Memaparkan catatan dengan label IKTIBAR pengajaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IKTIBAR pengajaran. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Mei 2013

Catatan Melancong Keutara.


Pada hujung bulan Mac dan awal bulan April, saya bersama isteri telah pergi ke utara semenanjung. Masa lapang ini saya sediakan untuk melawat-lawat dan berziarah sanak saudara dan sahabat handai. Saya melihat banyak perubahan dan pembangunan terutamanya di pulau pelancongan Langkawi, pengunjungnya sangat ramai terutama sewaktu pameran LIMA. Kedai beli belah penuh sesak, terutama dikedai HIG (Haji Ismail Group) Dahulu kedainya hanya sebaris, tetapi kini sudah ada komplek HIG. Saya gembira,saya banga dan saya rasa bahagia kerana ia milik orang Melayu Islam. 

Malamnya saya selepas sembahyang Isyak bertemu dengan rakan abang saya yang tinggal di Langkawi. Pertemuan itu pada mulanya untuk berkenalan,berbual-bual dan bersantai-santai sahaja. Ini kerana diantara saya dan dia tidak pernah berjumpa dan belum berkenalan antara satu dengan yang lainnya. Awalnya pertemuan itu dimulainya dengan berjabat tangan serentak diringi dengan ucapan salam. Mekar dihati saya  mengharapkan pertemuan itu akan melakar sejarah persuhabatan baru. Malang ianya berlaku sebaliknya.
pertemuan itu yang bermula jam 9.10 malam didahulukan dengan hujah berapi-api dengan mengatakan Mahadir Firaun,Syed Mokhtar jahanam, kerana merampas kekayaan Kuok Brother,Tan Sri Azman Hasim dan Ahmad Tajudin penjahanam .Mereka dikatakan telah merampas tanah-tanah Melayu di Langkawi dan menghalang orang kampung dan nelayan untuk guna sungai bagi keluar kelaut menangkap ikan.

Hujahnya terus menerus memanjang dan melibar dengan mengatakan Dato Anwar Ibrahim sebagai pejuang Islam tulen dan lambang keagungan Islam, ini bersesuaian dengan sambutan yang cukup hebat semasa berucap di padang awam di Langkawi. Dikatakan bahawa Mat Sabu,pejuang  dan pemimpin yang bijaksana sesuai dengan ucapan yang dikatakannya “ Aku tidak rela makan Ayam bersama Najib, tetapi aku rela makan babi bersama Guan Eng.” Ini lah tangga kebijaksanaan dan keberaniannya. Dia puji tindakan ahli-ahli Pas  Yang berguling-guling menghalang Raja muda Perak untuk pergi ke Masjid Undibiah,ia suka  bukan sahaja penganas Chen Peng dibenarkan balik ke Malaysia, malah sangat menyokong di Chen Peng diberi gelaran tertinggi Negara yang bergelar  bukan sahaja Dato, atau Tan Seri tetapi Tun  . Dikatakan jasa Chen Peng amat besar terhadap Negara ini.

Yang peliknya,semua kesalahan yang berlaku di negara ini termasuk di Langkawi seperti mengisap dadah,minum arak,anak ponteng sekolah, keciciran semuanya kesalahan berpunca dari UMNO. Tidak hairan apabila beliau amat benci terhadap UMNO, tetapi saya menjadi hairan apabila beliau mengaku sungguh-sungguh mengatakan amat benci kepada Melayu dan apa sahaja yang berbau Melayu alasannya bangsa ini amat buruh sifatnya kerana mengamalkan assabiah,kronisme dan nepotisme.

Atas sikapnya yang demikian itu,beliau tidak mengaku dirinya Melayu, malah mengatakan isterinya yang pertama adalah orang Siam, sedangkan ia orang Langkawi totok dan isterinya yang dikatakan bukan orang Melayu, tetapi orang Bugis walhal, isterinya itu adalah orang Benut Johor.

Sepanjang 4 jam setengah malam itu percakapannya tidak henti-henti dengan dipenuhi dengan cacian. Antara yang menjadi cacian ialah Tun Daim Zainuddin, bekas menteri kewangan,Dato Najib, Polis Diraja Malaysia, Tentera Diraja Malaysia, Makamah Yang Korap,SPR tidak telus,SPRM yang korupsi dan berbagai lagi.


Ini menjadikan saya sangat Pelik, sehingga terdesak untuk saya merakamkan sebahagian dari percakapannya yang saya anggap terlalu kegilaan. Keadaan ini saya anggap pening kerana ia mengatakan ketua bagi orang Melayu di Langkawi dan kelihatannya ramai orang datang bersalaman dan menghormatinya. Kerana terlalu lama saya terpaksa menunggu untuk diberi ruang mengajukan soalan sehingga terasa amat bosan menunggu dan mendengar hujah bodoh beliau akhirnya saya bertanga, “Benarkah awak bukan orang Melayu ?, saya tanya dalam bahasa inggeris,dengan mengunakan bahasa Siam,dengan gunakan bahasa jawa,” Dia tidak dapat menjawab kerana tidak paham, tetapi jawapan beliau diluahkan dalam Bahasa Melayu. Persoalannya, mengapa menjadi demikian,siapa sebenarnya orang Langkawi ini,adakah semua orang utara sedemikian, kalau mereka bukan Melayu agaknya bangsa apa?. Pelik-pelik dan binggong, agaknya mereka minggong.
 Kalau di semak –semak ucapan beliau ini macam lidah rasmi Dap walaupun nampaknya beliau menjadi ahli PAS atau PKR tapi sikapnya lebih DAP dari orang DAP.

Rabu, 30 Disember 2009

Persatuan Peladang Memerlukan Pemahaman dan Pemikir Berkualiti

Pertubuhan Peladang sangat gah dari segi nama.peladang semacam sudah boleh dijadikan satu jenama.Usaha dan pencapaian yang sedemikian ini saya dahului dengan ucapan syabas.Namun demikian,tetap masih banyak usaha yang masih boleh dilakukan bagi menambah baik persatuasn ini.Antara usaha yang terpenting yang perlu dilakukan segera ialah:-

1. Peladang perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh para penati.
2. Peladang perlu mengenalpasti masalah dan punca masalah yang dihadapi oleh petani.
3. Peladang mesti bertindak supaya kehadiran dan ketiadaannya sangat-sangat dirasai oleh para petani.
4. Peladang harus mampu menjadin hubungan antara para petani dengan para pegawai kerajaan atau golongan profesional seperti pejawai pertanian ,pegawai haiwan dan lain-lain sama ada untuk menambai ilmu dan pengetahuan para petani atau sekaligus menyelesaikan permasalahan yang selama ini dihadapi oleh petani.
5. Peladang yang bekerjasama dengan penawai profesional harus mampu mengenal pasti masalah dan tolong menghuraikan masalah yang dihadapi oleh para petani.
6. Masalah-masalah asas seperti mangangkut buah kelapa sawit mesti dilakukan dengan secepat yang mungkin kalau boleh jangan sampai menjangkau lebih dari dua hari.
7. Harga buah sawit mestilah setimpal dan sama dengan pembeli yang bwerdekatan dengan rem mereka.
8. Para pegawai harus mampu meramalkan waktu petani perlu guna wang. seperti musim naik sekolah,hari raya,kenduri-kendara. Sediakanlah sedikit wang untuk pinjaman bagi menangani keperluan tersebut apabila diminta,dan aturlah kaedah pembayaran yang munasabah.Jangan tindas mereka,nanti bantuan yang kita berikan bukan dapat balasan terima kaseh tetapi sebaliknya akan dapat cemuhan.
9. Sediakanlah unit khas,untuk memberi perkhidmatan seperti,unit meracun,membaja,memotong buah dan lain-lain yang difikirkan patut dan munasabah,dan sedia bekerja apabila diminta,dengan syartat semuanya itu mesti dilakukan dengan jujur,rapi baik.Ingat petani banyak yang talah tua. Jangan ambil kesempatan untuk mengodan hasil dari kelemahan mereka.

