Jumaat, 3 Mei 2013

Saya telah berlangan perkhidamatan telefon mudah alih dengan celcom semenjak ia diperkenaqlkan di negara ini.Walaupun banyak kompeni telefon mudah alih yang telah menawarkan perkhidamatan kepada saya,namun saya maseh tetap kekal dengan syarikat ini, situasi sedemikian mungkin disebabkan oleh kerana perasaan dalaman saya mendesak kuat untuk saya kekal dengan celcom. Tetapi sejak sebulan yang lalu, setelah saya menukar telefon baru dengan yang lama kerana telefon lama telah rosak, timbul berbagai masalah hubungan diluar jangkaan dan tidak pernah dipinta.Setiap hari datang berbagai pangilan dengan berbagai-bagai tawaran gambar,vedio,poto,masej dari nombor-nombor seperti 44663, 32424,33011 dan banyak lagi dan semuanya itu tidak pernah dipinta .Walaupun saya tidak melayan dengan tindakan PADAM. namun hubungan talian saya telah disekat oleh celcom pada 17/12 hingga 20/12/2010, setelah menghubungi talian 1111, berbagai rayuan dibuat dengan melayan perdebatan dengan pejawai celcom selama berjam-jam salah seorang pegawainya telah berseantuju untuk tidak mengenakan sebarang charge keatas hubungan yang didakwa sebagai hubungan pengunaan internet.
apabila saya dapat bil bulan Desimber, 2010 pada bulan Jenuari ,2011,Celcom telah mengenakan bayaran yang tidak pernah digunakan. Setelah saya membuat pangilaan 1111 semula ,pegawai celcom telah meminta saya tunggu bil simakan baru,Sebagai individu yang sudah bersara yang biasanya sangat berhati-hati dalam urusan berbelanja,kini tertekan dengan masalah beban bayaran bil telefon ang jika tidak diberi descound jumlah nya melebihi RM 2000.















































































































































Bulatkan tekad untuk undi BN

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,.ASsalamulaikum, salam sejethra dan salam berbahagia. Sempena hari pilihan raya yang akan berlangsung pada 5 hb.mei 2013,saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang telah berusaha 64 tahun, yang telah menempuh dan mengalami berbagai pengalaman . Dilahirkan pada zaman penjajah,telah mengharungi berbagai dan bermacam-macam liku pengalaman  termasuk di zaman awal  kemerdekaan,zaman awal persekolahan dipendalaman,semasa itu saya tidak dapat meneruskan persekolahan akibat kemiskinan ( berhenti tg 1), kemudiannya meneruskan hidup dengan bekerja diladang (estate) hanya dengan upah Rm 1.00 sahaja. Namun dengan sistem pemeritah yang sedia ada ,kerajaan ini telah memberi harapan untuk saya dapat  meneruskan hidup dengan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti,menjadi pensyarah di UTM, memiliki anak seramai 11 orang yang kesemuanya ada kesempatan melanjutkan pelajaran sehingga ramai yang memiliki PHD,Sarjana,Ijazah pertama, mengikut peringkat umur masing-masing. Dalam jangka masa yang begitu singkat,kerajaan telah mampu menukar nasib rakyat negara ini,dari anak buruh tani atau buruh estate, kini menjadi doktor,jurutera,pilot,kapten kapal dan lain-lain lagi.

Selain dari itu pengalaman saya bekerja dan belajar untuk menempuh hidup seperti  menjadi polis hutan, bekerja mengejar komunis yang zalim,menjaga pelarian Vietnam pada tahun 1975 di Pulau Bidong, ketegangan kesan pilihan raya di Kelantan  begitu juga di Sabah kesan dari pilihan raya, dan di Sarawak semasa berhadapan dengan penganas Parako (parti komunis Kalimantan Utara) .Saya juga telah melihat bagaimana perkembangan pembangunan terpapar berjalan dengan begitu perkasa. Dalam segala, bidang negara kita telah mengatasi semua negara sedang membangun malah telah menyaingi negara maju. Oleh itu apa lagi yang kita mahu?

DARI ITU SAYA DENGAN JUJUR DAN PENUH BERTANGGUNG JAWAB MENGAJAK SEMUA SAUDARA SAUDARI  BANGUN ESOK HARI PERGI CEPAT-CEPAT TETAPI PENUH BERHATI-HATI JAGA KESELAMATAN KELUAR MENGUNDI DAN UNDILAH  BN, yang telah banyak berbakti dalam berbagai hal seperti pembangunan ekonomi,spiritual,agama,politik,sosial dan sebagainya.


Sekali lagi dilaungkan UNDILAH BN.

