Sabtu, 30 Januari 2010

K es Liwat DSI Anwar Ibrahim Mula Diadili

Kes liwat DSI Anwar Ibrahim terhadap saiful Bahari semakin dekat untuk dibicarakan. Di harap semua orang akan dapat menyerahkan kes tersebut untuk diadili oleh mahkamah. Biarkanlah mahkamah yang membuat pertimbangan.Di harap janganlah hendaknya ada orang yang turun berdemonsterasi jalanan atau menyerbu mahkamah untuk mempertikaikan saksi,barang kes dan apa sahaja yang bersangkutan dengan kes tersebut.Kerana berdemonsterasi atau datang beramai-ramai kemahkamah akan menganggu proses pengadilah. Dalah hal ini , usaha untuk menunjuk-nunjuk kekuatan bukan caranya untuk menuntut pengadilah. Ini bukan derama filem Boliwood. Wassalam

Sabtu, 23 Januari 2010

Sultan Johor ,Sultan Mahmud Iskandar mangkat

Sultan Johor Sultan Iskandar al-Haj, telah mangkat pada 22 januari 2010. Kemanmgkatan beginda sangat dirasai oleh rakyat Johor. Ia sangat dirasai, kerana sepanjang waktu pemerintahan, beginda banyak memiliki sifat-sifat raja, kerajaan dan kesultanan. Benarlah apa yang diperkatakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Doktor Mahathir Muhamad, "sifat beginda yang tersendiri itu telah menyebabkan rakyat takut dengan beginda. Sifat yang boleh mengementarkan hamba rakyat itulah pada saya sifat tulin dan kualiti yang tinggi seorang raja Melayu dan Raja Malaysia yang diharapkan oleh negara pada waktu ini.Tetapi raja yang menjadikan rasa hati dan perasaan rakyat berdebar dan gementar ,Sekiranya kita mampu menyeleminmya tentu disana terdapat satu noirani dan hati budi yang baik, bak sebatang sungai yang tidak putus-putus mengalir airnya memberi bakti pada hamba rakyat.Saya dengar banyak kes-kes yang tidak mampu diselesaikan oleh para pemimpin mampu dengan mudah diselesaikan melalui mcampur tangan beginda.

Semuga pemergian beginda penuh dicucuri rahmat oleh Allah dan didoakan agar pemerintah yang menganti beginda dilimpahi oleh Allah kekuatan untuk memerintah bagi menegakkan Agama Islam,bahasa Melayu dan Mangsa Melayu.Semuda beginda menjadi tongak kekuatan bangsa, negeri dan negara Malaysia. Wassalam.

Jumaat, 1 Januari 2010

Sukarnya Menerima Hakikat Harga Gula Naik

Masa yang terdekat ini, kerajaan telah mengumumkan kenaikkan dua harga barangan;
Pertama hagra rokok dinaikkan dengan harga manimam Rm 6.50.
Kedua , Harga gula naik RM 0.20 sekilogram.

Kenaikkan kedua jenis barang tersebut mendapat reaksi yang berbeza dari rakyat.Bagi kenaikkan harga maniman rokok , penguna tidak rasa terperanjat dan bermakna boleh menerima dengan penuh kesedaran tentang kesan dan menafaatnya. Tetapi kenaikkan harga gula, kelihatannya mendapat lebih bantahan dan rungutan dari orang ramai. Ini bererti rakyat tidak puas hati terhadap tindakan kenaikkan harga gula. Mereka rata-rata menyalahkan kerajaan kerana kenaikkan harga gula.. Persoalannya mengapa ada kenaikkan yang diterima dan ada kenaikkan yang ditolak. Apakah puncanya ?.

Bagi dindingkaca, jawapannya mungkin disebabkan oleh kempen penerangan. Kempen keburukan kesan mengisap rokok telah meluas, justru itu telah difahami dan dapat diterima.Menakala kesan buruk memakan gula berlebihan belum cukup meluas dan belum difahami dari segi maksud dan tujuan.Lantaran itu ia belum boleh diterima secara menyeluruh oleh masyarakat. Sepatutnya kempen kurangkan gula sepatutnya dilakukan lebih agrasif,lebih lama dan masa yang secukupnya. Sekiranya kempen dirasai sudah berkesan, kenaikkan harga gula bukan sahaja diterima malah ianya sangat DIALU-ALUKAN.

Peliknya apa yang saya dengar, kebenaran kenaikkan harga gula sudah diumumkan, baru diadakan kempen untuk menerangkan kesan buruk gula. Jika cara ini dilakukan kesannya nanti akan wwujud lebih banyak bantahan rakyat, kerana cara ini telah mengujudkan penolakan penerangan kerana sudah tertanam mentol blok, Penerangan untuk melihat dan menerangkan keburukan makan gula berlebihan hanya dianggap sebagai dalih atau alasan untuk membenarkan kenaikkan harga gula . wassalam.