Sematkanlah sikap jujur dan keinginan yang tinggi untuk menolong orang yang lemah, jasa mu tetap dikenang. Kesemuanya itu dapat dicapai dengan hanya disediakan pengawasan yang rapi.kalaum ini dilakukan ia boleh dirasai membantu dan mampu memberi keyakinan baru kepada petani terhadap unit,kawasan dan persatuan atau pertubuhan peladang negeri.
10. Setiap progran lawatan sambil belajar yang dibuat oleh Bord of Diractor,tentukan ianya mesti bermanafaat, hasil dari lawatan sambil belajar, mesti dimaklum,disebar dan ditaklimatkan kepada para PERSERTA. Agar aktiviti tersebut yang dibuat cecara merulang-ulang tidak dianggap sebagai membazir atau memakan dan gunakan wang petani. Walaupun boleh dijawab, wang tersebut hasil dari keuntungan perniagaan,dan kecekapan pengurusan ,tetapi barangan siapa yang diniagaan. Apa yang petani dapat dan apa pula yang bord Diraktor dapat. Ingat... Petani faham dan tahu hal ini. Petani saban waktu membilang-bilang jari ,membandingkan munasabahkan atau setimpal ka wang yang diperolehi hasil dari jualan sawitnya.Wassalam.

Ahad, 31 Mei 2009

Mengibau kebelakang 4: PERBEZAAN KELAS DAN MERITOKRASI PALSU

Setelah selesai mendirikan rumah tiang bulat berdinding kulit kayu masih bekerja dengan bersama ayah, saya diajak abang untuk turut sama berkerja bersamanya di ladang Nam Bee. Saya diperkenalkan oleh abang dengan pengurus ladang yang bernama Peng Yam. Dengan tanpa banyak cakap pengurus ladang tersebut menerima saya bekerja. Saya diletakkan dalam kelompok pekerja Minyak Lalang bersama-sama dengan buruh kanak-kanak yang sebaya dengan saya. Malah turut berada dalam kelompok pekerja minyak lalang tersebut ialah adik saya sendiri yang bernama Othman (13 tahun),anak saudara saya Sebut (13 tahun),Mazlan Denan (12 tahun) dan mandornya ialah anak saudara saya Md. Noh Bakti(15 tahun) iaitu anak pertama dari kakak saya yang sulung. Pekerja-pekerja lain yang saya masih ingat ialah seperti Mahad,Kartolo,Madon,Bancut,Sagil, Ayub Sagi dan lain-lain.

Kesemua mereka diberitakan telah dapat dan berpindah ke rancangan FELDA atau FELCRA kecuali kartolo yang sekarang bekerja ikut kontrak binaan dan kalau tidak ada kerja beliau akan menjual buah-buahan di tepi jalan di hadapan kedai Bai Kecik . Yang lainnya seperti adik saya Osman kini menjadi peneroka di FELDA Nita Dua,disamping berniaga kedai makan di Mersing, MD Noh Bakri menjadi peneroka FELDA Air Tawar Dua dan berniaga kedai makan,katering dan kontraktor membersih ladang di Felda Air Tawar Dua,Sabtu menjadi peneroka Felda Sening, membuat kerja sampingan sebagai nelayan di Tanjung Pungai dan membina rumah atau bangunan jika ada tawaran . Tidak Lama dahulu beliau banyak membela lembu,tetapi apabila pokok sawit di ladangnya telah ditebang dan ditanam semula, beliau telah jualkan semua lembunya dan sebab itu buat sementara waktu ini beliau menjadi nelayan. Manakala Mazlan pula kini tinggal di FELCRA Sungai Ara sebagai peneroka dan membuat kerja tambahan sebagai pemandu Teksi.

Manakala Abang Ahmad, dapat menjadi peneroka Felda Air Tawar Dua, tetapi kini tinggal di Simpang Renggam,menguruskan tanah yang ditanah dengan kelapa sawit diterokanya sewaktu muda bersama arwah ayah ,mengurut orang dan menoreh getah di tanah arwah ayah. Manakala abang Md. Yusof sekarang tinggal dan mengusahakan tanah yang ditanam kelapa sawit, juga diterokanya sewaktu muda bersama arwah ayah dan menjadi Ketua Kampung di Kampung Bukit Nyamuk, Masing-masing telah berkeluarga dan telah mempunyai anak dan cucu yang ramai. Ada ramai diantara anak-anak mereka yang telah menghabiskan pelajaran sama ada dari universiti dalam atau luar negara. Ada diantara mereka yang bekerja menjadi CEO di Syarikat Berdaftar dan sahamnya didagangkan di BSKL, ada yang bekerja sebagai eksutif tinggi di Syarikat Multi Nasional,Menjadi Ustaz dan Ustazah,Menjadi Pensyarah universiti,perniaga dan lain-lain. Kesemua mereka rajin-rajin belaka. Dari tinjauan saya, ramai dari mereka yang rajin belajar dan mempunyai azam yang kuat untuk memajukan diri.Sekarang ini muncul generasi ke empat dan kelima dari keturunan arwah ayah. Saya tidak dapat ramalkan tentang semangat dan kesungguhan mereka unutuk menuntut ilmu. Tetapi dari perbualan anak-anak sendiri ada menunjukkan tanda dan keazaman yang begitu kuat untuk membimbing anak-anaknya untuk berjaya.

Hari pertama bekerja dengan penuh semangat bekerja yang berkobar-kobar, tetapi agak kekok kerana tidak biasa diarah untuk buat itu dan buat ini, kesana dan kemari yang diarahkan oleh mandor Md Noh anak saudara sendiri. Kerana saya pekerja baru jadi saya diarah untuk mengisi minyak dari dalam tong deram besar kedalam tong-tong berbentuk empat segi berukuran muatan enam gelen atau 24 liter. Kemudian tong-tong empat segi yang berisi minyak diminta angkut untuk diisikan ke dalam lori . Dengan lori tersebut minyak, serta semua perkakas kerja seperti cangkul,parang, gergaji mesin, enjin air dan semua para pekerja diangkut ke kawasan bekerja di tengah ladang. Bagi setiap pekerja minyak lalang ,mereka akan diberi sebiji botol kaca besar (boleh dimuat minyak satu kati), muncong botol ditutup dengan gabus yang telah dibubuh batang resam yang dibuang hempulurnya agar berlubang. Botol besar tersebut akan diisi penuh dengan minyak diesel atau minyak kotoran yang dipungut dari kedai membaiki kereta (work shop). Botol yang berisi minyak akan ditonggengkan dan digoncang supaya minyak tersebut dapat keluar dari lubang batang resam. Minyak yang terkeluar dari muncung lubang resam dihalakan ke paras pertengahan pokok lalang, setelah nampak basah dengan minyak,pucuk lalang yang kena minyak akan dikerat pucuknya supaya dapat dikenal sebagai tanda telah dibubuh minyak dan boleh dilihat dari jauh sama ada lalang itu sudah dibubuh minyak atau sebaliknya.