Sabtu, 24 September 2011

Mengidentifikasikan Etnik Sabah dan Sarawak

Soalan:

Saya ingin bertanya mengenai status Melayu dalam perlembagaan untuk orang Sabah dan Sarawak...Daripada apa yang saya faham mereka dipanggil anak negeri dan ini hanyalah utk mereka yg tidak beragama islam bukan? Dan yang beragama islam dipanggil melayu kan? saya rasa ini salah satu persoalan yg besar..harap prof boleh menjawab persoalan ini

Danial



Jawapan:

Mahkamah anak negeri adalah mahkamah yang membicarakan kes-kes mengenai adat istiadat dan kebiasaan bagi masyarakat pribumi Sabah. Biasanya ia membicarakan kes-kes kecil dan tiada kaitan dengan jenayah. Bagi Sabah, orang melayu dianggap sebagai suatu etnik tersendiri berbeza dengan etnik-etnik yang lain seperti etnik Kadazan, Murut, Bajau manakala masyarakat melayu itu dibahagikan kepada beberapa kelompok yang terdiri daripada melayu Brunei, Melayu Sabah dan kadangkala bajau juga dipanggil sebagai Melayu. Bajau terdapat beberapa lagi pecahan puak-puaknya. Sebagaimana kumpulan Kadazan berbeza dengan kumpulan dusun, dimana kadazan biasanya tinggal dibandar manakala dusun tinggal di desa. Kadazan biasanya beragama kristian manakala dusun beragama Islam. Bagi masyarakat melayu termasuklah Melayu Sabah, Melayu Sarawak dan Melayu Brunei adalah beragama Islam namun demikian orang-orang Melanau di Sarawak sebahagiannya beragama Islam dan sebahagian yang lain beragama Kristian. Kerana perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tinggi negara yang menyatakan mana-mana orang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu, mereka akan ditakrif sebagai Melayu manakala mereka yang tidak beragama Islam akan ditakrif sebagai pribumi di Sabah dan Sarawak, dan orang asli di Malaysia. Untuk pengertahuan umum definisi sesuatu etnik, atau kumpulan, atau kaum perlu difahami melalui sesuatu kelompok itu mengidentitikan kelompoknya persamaan dengan apa orang lain memanggil dan mengidentitikan kelompok tertentu. Sebagai contoh, sekiranya ahli kelompoknya menyatakan kelompoknya Melayu dan orang lain juga memanggil kelompok tersebut sebagai Melayu maka Melayu lah mereka. Sekiranya ahli kelompoknya menyatakan kelompoknya Kadazan dan orang lain juga memanggil kelompok tersebut sebagai Kadazan dan bukan Dusun maka Kadazan lah mereka. Jadi Melayu dan bukan Melayu dari penduduk asal negeri tersebut dipanggil juga sebagai bumiputera atau pribumi Sabah. Kelainan, perbezaan dan kepelbagaian yang wujud yang member jenama-jenama etnik tertentu sehingga ia kekal hingga ke hari ini adalah angkara pemerintahan James Brooks yang cuba berkuasa di Borneo Utara dengna cara mengamalkan dasar pecah dan perintah setelah merdeka dengan adanya matlamat dan cita-cita untuk mewujudkan satu Malaysia dan usaha untuk mengelompokkan penyatuan pribumi dengan menghilangkan identiti tertentu pada surat kelahiran atau kad pengenalan. Tentulah perbezaan etnik-etnik tersebut semakin berkurangan.

Sebarang soalan boleh diajukan di alamat email saya morsinparman@gmail.com

Rabu, 31 Ogos 2011

Mat Sabu "Interlekdungu"


Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan sehingga beberapa tahun kebelakangan ini, masyarakat dan rakyat Malaysia sudah memiliki dan memahami nilai benar tentang pejuang kemerdekaan. Cuma semenjak beberapa ketika ini sahaja ada orang telah keliru dan telah mengelirukan orang lain pula. Peliknya mereka yang terkeliru mudah pula dapat mengelirukan orang lain. Walaupun mereka itu individu yang langsung tidak berwibawa dan tidak berautoriti untuk mentarif pejuang kemerdekaan. Kalau begini mudahnya masyarakat Malaysia dapat diperdaya oleh orang dungu apa akan jadi dengan nasib masa depan negara ini. Jika ditenung dan diteliti begini mudah dapat dikelirukan, ini bererti masyarakat Malaysia sekarang langsung tidak memiliki pelapis bagi mengenal pasti sama ada sesuatu berita palsu atau benar, atau dengan kata lain tidak memiliki sifat logikal. Ini amat perlu ditakuti.


Ketakutan ini timbul kerana kajian oleh individu dungu dalam sekelip mata telah diterima sebagai satu fakta yang dianggap benar. Mudahnya keadaan ini boleh berlaku dan yang peliknya mereka yang percaya termasuklah yang berkerjaya sebagai guru.Individu tersebut bukan sahaja percaya ucapan Mat Sabu sepenuhnya benar, sebaliknya mereka langsung tidak percaya kepada berita, surat khabar arus perdana yang dikatakan penipu dan hanya surat khabar nyamuk sahaja yang dianggap benar. Ini merupakan satu kelompok masyarakat degil dan gila.