Khamis, 31 Disember 2009

Allah : Konsep,Sebutan,Dailek,Nahu,Ejaan Pemahaman Milik Islam,

Apabila Hakim Datok Lau Bee Lan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 31. 12.2009, membuat keputusan membenarkan sebutan Allah diguna pakai oleh penganut agama Kristian dan sekaligus membenarkan akhbar Heral-The catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya telah menyebabkan saya tertarik untuk mengulasnya.
Perkataan Allah,God,lord,Tuan Allah,Latok (datok),dan lain-lain biasanya memberi makna dan tangapan yang berbeza. Setiap sebutan tersebut, mempunyai pemahaman dan cara penyembahan yang juga berbeza.Justru itu untuk memahami maksud dan konsep sesuatu sebutan tuhan itu perlulah mentafsirkannya melalui pemahaman, kepercayaan yang tepat menurut agama dan amalan penyembahan para penganutnya.

Contohnya Bagi masyarakat Cina, mereka gunakan panggilan Datok ,latok atau tuan Allah, praktiknya ialah mereka memyembahnya atau bersembahyang dengan kaedah menguna api colok,menghala ke gambar Kong Fau Tze atau menghala keluar rumah atau ke dalam bangunan.

Bagi Sebutan God, biasanyaa mereka bersembahyang digereja, seminggu sekali,dihadapannya terpampang gambar orang disalif (menurut kepercayaan mereka ialah gambar Nabi Esa.Menakala nabi Esa, menurut Islam tidak diperlakukan sedemikian , sebaliknya beginda diangkat kelangit. Sebab itu kristian menyebut God dan Islam menyebut Allah.

Tentunya bagi agama dan penganut agama yang lain , memiliki kaedah dan amalan yang berlainan serta pemahaman yang berbeza.GAMBARAN TUHAN BAGI MEREKA JUGA BERBEZA ada yang melihat kekuatan tuhan dengan menjelemakan gambaran lembaga yang banyak tangan,kekayaan digambarkan dengan perut yang boncit,tuhan Jahat digambarkan dengan wajah yang bengis , tuhan dikatakan berbilang (banyak) lebih dari satu dan sebagainya.


Bagi Allah,dalam Islam memberi makna bahawa tohan itu adalah "sa", tunggal, tidak berbilang,tidak beranak dan tidak diperanakan, kekal,tidak dihidupkan dan tidak dimatikan,tidak boleh disamakan dengan segala bentuk yang baru dan dilarang sama sekali dari disamakan dan digambarkan dengan sebarang benda yang baru dan dijadikan. cara penyembahan terhadap Allah juga amat berlainan dan berbeza dengan apa yang diamalkan oleh pengikut agama lain. Sembahyang menurut sebutan atau konsep Allah itu ialah solat menghadap kiblat,sehari semalah Lima waktu dan kesemuanya TUJUH BELAS REAAT mesti dilakukan dalam keadaan berwuduk serta suci dari sebarang hadas sama ada kecil atau besar.Semasa melakukan solat mesti dalam keadaan menutup aurat.Ini yang basik. Jika dilakukan barulah ianya sah sembahyang dan barulah sah bagi seseorang menyebut dan mempercayaai Allah S.w.t. Jika berlainan, maka amalan dan praktiknya tidak BOLEH DITERIMA sebagai mempercayai dan menghayati Allah. Kalau mereka mempercayai,memperaktik dan menghayati kaedah yang tidak sama dengan konsep yang disebutkan,ia dikatakan sebagai ajaran salah dan menyeliwing.
Bagi orang Islam yang faham dengan Sebutan, kepercayaan,amalan,praktik Allah sebagaimana yang dinyatakan ,mereka akan redza jika dipanggil Penganut Islam(orang Islam) dan biasanya mereka juga akan redza sebagai menganut amalan sesat atau ajaran sesat jika amalan mereka tidak sama atau bertengan dengan pemahaman dan pemikiran Islam yang sebenar.

1.Persaoalanya,Apakan Hakim Lau Bee Lan,sudah pasti bahawa sebutan Allah itu ada persamaan dengan pemahaman dan praktikalnya dengan Sebuitan Allah. Kalau hanya berdasarkan atas nama kebibasan dan menurut perlembagaan, beliau harus menolak tugas penghakiman kerana beliau belum cukup mahir melihat konsep beragama. Sebabnya pengadilan ini adalah pengadilan beragama.

2.Kalau dakwaan hakim ada persamaan, apakan orang kristian itu sangup atau mahu jika mereka dipanggil dengan pangilan penganut agama Islam.
3. Kalau mereka bersetuju dipanggil dengan pangilan Islam, Jika amalannya tidak sama dengan amalan Islam, malah jika ada yang bertentangan dengan Islam terutama sekali dari segi pemahanan mereka tentang sebutan Allah dan amalan mereka terhadap Allah, apakah mereka rela jika dikata sebagai penganut ajaran sesat.

4. Sekarang ini tidak berlaku masalah, kerana mereka menyebut God, yang dirujuk sebagai penganut agama kristian dan bukan menyebuit Allah yang dirujuk kepada beragama Kristian.

4. Jika selama ini mereka menyebut God dan bukan Allah sama ada dalam percakatan atau tulisan, apakah mereka mahu menerima jika ada dikalangan mereka yang kekal menyebut God, menuduh yang menerima Allah dalam agama keristian sebagai telah sesat sesesat dari agamanya.

5. Siapa yang akan bertanggong jawab jika berlaku kesan buruk terhadap keputusan mahkamah ini?. YANG BOLEH MEWUJUDKAN SUASANA TUDUH MENUDUH SESAT DAN MENYESESATKAN

iNDAHNYA JIKA ADA SIMAKAN SEMULA wassalam.