Setelah habis minyak dibotol, para pekerja akan mengisi dan melakukan semula berulang-ulang. kami semua akan hanya berhenti berehat apabila sampai jam 10.30 pagi. Waktu rehat ialah selama setengah jam ( 30 minit). Masa inilah kami semua makan bekal yang dibawa dari rumah untuk sarapan pagi sambil berbual-bual dan mendengar berbagai cerita. Kebanyakan cerita berkisar tentang cerita wayang gambar pelakon dan penyanyi yang datang dari berbagai bahasa dan bangsa . Cerita-cerita wayang dan para penyanyi banyak diceritakan oleh Mahad dan Kartolo. Kebanyakan cerita tersebut diceritakan berulang-ulang oleh mereka tanpa jemu-jemu. Ada yang menceritakan tentang cerita wayang iitu sendiri ,ada yang menceritakaan tentang watak pelakun sama ada pelakun lelaki atau perempuan dan ada juga yang menceritakan tentang pakaian mereka. Cerita pasal pakaian pelakon dan penyanyi sama ada dari timur atau barat, biasanya mereka akan menceritakan tentang pakaian seperti seluar,baju,tali pinggang,cermin mata,gaya rambut,kasut, dan sebagainya .
Ceritakan mengenai pakaian ini biasanya mereka ceritakan tentang fesyen dan jenama , buatan mana,berapa harganya, siapa yang gemar memakainya dan dimana boleh didapatinya . Setengah dari mereka bekerja hanya bertujuan untuk dapatkan duit bagi membeli barangan pakaian tersebut . Pakai yang dibeli di kedai Cina Panjang akan dipakai sewaktu petang atau peda hari jumaat sewaktu hari tidak bekerjasemasa berjalan-jalan di pekan Simpang Renggam. Waktu memakainya kelihatan diperaga dengan rasa perasaan yang penuh gaya dan banga.Telatah sedemikian didapati berlaku dimana-mana dan kebanyakan diamalkan oleh remaja Melayu ketika itu.

Setelah habis waktu rehat kami semua menyambung semula kerja-kerja tersebut dan hanya berhenti tepat pada jam 2.30 petang kecuali jika hujan kami balik cepat kerana takut kerja membubuh minyak lalang untuk membunuh lalang tidak berkesan dan boleh merugikan pihak majikan .

Sebelumnya saya telah dilatih oleh ayah untuk melakukan kerja-kerja berat seperti memikul kulit kayu untuk buat dinding,memikul daun rumbia untuk dijadikan atap,mengangkut air. Semua kerja-kerja tersebut membiasakan saya untuk melakukan kerja berat, jesteru itu apabila saya disuruh untuk bekerja meracun lalang guna minyak dengan botok sekati, saya anggap kerja tersebut terlalu ringan dan tidak sejiwa dengan saya. Jesteru itu saya memohon dengan mandor Md. Noh ( anak saudara umurnya 40 hari lebih tua dari saya) ,untuk melakukan kerja mengangkut minyak lalang pula. Beliau bersetuju dan membenarkan saya bekerja mengangkut minyak dengan cara memikulnya di atas bahu . Mengangkut minyak biasanya dilakukan dari tepi jalan dan dibawa masuk kedalam lading dengan cara memikul di atas bahu . Minyak diisi dalam tong yang memuatkan minyak sebanyak 6 gelen. Tong berkenaan berbentuk empat segi sama seperti tong minyak yang digunakan oleh askar yang diletak di belakang Land Rover mereka. Minyak biasanya diangkut dengan lori pada waktu pagi bersama-sama dengan para pekerja. Minyak tersebut akan diturunkan dari lori diletakkan di tepi jalan ,di tempat para pekerja minyak lalang berkerja. dari tepi jalan saya angkat atau pikul minyak tersebut ketempat-tempat pekerja yang telah kehabisan minyak.

Walau pun kerja ini lebih berat dan teruk berbanding dengan kerja meracun lalang kerana ada ketikanya saya terpaksa memikul kepuncak bukit tinggi di mana lori tidak mampu untuk sampai. Memikul minyak melalui kawasan lereng bukit yang curam atau mendaki bukit yang menegak dan menurun gaung, tetapi kelebihan kerja demikian itu saya pilih kerana pertama, ialah saya boleh berjumpa dengan semua rakan kerja sewaktu proses membekalkan minyak yang diperlukan oleh pekerja lain diwaktu mereka kehabisan minyak. dan kedua saya boleh bersembang-sembang dengan mandor atau rakan lain terutama dengan mahad dan kertolo untuk mendengar cerita wayang yang mereka tonton malam tadi. Oleh itu saya dapat mendengarnya lebih dahulu dan lebih panjang dari rakan lain. Menakala rakan lain hanya boleh mendengarnya sewaktu rehat pada jam 10.30 pagi sahaja.

Sewaktu saya bekerja minyak lalang di ladang Nam Bee, saya dapat mengenali ramai orang yang lebih dewasa. Antaranya yang saya kenali dan masih ingat ialah Pak Atan pekak , Pak Cik Nordin Othman, Wak Sagi, Denan Othman, Ali Melaka, Abang Bakri, Pak Cik Senin, Haji Nanawi, Wak Ramlan dan lain. Kebanyakan mereka telah kembali ke rahmatullah meninggalkan kita terlebih dahulu. Gelaran Atan Pekak diberi kerana beliau tidak dapat mendengar. Selalu orang suka panggil beliau dengan bersuara kuat, tetapi sebenarnya memanggil beliau dengan perlahan dengan cara menghadap mukanya adalah lebih efektif, berbanding bercakap dengan kuat, kerana yang pentingnya beliau dapat membaca atau memahami percakapan kita melalui kumit-kamit mulut orang yang bercakap dengan beliau.

Menurut ceritanya, beliau menjadi pekak ialah di sewaktu muda beliau pernah bekerja sebagai Special polis constabel (SC) Waktu itu zaman darurat dan Negara berada di bawah pemerintahan British Army (BMA) . Semasa kejadian berlaku beliau bertugas di estet Cemara yang terletak di jalan Simpang Renggam- Renggam. Dia dan pasokannya telah diserang hendap dengan berbagai senjata termasuk bom tangan (hand grined) oleh pasokan komunis. Bom yang dibaling oleh komunis benar-benar jatuh dan meletup terlalu dekat dengan beliau. Bunyinya diceritakan sangat kuat ,ini telah menjadikan telinga beliau tidak dapat mendengar lagi sehingga sekarang.

Seingat saya beliau orang yang sangat baik, walau diejek, ditertawakan dan sebagainya , beliau tidak bertindak dan diam sahaja. Sehingga catitan ini ditulis pak Atan maseh hidup dan umurnya kini sudah menjangkau lebih 90 tahun. Beliau dari dahulu sampai sekarang tinggal di kampong Sahari Peringkat Dua. Beru-baru ini saya pernah bertemu beliau dan saya dapati beliau yang berkulit cerah, putih, bertubuh kecil kelihatan semakin mengecil, atau saya semakin gemuk sebab itu melihat beliau semakin mengecil. Wajahnya tetap putih bersih dan berseri-seri, kesihatan, pandangan dan ingatannya maseh baik. Walaupun saya sudah lebih 20 tahun tidak bertemu, namun beliau maseh mengenali saya dan bertanyakan berapa ramai anak dan ada berapa orang cucu .

