Sabtu, 24 September 2011

Mengidentifikasikan Etnik Sabah dan Sarawak

Soalan:

Saya ingin bertanya mengenai status Melayu dalam perlembagaan untuk orang Sabah dan Sarawak...Daripada apa yang saya faham mereka dipanggil anak negeri dan ini hanyalah utk mereka yg tidak beragama islam bukan? Dan yang beragama islam dipanggil melayu kan? saya rasa ini salah satu persoalan yg besar..harap prof boleh menjawab persoalan ini

Danial



Jawapan:

Mahkamah anak negeri adalah mahkamah yang membicarakan kes-kes mengenai adat istiadat dan kebiasaan bagi masyarakat pribumi Sabah. Biasanya ia membicarakan kes-kes kecil dan tiada kaitan dengan jenayah. Bagi Sabah, orang melayu dianggap sebagai suatu etnik tersendiri berbeza dengan etnik-etnik yang lain seperti etnik Kadazan, Murut, Bajau manakala masyarakat melayu itu dibahagikan kepada beberapa kelompok yang terdiri daripada melayu Brunei, Melayu Sabah dan kadangkala bajau juga dipanggil sebagai Melayu. Bajau terdapat beberapa lagi pecahan puak-puaknya. Sebagaimana kumpulan Kadazan berbeza dengan kumpulan dusun, dimana kadazan biasanya tinggal dibandar manakala dusun tinggal di desa. Kadazan biasanya beragama kristian manakala dusun beragama Islam. Bagi masyarakat melayu termasuklah Melayu Sabah, Melayu Sarawak dan Melayu Brunei adalah beragama Islam namun demikian orang-orang Melanau di Sarawak sebahagiannya beragama Islam dan sebahagian yang lain beragama Kristian. Kerana perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tinggi negara yang menyatakan mana-mana orang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu, mereka akan ditakrif sebagai Melayu manakala mereka yang tidak beragama Islam akan ditakrif sebagai pribumi di Sabah dan Sarawak, dan orang asli di Malaysia. Untuk pengertahuan umum definisi sesuatu etnik, atau kumpulan, atau kaum perlu difahami melalui sesuatu kelompok itu mengidentitikan kelompoknya persamaan dengan apa orang lain memanggil dan mengidentitikan kelompok tertentu. Sebagai contoh, sekiranya ahli kelompoknya menyatakan kelompoknya Melayu dan orang lain juga memanggil kelompok tersebut sebagai Melayu maka Melayu lah mereka. Sekiranya ahli kelompoknya menyatakan kelompoknya Kadazan dan orang lain juga memanggil kelompok tersebut sebagai Kadazan dan bukan Dusun maka Kadazan lah mereka. Jadi Melayu dan bukan Melayu dari penduduk asal negeri tersebut dipanggil juga sebagai bumiputera atau pribumi Sabah. Kelainan, perbezaan dan kepelbagaian yang wujud yang member jenama-jenama etnik tertentu sehingga ia kekal hingga ke hari ini adalah angkara pemerintahan James Brooks yang cuba berkuasa di Borneo Utara dengna cara mengamalkan dasar pecah dan perintah setelah merdeka dengan adanya matlamat dan cita-cita untuk mewujudkan satu Malaysia dan usaha untuk mengelompokkan penyatuan pribumi dengan menghilangkan identiti tertentu pada surat kelahiran atau kad pengenalan. Tentulah perbezaan etnik-etnik tersebut semakin berkurangan.

Sebarang soalan boleh diajukan di alamat email saya morsinparman@gmail.com