Rabu, 7 Julai 2010

Jangan Layan Tuntutan 1 Billion Chua Soi Lek

Dalam akhbar utusan 5 July, Chua Soi Lek mendesak diberi supaya kerajaan memberi peruntukan 1 billion kepada sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Permohonan ini terhasil dari desakan pengarang akhbar cina yang menunjukakn nisbah peruntukan sekolah kebangsaan peruntukan 3.6 Billion untuk itu sekolah cina dipohon untuk peruntukan 1 billion kononnya itulah keadilan yang difahami daripada konsep 1 Malaysia.

Harus difaham daripada peruntukan 3.6 billion adalah untuk sekolah kebangsaan yang bercita-cita untuk mewujudkan 1 Malaysia dengan menekankan kepada persamaan nilai kurikulum dan kokurikulum, politik dan sosial dalam silibus dan pembelajarannya bagi membentuk satu bangsa Malaysia. Ina amat berpatutan sebaliknya peruntukan 1 billion oleh Chua Soi Lek bagi sekolah jenis kebangsaan Cina adalah sagant tidak munasabah kerana tuntutan untk memajukan Sekolah Cina adalah hanya untuk memperkukuh, bahasa, budaya dan politik cina dan jauh sekali untuk memupuk mewujudkan satu bangsa Malaysia.

Yang jelas akhir-akhir ini banyak untuk perpecahan dan bukan untuk perpaduan. Justeru itu, didesak kepada permohonan Chua Soi Lek jangan diambil pusing.