Seorang lagi kenalan baik saya ialah pakcik Nordin, telah meninggal dunia kira-kira 4 tahun yang lalu, saya dapat berita kematiannya melalui abang yusof yamg memberitahu saya dengan menggunakan talifon bimbit. Sewaktu itu saya sedang memberi kuliah subjek hubungan etnik kepada pera pelajar saya di kampus UTM sekudai. Setelah habis dua jam kuliah , saya bertemu ketua jabatan memakumkan perkara tersebut dan minta izin untuk menziarahinya. Pakcik Nordin, semasa hayatnya suka bercerita dan memberi nasihat kepada saya. Beliau ada enam orang anak empat lelaki dan dua perempuan. seorang anak perempuannya bekerja dengan JPJ dan dua orang anak lelakinya yang saya tahu membuka perniagaan makanan. Rahim anaknya sekarang memiliki kilang membuat makanan. Roti perata dan berbagai kuih -muih sama ada yang telah digoring masak atau di frozen sangat digemari orang dan perniagaannya sangat maju.


Saya mula bekerja minyak lalang di ladang Nam Bee mulai kira-kira pertengahan bulan Ogos, 1964. sehingga bulan Julai 1966. Sewaktu bekerja di ladang ini saya dan pekerja-pekerja lain pernah mengalami kemalangan. Lori yang membawa saya dan rakan lain telah terbalik sewaktu mendaki bukit balik dari kerja. Menurut siasatan polis lori buruk yang menjadi pengangkutan utama para pekerja itu breknya tidak berfungsi. Sebab itu sewaktu mendaki bukit dengaan membawa pekerja yang begitu ramai , enjin lori jenis Cheverolit tidak upaya untuk naik lalu mengelunsur dan ke belakangnya menghentam bukit. Ini menjadikaan lori tersebut terbalik dan saya dan rakan kerja lain pun tercampak di atas jalan berbatu kerikil. Ramai pekerja-pekerja yang turut terpelanting ada diantaranya menghempap badan saya. Kerana ditimpa dengan orang yang begitu ramai menjadikan tulang bahu terasa meletup dan didapati bahu sebelah kiri saya patah. Ini menyebabkan saya terasa sangat sakit tidak boleh bangun dan sukar untuk bercakap. Saya hanya terlentang diatas jalan. Setelah semua orang selesai meyelamatkan diri,barulah abang saya Ahmad sedar saya maseh terbaring di jalan lalu beliau mengangkat saya untuk bangun tetapi saya tidak terdaya , lalu saya beritahu abang bahawa bahu saya sangat sakit. Setelah dirasa beliau memberi tahu tulang bahu saya patah.

Disebabkan lori tidak mempunyai permit,lesen, tiada nombor pendaftaran , lori tersebut bolehlah dipanggil "lori hantu' sebagai mana lori yang mengangkut tanah merah dalam projek perumahan sekarang. Ini menjadikan pengurus ladang takut untuk membawa saya ke hospital, sebaliknya dibawa saya berurut di Singapura. Diceritakan tukang urut singapura itu pandai mengurut orang patah tulang. Tukang urut berbangsa Cina yang ingin ditemui bekerja sebagai tukang masak di di restoran di Beras Basah Road. Beliau hanya habis kerja pada jam 12.00 tengah malam. Sesiapa yang datang lewat petang hanya akan diurut selepas beliau habis kerja. Kerana saya sampai lewat petang saya terpaksa menunggu sehingga sampai beliau habis kerja. Semasa saya menunggu diurut, saya disuruh duduk diatas bangku dipenjuru kedai tersebut. Tunggulah saya sehingga lebih kurang jam 12.30 barulah saya dipanggil untuk diurut.

Saya yang dibawa oleh pengurus ladang tersebut telah sampai di restoran dimana tukang urut bekerja pada jam 7.00 petang. Sewaktu saya menunggu tukang urut habis bekerja, pengurus ladang dan kawan-kawannya telah pergi shopping. Setelah mereka balik semula ke restoran tersebut, kelihatannya mereka shopping sakan. Dari boot kereta dikeluarkan begitu banyak beg-beg plastik dan kemudiannya diberi saya satu beg plastik kecil , apabila saya lihat terdapat dua biji limau sunquick berwarna kekuning-kuningan. tetapi sebelum mereka meninggalkan saya untuk pergi shopping, mereka beri saya sebuku roti hailam bersama dengan sebotol air oren F&N .

Sewaktu duduk dipenjuru kedai selama lebih kurang 5 jam menunggu masa di urut dan sambil menunggu tuan saya berbelanja. Saya dapat peluang memerhatikan suasana dan tingkah laku orang-orang Singapura makan –minum dan persekitaran restoran tersebut. Restoran tersebut dipenuhi dengan berbagai bau yang amat meloyakan dari berbagai jenis makanan yang digoreng, bakaran, salai, direbus dan pangangan. Asapnya naik berkepul-kepul dan api menjulang sehingga sampai ke siling kedai. Bunyi ketokan senduk pada kuali tidak berhenti-henti. Suara orang bercapak cina terdengar dengan kuatnya seoleh-oleh bertengkar berlaku sepanjang masa.Sekali-sekala terdengar bunyi orang berkahak dan mengeluarkan air kahak kuning pekat diludahkan dimerata tempat. Perbuatan tersebut berlaku berulang-ulang dan sambut menyambut datangnya dari semua bahagian kedai tersebut.
Di tengah-tengah restoran tersebut ternampak sekumpulan pelangan yang agak ramai duduk mengelilingi meja bulat. Makanannya sangat banyak,selain itu ternampak juga beberapa buah botol bear dan minuman keras yang yang tidak diketahui jenamanya. Mereka makan dan minum beria-ia benar kelihatannya, Sekali sekala mereka ketawa dan bercakap dengan kuatnya. saya terperanjat apabila nampak seorang pelayan membawa tiga ekor monyet yang setiap seekor diikat keempat-empat kakinya.

Kemudian datang seorang lelaki membawa pisau berkilat lalu diambilnya seekor monyet yang maseh hidup dicantas tempurung kepala monyet tersebut . Selepas dicantas tempurung kepala, diletakkanlah monyet yang berdarah kepala dan diikat keempat kaki dan tangannya ke dalam satu tempat yang membolehkan seolah-olah monyet tersebut duduk tegak tanpa bergera. tetapi saya nampak matanya maseh terkebil-kebil sambil berbunyi tanda kesakitan . Dikerjakannya seekor demi seekor sehingga habis tiga ekor. Setelah itu saya nampak salah seorang pelangan yang berbadan besar dan bermuka merah padam menuangkan sesuatu ke atas ketiga-tiga kepala monyet. Kemudian setiap dari mereka mengambil strow , meletakkan muncung strow ke atas kepala monyet yang dicantas lalu bergilir-gilir menyedut otak monyet tersebut. Sewaktu melihat peristiwa tersebut hati dan perasaan saya sangat sedih dan terharu. wujud pertanyaan mengapa manusia boleh tergamak melakukan hal sebegitu. Adakah disebabkan mereka orang kaya lalu tergamak melakukan dan makan yang sedemikian itu, bagaimana mereka boleh makan begitu atau semimangnya makanan yang tidak dimasak, dari bahagian otak pula lebih enak, lazat,mengandungi banyak zat dan banyak khasiat pula.saya tidak dapat memikirkannya ketika itu. Allah Waalam.