Perjuang kemerdekaan mengikut sejarah dan fakta kajian terdahulu dibuat oleh orang yang pakar, intelektual,proposional,bertanggungjawab dan berwibawa malangnya dianggap sebagai salah dan hujah yang dibuat oleh individu yang dibuat secara sambil lalu dipercayaai lebih berwibawa. Apa sudah jadi dengan masayarakat sekarang?!!

Menyentuh perihal ketua "Interlekdungu", yang cuba menonjol diri sebagai hero, telah cuba menterbalik sejarah dan nilai sejarah negara, dengan menjadikan komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Ini adalah satu analisa sesat, tidak memiliki sikap interlektual yang ada hanyalah berfikiran secara dangkal. Bagi Mat Sabu orang yang berjuang menentang Inggeris boleh digelar Pejuang Kemerdekaan dan orang yang bekerja atau pernah bekerja dengan Inggeris tidak berhak digelar pejuang. Kalau "interlakdungu" ini terfikir yang belajar Inggeris dan tulisan Rumi juga mungkin tidak boleh digelar pejuang kemerdekan. Nampaknya "Interlekdungu" tidak mampu menganalisa fakta sebenar sebab buta sejarah dan tidak mengetahui nilai perjuangan. Yang dimiliki hanyalah bersuara, nafsu dan bertembolok besar.

Dalam warkah ringkas ini, saya ingin memberitahu nilai pejuang kemerdekaan bagi negara Malaysia terasnya adalah seperti berikut:-

1. Pejuang kemerdekaan ialah berjuang yang tidak menolak agama dan menerima Agama Islam sebagai agama rasmi. Ini berbeza dengan komunis yang menganggap agama sebagai candu. Komunis anti agama dan anti tuhan.

2. Pejuang kemerdekaan mestilah mengakui tentang adanya tuhan bagi agama-agama lain dan Allah bagi agama Islam.

3. Mengakui bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi negara ini dan agama Islam sebagai agama rasmi ,dan agama lain boleh dipraktikan di negara ini.

4. Mengakui adanya raja berperlembagaan. Komunis menolak Raja, kerana mereka mahu jadi pemerintah yang tertinggi.

5. Mengakui, taat dan patuh kepada undang-undang negara. Komunis memulakan revolusi dengan turun tunjuk perasaan jalanan sebagaimana dilakukan Oleh Mau Tze Tong dalam Long March.

Sekurang-kurangnya ciri-ciri diatas ini boleh dijadikan ukuran bagi menentukan seseorang itu atau organisasi itu boleh digelar pejuang kemerdekaan. Pejuang kemerdekaan bukanlah sesiapa sahaja yang menentang British sebagaimana yang ditakrifkan oleh Mat Sabu. Adakah Jepun yang berjuang menentang British sebagai pejuang kemerdekaan? Sudah tentu tidak. Perjuangan Jepun menentang Inggeris adalah berjuang untuk mengambil alih dan menjajah negara ini dari Inggeris.

Sekiranya Jepun menentang British dinegara ini diiktiraf sebagai penjajah, dan bukan pejuang kemerdekaan, apa bezanya dengan penentangan komunis terhadap British? Mereka menentang Inggeris semata-mata adalah untuk melebarluaskan pengaruh dan penjajahan komunis dinegara ini, oleh sebab ideologi komunis tumbuh, berkembang dan bertapak menjadi pemerintah negara Republik Komunis China. Maka perjuangan Komunis menentang Inggeris di Malaysia bolehlah disamakan dengan untuk menjadikan Malaysia tanah jajahan komunis dan bukan untuk memerdekakan negara ini dari penjajah Inggeris. Justeru Komunis bukanlah pejuang kemerdekaan sebagaimana dakwaan Mat Sabu. Kalau ada orang Melayu yang berjuang mengikut komunis, mereka itulah orang yang yang menolak agama dan tidak mempercayai Tuhan (Allah). Sebab itu Rashid Maidin, Samsiah Fakih dan Chin Peng, telah berselindung ke negeri China sewaktu ditentang oleh polis dan askar di hutan belantara dan di sepadan Siam.

Perbuatan Mat Sabu ini telah memalukan anak-anak dan keturunannya serta keluarga. Mat Sabu telah menjatuhkan nilai keintelektualan pemimpin PAS dahulu yang faham tentang erti dan nilai perjuangan kererdekaan. Mat Sabu menconteng dakwat kekal bukan diibu jari sewaktu mengundi, tetapi menyapu dakwat kekal dimuka setiap ahli Pas. Inikah kualiti pemimpin PAS
yang ingin mengambil alih pemerintahan negara ini selepas PRU-13. Ingatlah rakyat malaysia kumpulan ini telah banyak kali memperdaya, ingat jangan kita terus diperdaya.