cina dan India disanjong atau mendapat segala apa yang diminta, cubalah minta dari negara datok nenek sendiri. Biasanya datok nenek, amatpemurah, itu pun kalau mereka boleh beri. Wassalam
,