Saya lihat jam bulat yang tersangkut didinding sudah mendekati jam 12.00 tengah malam. Mata tidak terasa mengantuk kerana bunyi yang senentiasa bising. Tambahan lagi tulang bahu yang patah telah mula membengkak dan terasa semakin sakit sehingga melilihkan air mata. Walau bagaimana kesakitan yang sedemikian itu saya tahankan juga. Kalau dirumah tentunya saya sudah menangis terisak sehingga tersedu-sedu.Entah berapa kali agaknya saya akan memanggil nama ibu dan nama yang lain. Tetapi di Singapura itu , tangisan saya hanya dipendam jauh -jauh dalam kalbu. saya sedar kalau menangis bukan ada orang peduli. Semuanya yang ada disitu tidak akan memahami tangisan saya. Lebih-lebih mereka akan bertanya saya dalam bahasa Cina yang mungkin maksudnya , hendak daging babi salai, tupai bakar, ayam goreng, mee hailam, ikan bakar, nasi goring, nasi ayam atau minum bear. Kerana itulah sahaja yang saya nampak para pelangannya makan di restoran itu.

Setelah mendeketi jam 12.00 malam barulah rosteran tersebut mula sepi, tidak lama selepas itu,dinding kedai mula ditutup satu papan demi satu papan dan akhirnya tertutup semua kecuali pintu besar yang maseh terbuka. namun demikian maseh ada beberapa orang yang tadinya saya lihat sebagai pekerja restoran tersebut berjalan kesana kemari. Saya cari dan cuba teka yang mana satu agaknya tukang urut yang akan mengurut nanti.menakala disebelah saya terdapat empat orang kaki tangan Nam Bee estate yang datang membawa saya ketempat itu.

Apabila jam didinding menunjukkan pukul 12.20 malam seorang pekerja restoran yang gemok -gedimpol telah menjeling saya dan mengajak saya menyeberang jalan pergi kebiliknya penginapannya. Sampai sahaja dibiliknya dengan pantas dibuka kain tuwala yang menyelimuti badan dan anduh yang mengampu tangan saya akinbat patah tulang bahu.lalu diambi sebiji botol berisi cecair berwarna putih dituang ditapak tangannya lalu disapu di bahu saya yang patah. Selepas itu kain anduh dipasang semula dan lalu taukeh saya mengajak saya menaiki LAND ROVER untuk balik kerumah saya di Simpang Ranggam.

Saya sampai rumah jam sudah menunjukkan pulul dua setengah pagi. Apabila saya sampai kerumah ibu, bapa dan semua adek beradik datang menyerbu untuk mengetahui khabar berita. Apabila masuk kedalam rumah emak telah bersedia dengan air masak untuk rawatan dan mandian. Saya nampak di dapur ,cerek terus tertinggik ditungku dan api kayu terus menyala. Arwah ibu dengan berhati-ati sekali membuka selimut tewala yang digunakan sebagai penganti baju kemudian dipegang tangan saya dengan lembut dan dibuka kain anduk tangan dengan dan cermat perlahan-lahan. Arwah ibu kemudiannya lap badan saya dengan air panas suam.Diminumkan saya air suam segelas, diambilnya pula halia yang sudah ditumbuk dan diadun dengan cuka masak lalu disapu perlahan-lahan di kawasan yang patah sambil mulutnya komit-kumit. Sekali-sekala saya dengar sebutan al-fatiha dan beberapa ayat al-quran yang lain. baharulah saya terasa lega,ringan,boleh menguitikan jari mula dan mula berani mencuba mengangkat-angkat tangan, dan sakitnya semakin beransur hilang. Saya memilih tempat dan duduk menyandar dinding dan terus terlelap , lepas itu saya hanya tersedar apabila matahari sudah meninggi,kedua abang dan adek sudah pergi kerja yang ada di rumah hanyalah ibu dan adek perempuan bungsu. apabila saya tanyakan ayah dimana, ibu menjawab ,ayah kekebun baru untuk mengabiskan tanaman kelapa sawit.Jauh disudut hati waktu itu ingin memberi tahu kepada semua orang , amat berbeza rasa sentuhan ibu.

Dua minggu kemudian setelah sembuh saya datang semula ke ladang Nam Bee untuk memulakan kerja semula.Selama dua minggu berada di rumah saya dirawat ibu dan bapa dengan begitu baik dan sempurna. Apa yang saya minta dicari dan disediakan untuk saya. Pada masa itu sayaterasa mendapat layanan yang cukup istemewa. abang-abang dan adek-adek turut simpati di atas musibah yang saya hadapi. tetapi selama dua minggu di rumah,tiada ada seorang pun pihak majikan menjengok apatah lagi memberi sebarang bantuan. Yang datang hanya saudara mara dan jiran-jiran terdekat sahaja.

Selepas bekerja semula, buat sementara saya tidak berani untuk melakukan kerja memikul minyak lalang dalam tong empat segi. Arwah ibu berpesan jangan angkat barang yang berat-berat dahulu tulang yang patah maseh belum kuat. oleh itu saya tidak berani untuk berlasak-lasak buat sementara. Saya lakukan kerja meracun lalang sebagaimana dahulu dengan mengunakan botol berwarna gelap yang bertutup gabus dan bermuncungkan batang resam berlubang. Setelah dua minggu bekerja, dikira sudah 12 hari bekerja. Ini bermakna saya ada duit di pejabat sebanyak RM 18 . Dengan adanya jumlah upah sebanyak itu bolehlah saya meminjam RM 10.00 dari majikan saya. Malam tadi ibu beritahu, barang-barang dapur telah banyak yang habis. Tembakau dan daun rokok ayah juga sudah tinggal sedikit. saya sangat faham dengan percakapan ibu. Itu tandanya saya diminta membuat pinjaman dengan majikan tempat saya bekerja.

Esok harinya selepas habis bekerja dan setalah sampai ke pejabat ladang, waktu kira-kira pukul 3 petang, saya berjalan menuju ke depan pintu pejabat. Saya lihat dalam pejabat terdapat empat lima orang sedang bercakap-cakap sesama mereka. Entah apa yang dipercakapkan saya tidak faham tetapi sekali-sekala ada terdengar mereka ketawa gembira. Saya tunggu suasana dan masa yang sesuai untuk beritahu tujuan saya. Setelah saya tunggu satu jam barulah mereka menamatkan perbualannya. Dengan kesempatan tersebut saya pun berjumpa dengan Ping Yam (pengurus ladang)orangnya sudah agak tua dan sebulan lalu ada membawa saya berubat di Singapura .


Saya beritahu hajat saya kepadanya iaitu ingin meminjam duit sebanyak RM 10.00. Mendengar sahaja permintaan saya, mukanya yang tadi nampak gembira , bertukar wajah menjadi masam dan berkerut. Beliau membibil dan bercakap-cakap dalam bahasa tionghwa. Saya langsung tidak memahami maksud percakapannya, tetapi dari raut air mukanya ada tanda-tanda yang menunjukkan beliau marah mendengar permintaan saya. Tidak lama kemudian beliau masuk ke dalam pejabat tetapi tidak muncul-muncul. Kira-kira satu jam kemudian, datang Ah Guan (pengurus kewangan) dengan membawa Land Rover, beliau dan kenderaan itulah juga yang membawa saya berubat di Singapura dahulu. Kedatangan Ah Guan ke pejabat melegakan saya. Saya nampak beliau masuk ke dalam pejabat lalu bercakap-cakap dengan Ping Yam. Perbualan antara kedua-duanya dirasakan begitu lama. Dengan itu saya memberanikan hati untuk memberitahu buat kali kedua .Rupa-rupanya Ping Yam cukup marah apabila perbualannya diganggu. Sambil memaki menggunakan bahasa tionghwa beliau menyeluk saku dan mencampakkan duit Rm 5.00 ke atas tanah hadapan pejabat. Saya mengambil duit tersebut dan terus berlari-lari ke basikal ,lalu menunggang basikal dengan laju balik menuju ke rumah. Sampai di rumah saya terus beritahu ibu dengan mengatakan ,saya hanya dapat meminjam RM5.00 sahaja. Ibu terus menyuruh saya ke Simpang Renggam untuk membeli 10 kati beras, sekati gula ,sekati garam dan sebungkus tembakau jawa bersama-sama dengan seikat daun rokok nipah. Lalu saya mengambil basikal dan mengayuhnya dengan laju menuju ke Simpang Renggam. Waktu itu hari sudah mula gelap ,saya terus melajukan kayuhan supaya sampai sebelum kedai ditutup.

Setelah sampai di kedai saya membeli sebagaimana yang dipesan oleh ibu. Duitnya cukup-cukup sahaja untuk membeli barangan yang dipesan oleh ibu tadi, tetapi tidak dapat membeli barangan yang dicakapkan oleh arwah ibu semalam. Antara barangan yang dicadangkan semalam yang tidak dapat dibeli ialah tepung gandum,ubat penaik,lada kering, kacang merah dan ikan bilis hitam.Tepung,baking powder (serbuk penaik) dan kacang merah adalah ramuan untuk membuat pau kacang. Ibu pandai membuatnya dan kuih ini merupakan makanan kegemaran keluarga saya.

Selesai berbelanja,saya cepat-cepat mengangkut barang yang dibeli dan meletak dengan kemas di karea(tempat meletakkan barang di belakang basikal). Dengan tidak berlengah lagi, saya mengayuh basikal melalui jalan belakang bagi mengelakkan lalu di hadapan balai polis.Saya kayuh basikal dengan sekuat hati agar dapat sampai ke rumah dengan segera.Sesampai di rumah saya mengangkut barang masuk ke dalam rumah. Waktu itu arwah ibu sedang menunggu kepulangan saya kerana di rumah sudah kehabisan beras untuk dimasak untuk makan malam .

Kira-kira jam 10.00 malam baru saya dan keluarga dapat makan.Kami makan dengan diterangi cahaya api dari pelita minyak tanah. Pelita yang satu itulah, kami angkut ke sana ke mari apabila mencari sesuatu barang pada malam hari. Kadangkala, kami berbalah kerana mengalihkan pelita ke tempat lain sedangkan ianya perlu digunakan ditempat itu ketika itu. Oleh sebab, pelita api itu sering bergerak berpindah-randah ada kawasan dalam rumah yang terang dan ada kawasan yang gelap. Pada waktu itu untuk mengetahui di mana ayah berada, saya akan mencari cahaya merah dari pancaran api rokok daun yang ayah hisap. Peranan ibu ketika itu ialah memastikan pelita minyak tanah dipadamkan dengan cepat, agar dapat menjimatkan minyak.Sebotol minyak tanah yang berat sekati harganya Rm 0.20 sen. Walaupun harga sebegitu bukanlah mahal sangat,tetapi jika kehabisan minyak untuk membelinya hanya boleh diperolehi di pekan Simpang Renggam.

Setelah pelita dipadamkan dan ruang rumah menjadi gelap gelita,saya meraba-raba untuk mencari tempat tidur dicelah-celah adik beradik.Saya raba perlahan-lahan dengan membongkokkan badan kerana takut terpijak sesiapa diantara kami yang telah baring dahulu. Setelah mendapat tempat saya rebahkan badan untuk berehat dan tidur bagi persiapan kerja hari esok. Pada malam itu saya susah untuk melelapkan mata kerana masih teringat-teringat perbuatan majikan saya, Ping Yam mencampakkan duit RM 5.00 yang saya hendak pinjam ke tanah.Mengapa dia tidak menghulurkan duit itu untuk saya ambil dari tangannya?Saya terfikir, adakah kerana saya berbeza etnik dengannya, atau saya berbeza tempat kelahirannya,atau berlainan sekolah, atau saya berbeza usia atau saya berbeza taraf dan pendapatan dengannya? Persoalan ini terus bermain-main di pemikiran saya.

Mula terlintas di benak pemikiran bahawa jawapannya ialah “oh, kita berlainan bangsa”. Tetapi saya terfikir semula ada rakan ayah yang sama-sama meneroka tanah baru di batu 39, Jalan Air Hitam, Johor Bahru bernama Young Kwi dan jiran sebelahnya satu lagi bernama Ah Yong, mereka sangat baik. Mereka semua peramah ,pada waktu petang mereka berdua sering datang ke kebun baru ayah untuk bercerita tentang tanaman kelapa sawit,getah,keladi,keledek dan sebagainya.Mereka turut bertukar ganti menawarkan rokok, malah anak muda yang bernama Ah Young sangat suka makan ubi kayu bercecahkan sambal tumis masakan ibu. Dia sering memuji “selap-selap” dengan bahasa pelat cina sambil mengangukkan kepala yang sebenarnya dia ingin menyatakan kesedapan sambal tumis masakan ibu . Jawapan yang mengatakan kita berbeza bangsa adalah tidak betul.

Lantaran itu saya terus mencari jawapannya, dan jawapan itu saya temui apabila Tun Abd. Razak mengisytiharkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kemudiannya saya mendalami pemahaman ini untuk kepastian sewaktu saya belajar di universiti. Ini menjadikan saya semakin yakin bahawa selepas DEB dilancarkan bermula pada tahun 1970, tidak berulang lagi peristiwa persengketaan kaum sebagaimana yang berlaku dalam peristiwa Selindang Merah di Batu Pahat, krisis memperlekeh gambar Yang Dipertuan Agong bagi menggantikan baginda Queen dalam paparan mata wang Malaysia di Pulau Pinang,krisis perebutan kerusi perwakilan dalam pilihan raya di Setiawan,Perak dan yang paling berharga tidak berulang lagi Peristiwa 13 Mei 1969 sebagaimana yang berlaku di Kuala Lumpur.Namun perbuatan Ping Yam tersebut telah meninggalkan kesan dihati saya dan akhirnya saya berhenti apabila mendapat kerja di tempat lain setelah dua tahun saya bekerja disitu.

Apabila saya dapat kerja dengan FELCRA sebagai buruh, tetapi pekerjaan itu saya rasai lebih bermakna. Kerja-kerja yang diminta saya lakukan ialah mengali lubang dan menanam getah,mengali parit,meracun rumput rampai,"prunning" pokok getah, membaja,dan memperbaik jalan ladang.Kemudian diluaskan lagi bidang kerja kepada menanam kelapa sawit,menanam pokok bunga dan kadang kala diberi kepercayaan untuk membersihkan pejabat dan lain-lain lagi. Saya lakukan semua itu dengan senang,bersungguh-sungguh dan suka hati.Waktu itu pengurus Felda Encik Mohd Noh Yusof dibantu oleh Encik Hassan,Encik Ridzuan,Encik Samat dan Encik Tahir sebagai pegawai luar.Mereka semua tinggi dan berbadan sasa. Sewaktu bekerja dengan Felcra saya dibayar upah RM 3.50 sehari. Selepas bekerja 3 hingga empat bulan upah saya dinaikkan kepada Rm 4.50 sehari. Pendapatan sebanyak itu sudah cukup besar bagi saya ketika itu. Abang-abang saya yang masih bekerja di Ladang Nam Bee masih kekal dengan upah Rm 3.00 sehari. Saya sedar jika abang saya bekerja dengan Felcra tentu dia dapat upah lebih besar atau saya tidak dapat peluang naik gaji. Saya ajak juga kedua-dua abang saya bekerja dengan FELCRA,tetapi mereka menolak kerana telah dijanjikan oleh majikan mereka untuk diberi peluang menoreh getah di ladang tersebut. Bagi kelulusan hanya sekolah darjah enam sahaja, peluang dapat menoreh getah "kahwin" adalah satu yang sangat istimewa. Setelah sekian lama abang bekerja dan berusaha menunggu untuk dapat peluang menoreh getah kahwin barulah peluang tersebut muncul.

Apabila pokok getah sudah matang, dibuka tander untuk membuka pelan,memasang kawat dan menyiapkan cawan untuk menakung getah. Tender yang dibuka itu berjaya dimenangi oleh Sanip Hj. Noor abang saudara saya, kerana bedaan harganya adalah yang paling rendah. Kerja-kerja persiapan untuk menoreh ladang seluas 3600 ekar dilakukan dan diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selama 3 bulan. Abang Sanip membawa para pekerjanya dari kampung asal kelahiran saya. Mereka semua berpengalaman kerana pernah menoreh getah di ladang Tanjung Semerong,Sri Gading, Batu Pahat. Setelah semuanya selesai, tugas majikan seterusnya mencari dan mengambil para pekerja untuk menoreh pokok getah kahwin muda (getah cantum).

Temuduga dilakukan dan saya mendapati bahawa ramai pekerja Cina dan India berjaya dalam temuduga tersebut. Orang-orang Cina diambil bekerja kerana mereka dikatakan ada pengalaman menoreh pokok getah kahwin di tanah bapa atau saudara-maranya , menakala orang India yang diambil bekerja kerana mereka banyak pengalaman menoreh gerah kahwin diladang-ladang besar kepunyaan orang putih. Menurut cerita abang hanya sedikit sahaja orang Melayu yang berjaya dalam temuduga tersebut. Mereka yang berjaya adalah mereka yang memiliki surat pengakuan kerja baik dari pengurus-pengurus ladang besar kepunyaan orang Eropah.

Kedua-dua abang saya gagal dalam temuduga tersebut.Abang tua saya Ahmad,berpindah ke Bahau ,Negeri Sembilan dan mencari kerja di sana dan abang Yusof merantau ke Paloh, Batu Pahat. Kedua-dua mereka di sana bekerja menanam dan menjaga ladang getah kahwin yang baru mula ditanam. Keduanya hanya berpindah balik apabila pokok getah kahwin di kebun ayah yang saya ,adek bungsu dan ibu mebersihkan rumputnya dahulu sudah matang dan boleh ditoreh. Bekerjalah kedua-dua abang menoreh getah kahwin ditanah ayah seluas lapan ekar. Cahaya yang menyuluh keluarga mula terang pada hari-hari berikutnya.

Isnin, 25 Mei 2009

KOMUNIS dan SOSIALIS YANG MENYIKSAKAN

Siapa yang tidak kenal komunis? Secara mudah adik-beradik kepada komunis ialah sosialis dan abang sulungnya adalah utopia. Kesemuanya mempercayai bahawa untuk mengejar masyarakat bahagia ialah dengan cara mengamalkan prinsip atau ideologi sama rasa sama rata. Menurut kitab pendidikan mereka, semua orang yang berstatus manusia tidak boleh mendapat atau memiliki perbezaan terutama perbezaan material.


Ideologi komunis atau sosialis percaya segala bentuk perbezaan dihentikan. Idea ini diceduk dari ideologi utopia yang mahukan rakyat sesebuah negara itu tidak dibenarkan memiliki sebarang kelainan atau kelebihan misalnya dalam berpakaian, diwajibkan hanya berwarna putih sahaja, berwarna selain dari putih adalah dilarang. Kesannya sangat banyak antaranya ia akan menghilang atau menghapus kreativiti, menafikan intelektual, kebolehan, keupayaan, kesaksamaan, darjat (makham) dan lain-lain lagi. Kehendak ini sangat bertentangan dengan naluri dan kebolehan manusia dan seterusnya sangat bertentangan dengan hukum agama terutamanya hukum agama Islam yang memberi kebebasan kepada individu selagi tingkah laku dan perbuatan yang dilakukan itu tidak bercangah dengan hukum tuhan iaitu wajib, sunnah, harus, makruh dan haram.


Menyedari bahawa agama terutama agama Islam sebagai benteng atau tembok penghalang yang menyekat dari berkembangannya fahaman memuja dan menyembah akal fikiran semata dan mengetepikan nilai agama yang mempercayai ketuhanan, maka tindak-tanduk memerangi agama tidak pernah mereka hentikan. Sebab itu didapati semenjak dari dahulu lagi utopia, komunis mahupun sosialis tanpa berhenti terus memerangi agama khususnya Islam. Cuma perlu disedari kewujudan dahagakan keseronokan, ada masanya berwajah liberal, demokrasi, pencinta alam, pembela masyarakat miskin dan sebagainya. Untuk mengenalinya sangat memerlukan pengawasan atau observasi yang mendalam, teratur dan rapi. Antara formula mudah untuk mengenalinya ialah cuba kita lihatdan percayakah mereka dengan Allah. Solatkah mereka jika mereka Islam dan sembahyangkah mereka jika bukan Islam.

Mengenali mereka yang benar-benar totok komunis, autophia atau sosialis adalah agak mudah, tetapi yang agak susah ialah mengenali golongan yang telah dipengaruhi atau baru dipengaruhi. Biasanya golongan yang baru mula dipengaruhi mereka sedar dengan helah taktik kumpulan ini, kerana golongan baru yang dipengaruhi itu sendiri tidak pernah belajar mengenai perjuangan sosialis. Oleh itu para pejuang terutamanya pejuang agama merasakan ajakan kawan yang berjuang atas dasar bersepakat membela rakyat dianggap ini satu pendekatan baru oleh para pejuang terutama para pejuang politik.

Sebab itu akhir-akhir ini didapati ada pejuang agama tidak kira dari penganut agama mana termasuk yang beragama Islam dengan tanpa malu turut turun melakukan demonsterasi jalanan. Tindakan tersebut didakwanya sebagai memenuhi tuntutan demokrasi. Tuntutan demokrasi benar boleh berarak, tetapi biasanya dilakukan dengan aman, tertib dan bermoral. Tetapi bukan mengganas, merosak dan memporak-perandakan masyarakat. Tindakan memporak-perandakan masyarakat yang sedemikian itu adalah sama dengan apa yang pernah dilakukan oleh Karl Mark, Henry Hegal, Mo Tze Tong, Chin Ping, Rashid Maidin, Ramasami dan yang berlaku sekarang ini adalah model Korea Utara yang terus-terusan melakukan ujian nuklear bawah tanah semalam. Walaupun dunia mengisthar bahawa bom berkenaan adalah diharamkan. Korea Utara sangup berbelanja berbellion ringgit untuk memperbesar senjata nuklear untuk tujuan apa? Kalau wangnya lebih, negaranya kaya, rakyatnya senang makan, pakaian dan keselamatan tidak apa. Rakyatnya miskin , ada banyak yang kebuluran, kurang zat makanan dan ironiknya terus cuba bermusuhan dengan saudaranya sendiri iaitu Korea Selatan. Kalau saudaranya sendiri pun tidak sangup berbaik-baik sebaliknya sanggup bermusuhan apatah lagi dengan orang dan bangsa lain. Ini semua terjadi adalah disebabkan mereka telah termakan dengan hasutan Ideologi Komunis dan sosialis ciptaan manusia.


Kalau ada orang mengatakan sekarang ini mana ada komunis dan sosialis. Ideologi inikan sudah luput dari muka bumi seperti luput dan runtuhnya tembok Berlin yang memisahkan antara Jerman Timur dan Jerman Barat. Itu adalah anggapan yang silap dan tidak benar. Cuba kita lihat hari ini banyak ciri-ciri dan unsur-unsur komunis dan sosialis berlaku dimana-mana sahaja secara terang-terang bezanya ia berlaku dalam bentuk yang berbeza tetapi asasnya perjuangkan konflik komunis dan sosialis tetap diteruskan. Contohnya jika dahulu komunis berperang merosakkan anggota polis dan balai polis, askar dan kem-kem askar, keadaan yang hampir sama berlaku sekarang. Polis diserang dengan berbagai tomahan dengan mencipta dan menyebar prejudis terhadap polis tanpa belas kasihan, pegawai askar dalam blok tertentu cuba diheret ke dalam isu dan pakatan jenayah, institusi hakim dikecam dengan begitu rupa dan hanya dipuji jika memihak kepada mereka.


Institusi perundangan sama ada perlimen atau dewan undangan negeri dijadikan tempat berkelahi, maki hamun, mengeluarkan bahasa yang kesat. Yang amat menyedihkan perlembagaan sudah tidak dipedulikan dan dilangar bontang. Kelompok yang cuba mempertahankan perlembagaan dikeji, dicaci, dimaki-hamun sehingga hilang upaya untuk mempertahankannya, dan perbuatan menghapuskan keamana,kesejetheraan dan kedamaian dirasai oleh sesetengah pihak sebagai satu kejayaan. Mereka memanggil ramai orang untuk turut sama meraikan kemenangan sorak walaupun mereka sebenarnya sedar bahawa kampungnya, negerinya dan bangsanya akan tergadai. Orang -orang agama, institusi agama dan termasuk ulama besar dipelekeh, sedirit pun mereka tidak terasa tersinggong , malah mereka ramai-ramai turut sama memperlekeh dan mencaci-maki serta memperbodohkannya pula. Apa sudah jadi, apa sudah kena dan mengapa begini?

Tabiat utama komunis dan sosialis walau di mana sekalipun tetap akan meruntuhkan raja atau sultan yang mererintah, carilah di mana di China,Russia ,Viatnam,Kampuca,laos,Poland,Cuba dan di mana sahaja. Sejarah perjalanan Islam amat berbeza, kebanyakan menegakkan khalifah dan Kesultanan.Jarang jika sultan atau raja yang baik dan adil cuba ditumbangkan. Ini kerana rakyat Islam tidak tamah kuasa,redza apa sahaja jika dibenarkan rakyat melaksanakan ajaran Islam. Tetapi tidak pada sosialis atau komunis ,raja atau sultan sama ada baik atau tidak tetap akan diserang dan dijatuhkan. Persoalannya mengapa berlaku sedemikian rupa. Puncanya iaitu di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja ketua komunis atau sisiaalis tetap bercita-cita untuk memerintah dan berkuasa. Mengambil alih kuasa dengan apa sahaja jalan termasuk dengan kekerasan baginya sangat perlu dilakukan sehingga kalau boleh berlaku konfliks , revolusi dan peperangan saudara, malah digalakkan sehingga sampai membunuh saudara mara kandung dan saudara seagama. Takkanlah di negeri yang sultannya bekas ketua hakim negara yang diakui oleh tuan mufti rajanya adil,perlu ditaat, tapi maseh lagi dipertikai sehingga berlaku gundah gulana.

Pada zaman darurat membakar kedai,walaupun dikedai itulah orang ramai membeli keperluan, membakar kereta, keretapi dan bas walaupun kenderaan itulaah tempat orang ramai menumpang perjalanan,membakar rumah walhal di situ adalah tempat masyarakat berteduh,membunuh sakar dan polis walaupun semua orang percaya bahawa kedua unit tersebut tempat orang meletakan keyakinan untuk menjaga keselamatan diri,keluarga dan negara,membunuh ustaz biar pun ustaz adalah tempat orang belajar agama bagi membawa manusia kesyurga insallah, menakut-menakutkan orang ramai, walhal sepatutnya kita menolong mengembirakan,menyiksa dan membunuh walhal perbuatan tersebut adalah sangat terkutuk disisi agama, tetapi mereka semua tidak kisah asalkan cita-cita untuk berkuasa dan memerintah tercapai dan itulah sumpah perjuangan sosialis dan komunis.

Dinding kaca pernah terlibat sebagai anggota pasukan keselamatan iaitu menganggotai pasokan polis hutan 69. Ramai rakan-rakan kami terkorban akibat serang hendap dan jerangkap samar komunis .Ada peristiwa rakan saya di kem PPH jalan pekeliling sedang berbaris meninggal akibat di limpar bom,Timbalan Ketua Polis Negara di bunuh di Kuala Lumpur sewaktu pergi bekerja, ramai hasil usaha kerja petani seperti beras,ayam,sayur dan lain-lain dirampas dan petani dipaksa untuk memenuhi keperluan makanan mereka walaupun mereka sedar bahawa anak-anak petani sedang menangis kelaparan di rumahnya. Yang penting bagi Komunis dan Sosialis ialah perjuangan untuk mencapai cita-cita berkuasa dan memerintah.

Pagi ini saya pergi kesalah sekolah rendah,bertemu dengan guru penolong kanan , beliau bertanya kepada saya ada datang malam tadi ada dengar ceramah saudara Anwar Ibrahim di Senai.Saya rasa pelik mengapa chegu tersebut panggil dia dengan pangilan saudara, walhal guru tersebut sebelumnya tidak pernah memyebut demikian.. Malah beliau bukan seorang yang berkelulusan universiti. Sebutan saudara semasa tahun 1970 an dan 1980 an melambangkan sangat populer di universiti kerana setia kawan sosialis yang dipengaruhi oleh tradisi Indosesia . pada wakut itu kampun sangat kuat dipengaruhi oleh pahaman komunis dan sosialis. Pada waktu dahulu untuk membezakan Anwar dan golongannya ialah pangilan Habib,tuan sheikh,ada ,anta, Allah wakhbar,takbir,usrah,jemaah, insan kamil,ulul ahbab,anak solih, Abim, dan sebagainya. Menakala saya,awak,kamu ini kumpulan nasional. Apabila saya sudah lama tidak berjuma beliau adakah maseh ada lagi ungkapan tersebut diucapkan. kalau ada dimanakah dipertuturkan,kepada golongan mana dipertuturkan dan kepada golongan mana pula disembunyikan.

Dari hujah-hujah di atas dinding kaca agak yakin fahaman komunis dan sosialis telah meresap jauh ke dalam berbagai pertubuhan . Kini ideologi ini kalau tidak disekat akan menyibar,menyerap ,merayap dan virusnya akan memusnahkan institusi raja, bangsa,negara dan agama Islam.

Isu Chen Ping.

Isu ChenPing untuk diampun dan dibenarkan dibawa balik ke Malaysia. Pendapat saya permintaan atau cadangan tersebut adalah tidak elok. Saya tidak melihat dan menilai tentang badannya. tetapi yang harusa kita fikirkan ialah penyibaran ideologinya. Ideologinya tentang hubungan kemanusiaan,hubungan dengan kuasa dan pemerintahan,dengan pemerintah beraja,dengan pasukan keselamatan sama ada polis atau askar,hubungan terguris dengan petani dan yang penting hubungan beliau dengan tuhan tetap kekal sama. Membawa balik Chen Ping bermakna membawa lambang dan simbul permusuhan serta konfliks antara etnik, kelas dan ketuhanan. Konfliks hubungan ini kesannya amat dasyat,mengerunkan dan tanpa penghujung selagi kita tidak tunduk dan patuh bertohankan mereka. Wassala,